MySejahtera 2.0: Fungsi Baru & Kemaskini Rekod Imunisasi

Aplikasi MySejahtera 2.0 kini tampil dengan beberapa ciri baharu yang menawarkan perkhidmatan lebih baik bagi memantau maklumat kesihatan individu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang aplikasi ini untuk makluman bersama.

Apakah MySejahtera 2.0?

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan orang ramai untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera bagi menggunakan pelbagai perubahan baharu di apps tersebut.

Antaranya, segala rekod vaksinasi COVID-19 pengguna akan diletakkan di bahagian bawah aplikasi dan tidak lagi menjadikan status vaksinasi sebagai halaman utama.

Sebaliknya, butiran tersebut kini telah diasingkan menerusi ruangan lain di aplikasi MySejahtera.

Rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini termasuk kemudahan bagi melihat rekod kesihatan serta imunisasi kanak-kanak menerusi aplikasi terbabit.

Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya dapat dilihat di MySejahtera selepas bayi yang baru lahir diberi suntikan imunisasi Bacilus Calmette-Guerin (BCG) di fasiliti kesihatan yang terlibat dalam Program Imunisasi Kebangsaan. Buat masa ini, hanya rekod imunisasi untuk bayi yang lahir selepas 1 Julai 2022 akan dipaparkan di aplikasi MySejahtera.

Tarikh Kemaskini Ciri Baharu

Kemas kini aplikasi MySejahtera 2.0 anda mulai 16 Julai 2022 untuk mendapatkan ciri-ciri baharu ini.

Lupa Kata Laluan MySejahtera

Langkah-langkah sekiranya anda lupa kata laluan:-
 
1. Buka aplikasi MySejahtera anda.
2. Klik pada LUPA KATA LALUAN
3. Masukkan MySejahtera ID anda sama ada email atau nombor telefon yang telah didaftarkan sebelum ini.
4. Untuk nombor telefon,masukkan kod negara yang betul
5. Untuk Malaysia,bermula dengan 6 sebelum memasukkan nombor telefon anda.
6. Kemudian klik SAYA BUKAN ROBOT
7. Jawab soalan dan ikut arahan yang diberikan
8. Setelah selesai,tekan HANTAR
9. Apabila berjaya,anda akan menerima notifikasi melalui email atau nombor telefon yang telah didaftarkan.
10. Semak email atau sms dan tekan link yang diberikan.
11. Bagi pengguna email, pastikan anda menyemak di Recycle Bin juga.
12. Masukkan kata laluan anda yang baru dan masukkan lagi sekali untuk pengesahan
13. Tekan SET SEMULA KATA LALUAN
14. Anda akan menerima notifikasi BERJAYA apabila kata laluan anda berjaya di set semula
15. Anda boleh menggunakan kata laluan anda yang baru untuk log masuk akaun

Maklumat Lanjut Berkaitan MySejahtera 2.0

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web MySejahtera di pautan berikut : https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!