BACA SEHINGGA KE PENGHUJUNG ARTIKEL UNTUK MENGETAHUI TENTANG NIAT, HUKUM & TATACARA PUASA NAZAR
Puasa Nazar merupakan salah satu ibadah harus yang boleh menjadi wajib bagi seseorang individu setelah apa yang dihajati telah termakbul.
Jadi amat penting untuk anda betul-betul fahami tentang apa itu nazar, puasa nazar, dan cara melakukannya agar anda terlepas daripada dosa.
Berikut adalah serba sedikit penerangan berkenaan nazar, puasa nazar, niat, hukum dan tatacara melakukan puasa ini. Teruskan pembacaan anda untuk ketahui lebih lagi.
Apa itu Nazar?
Nazar itu merupakan satu pengakuan bersumpah bahawa seseorang akan melakukan sesuatu apabila tiba satu-satu masa atau apabila berlaku satu-satu peristiwa,untuk sebarang tujuan yang dibolehkan oleh Syara.
Hukum
Untuk pengetahuan anda, hukum melaksanakan nazar dalam Islam ini pada dasarnya adalah HARUS.
Tetapi, ia boleh bertukar menjadi WAJIB sekiranya ia mampu menyelamatkan nyawa seseorang. Ia juga boleh menjadi HARAM sekiranya ia dilakukan untuk menzalimi orang lain, seperti yang dinyatakan dalam hadis riwayat berikut:
مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ
Maksudnya: “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia mentaatinya. Dan sesiapa yang bernazar untuk bermaksiat kepadanya maka janganlah dia bermaksiat kepadanya.“
Riwayat Al-Bukhari (6696)
Rukun
Berikut merupakan rukun Nazar:
- Orang yang bernazar
- Perkara yang dinazarkan
- Lafaz nazar (Sighah)
Syarat Nadzir
Antara rukun atau syarat yang perlu dipenuhi oleh nadzir iaitu orang yang bernazar adalah seperti berikut:
- Islam
- Baligh
- Berakal (mukallaf)
- Dengan kehendak sendiri bukan paksaan dari mana-mana pihak
- Mampu untuk melakukan nazar.
NOTA: Jika orang yang tidak mampu berpuasa sebab tuanya bernazar untuk berpuasa maka tidak sah nazarnya itu.
Syarat Sah Nazar
Nazar sah disisi syarak bila mana kita mematuhi syarat-syarat sah yang dinyatakan di bawah:
1. JELAS TANPA RAGU
Individu yang ingin bernazar perlu melaksanakan nazar dengan lafaz yang jelas dan tanpa keraguan sebagai contoh:
- “Saya bernazar akan puasa pada hari Isnin dan Khamis.”
- “Jika saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang, saya akan berpuasa pada hari isnin dan khamis.”
Nazar ini TIDAK BOLEH dijalankan dengan lafaz yang tidak jelas atau ragu-ragu seperti berikut:
- “Jika saya lulus dalam subjek Sains, kemungkinan besar saya akan berpuasa.”
2. PERKARA YANG DINAZARKAN
Isi atau perkara yang dinazarkan mestilah mematuhi syariat Islam. Jika perkara itu bertentangan dengan ajaran Islam ia haram dinazarkan.
Puasa Nazar
Secara ringkasnya, puasa nazar ialah puasa yang dilakukan untuk menunaikan nazar yang telah dijanjikan terhadap Allah SWT setelah apa yang dihajati telah termakbul.
Sebagai contoh, jika seseorang itu bernazar untuk melaksanakan puasa jika beliau berjaya mendapat kerja, dan beliau berjaya mendapatkan pekerjaan tersebut, beliau wajib melakukan puasa nazar.
Niat Puasa Nazar
Bagi anda yang bakal atau ingin melaksanakan puasa nazar ini, anda boleh melafazkan niat di bawah:
Dapatkan buku “Pedoman Puasa-puasa Sunat Dr. Udah Mohsin” untuk mempelajari tentang jenis-jenis puasa sunat dalam agama Islam.
Tatacara Puasa
Bagi anda yang bakal melaksanakan puasa nazar ini, ia sebenarnya dilaksanakan sama sahaja seperti puasa wajib dan sunat yang lain. Cumanya, ia menggunakan lafaz niat yang berbeza iaitu lafaz niat seperti di atas.
Berikut adalah ringkasan bagi cara atau kaedah pelaksanaan puasa nazar ini:
- Bersahur (Sunat)
- Membaca niat puasa nazar
- Menahan lapar dan dahaga, serta tidak melakukan hal-hal yang membatalkan puasa.
- Berbuka puasa ketika masuk waktu Maghrib (ketika matahari terbenam)
Manfaat Puasa Nazar
- MENGUATKAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT
- Melalui puasa ini, seseorang menunjukkan ketulusan dan kesungguhan hati dalam menjaga janji dan pengorbanan kepada Nya. Hal ini dapat memperkuat hubungan spiritual dengan Allah.
- MENGUATKAN DISPLIN DIRI
- Dengan berpuasa, seseorang dapat mengembangkan disiplin diri yang kuat, kerana memerlukan ketekunan dan keteguhan hati untuk menjaga puasa dengan penuh kesungguhan.
- MENGUATKAN PENGENDALIAN DIRI
- Puasa nazar melibatkan pengendalian diri dalam banyak hal, termasuk mengendalikan keinginan-keinginan duniawi dan menghindari perilaku yang tidak sesuai dengan nilai-nilai agama.
- MENDAPAT PAHALA DAN KEBERKATAN
- Setiap amal ibadah yang dilakukan dengan tulus dan ikhlas akan mendapatkan pahala dari Allah.
- MENINGKATKAN KESIHATAN FIZIKAL & MENTAL
- Puasa juga memiliki banyak manfaat fizikal dan mental, seperti membersihkan tubuh dari racun, meningkatkan fokus, dan meningkatkan kekuatan spiritual.
Baca juga: Niat Puasa Hari Putih, Tarikh & Fadhilatnya