Senarai Nama Bunga Klasik Di Malaysia

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai khazanah fauna yang mempunyai nama bunga klasik.

Menariknya, sesetangah individu menamakan anak-anak mereka dengan nama bunga-bunga tersebut.

Berikut merupakan senarai nama bunga klasik yang ada di Malaysia.

Bunga Melur

Nama saintifik: Jasminum sambac

Bunga Melur mempunyai haruman yang amat wangi.

Apabila semakin tua, bunganya yang berwarna putih akan bertukar kepada warna merah muda.

Bunga Kenanga

Nama saintifik: Cananga odorata

Bunga Kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari di Malaysia pada suatu masa dahulu kerana baunya yang harum.

Bunga ini sering dipetik dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan baju, dan rumah.

Bunga Seroja

Nama saintifik: Nelumbo nucifera 

Bungai ini juga dipanggil sebagai teratai berasal dari Asia yang merupakan bunga rasmi India, Mesir dan Vietnam.

Ianya banyak ditanam, dan digunakan dalam perubatan dan masakan Cina.

Bunga Dahlia

Nama saintifik: Dahlia

Bunga dahlia adalah sejenis bunga yang sangat cantik yang berasal dari Mexico.

Nama dahlia itu sendiri berasal daripada nama seorang pakar botani Sweden yang bernama Anders Dahl.

Bunga Mawar

Nama saintifik: Rosa

Bunga mawar atau juga dikenali sebagai bunga ros mempunyai bau harum.

Pada kebiasaannya, bunga mawar kampung mempunyai bau yang paling kuat.

Dalam kebudayaan-kebudayaan Barat dan Melayu, bunga mawar melambangkan cinta.

Bunga Iris

Nama saintifik: Iris uniflora

Iris adalah bunga yang berasal dari hemisfera utara. 

Bunga ini juga adalah bunga yang terkenal dan salah satu tumbuhan yang paling bermanfaat dan mudah ditanam.

Bunga ini popular kerana bentuk bunga yang cantik dan pelbagai warna.

Bunga Lili

Nama saintifik: Lilium Candidum

Bunga ini antara tanaman berbunga yang tumbuh daripada umbi dan terdapat kira-kira 100 jenis.

Ianya mempunyai karakter dan warna lembut serta memiliki keharuman yang unik.

Malah bunga hidup ini hidup merimbun dan setiap kuntuman mempunyai enam kelopak cukup besar, wangi serta memiliki ragam warna mulai daripada putih, kuning, jingga, merah muda, merah selain ungu.

Bunga Anggerek

Nama saintifik : Orchidaceae

Bunga Anggerek atau lazimnya dipanggil Bunga Orkid merupakan satu dari dua keluarga tumbuhan berbunga paling besar bersama Asteraceae, yang mempunyai kira-kira 28,000 spesies.

Bunga Kemboja

Nama saintifik: Plumeria rubra

Bunga merupakan sejenis pokok bunga yang mudah tumbuh di negara kita.

Pokok ini sering ditanam dikawasan tanah perkuburan Islam sejak zaman dahulu dan ini mungkin disebabkan bau harum serta pokok ini mudah ditanam dikawasan tanah perkuburan.

Tanaman ini sebenarnya berasal dari Amerika Tengah dan dibawa masuk kenegara kita oleh penjajah zaman kolonial.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!