NILAM Johor: Sistem Merekod Aktiviti Bacaan NILAM di Johor

NILAM Johor merupakan kaedah alternatif bagi memudahkan perekodan aktiviti bacaan NILAM di Negeri Johor.

Sistem ini merupakan inisiatif oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Semua sekolah di negeri Johor disarankan menggunakan platform ini bermula pada
20 Januari 2022.

Bagi tujuan ini, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP) daerah masing-masing telah melaksanakan taklimat menyeluruh pengunaan Modul NILAM Johor
kepada Guru Perpustakaan dan Media pada bulan Januari.

Mengenai NILAM Johor

Modul NILAM Johor (MNJ) adalah satu platform dalam talian khusus untuk Negeri Johor bagi pengumpulan data bacaan Program NILAM yang lebih menyeluruh.

Platform ini juga memudahkan pengguna bermula daripada peringkat murid, guru, sekolah, PPD dan JPN serta digunakan untuk pengiktirafan dalam pencapaian bintang PAJSK.

Kewujudan platform ini merupakan inisiatif daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang berbeza dengan IQ NILAM.

IQ NILAM adalah sistem pengurusan perekodan peringkat persekutuan yang diwujudkan oleh KPM dan digunakan untuk pelajar dan guru seluruh negeri-negeri di Malaysia, kecuali negeri Johor.

Apakah itu program NILAM?

Program NILAM merupakan satu program yang menggalakkan pelajar untuk membaca.

NILAM membawa maksud ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’.

Ianya telahpun dilaksanakan sejak tahun 1999 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

Program ini mula dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1999 bagi murid tahun satu di sekolah rendah dan tingkatan satu atau peralihan di sekolah menengah, iaitu melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca yang bertarikh 22 Mei 1998.

Cara Login NILAM Johor Bagi Murid

Untuk merekodkan bahan bacaan anda, anda perlu log masuk ke portal NILAMJohor terlebih dahulu.

  1. Layari laman web NILAM Johor di alamat https://nilamjohor.edu.my/.
  2. Blik bahagian “Murid.”
  3. Masukkan ID DELIMa anda
  4. Masukkan kata laluan anda
  5. Klik butang ”Log Masuk”

Kredit: Login IQ Nilam (iqnilam.moe.gov.my), Sistem Rekod Bacaan Murid Online

Panduan Merekod Bahan Bacaan

Setelah anda log masuk, anda boleh memulakan aktiviti merekod bahan bacaan anda dengan hanya beerapa langkah mudah.

  1. Pada menu utama cari dan klik ‘Aktiviti Bacaan’
  2. Klik butang ‘Tambah aktiviti bacaan’ untuk mula merekod bacaan
  3. Pilih maklumat Klasifikasi Bahan Bacaan yang terdiri daripada Kategori Bahan dan Kategori Bahasa
  4. Taip maklumat Bahan Bacaan seperti Judul, Sinopsis, Pengarang, Penerbit, Tahun terbit dan tarikh baca
  5. Selepas selesai membuat pengisian, klik butang Simpan
  6. Jika rekod berjaya disimpan, senarai bacaan akan berada di paparan Senarai Bahan yang dibaca, jika sebaliknya semak dan ulang langkah pengisian seperti langkah 3

Sebarang rekod maklumat yang telah berjaya disimpan, proses padam hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas dan Admin sekolah sahaja.

Oleh itu murid perlu memaklumkan kepada Guru Kelas jika mahu padam rekod
bacaan.

Video Panduan Penggunaan NILAM Johor

Sila tonton video panduan di bawah (Edisi Murid) sekiranya murid belum mahir menggunakan sistem NILAM Johor ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!