Kadar Zakat Fitrah Johor 2024

JOM SEMAK BERAPA KADAR ZAKAT FITRAH DI JOHOR TAHUN INI ( 1445H / 2024 )

Apakah Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Hukum & Syarat

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Kadar Zakat Fitrah 2024 Di Johor

Tahun ini, banyak Majlis Agama Islam Negeri dilihat menetapkan lebih daripada satu kadar harga zakat fitrah, bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut menunaikan kewajipan berzakat mereka.

Di negeri yang mempunyai lebih daripada 1 kadar, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka.

Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1445H / 2024 bagi negeri Johor mengikut kadar beras yang dimakan.

RM7.00 per seorang

  • Jika kebiasaaanya anda memakan jenis Beras Super Special Tempatan (5% / 10%)

RM13.00 per seorang

  • Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras selain Beras Super Special Tempatan 5%

zakat fiitrah johor 2024

Cara Bayaran Zakat Fitrah Johor 2024

Bagi tahun 2024 ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyediakan 4 saluran pembayaran ZAKAT FITRAH:

1. Amil Fitrah

2. Kaunter-kaunter MAINJ di seluruh daerah/cawangan

3. Kaunter Bergerak (semasa ke semasa)

4. Dalam talian (ONLINE)