Takbir Raya Haji 2024: Waktu, Panduan Lafaz Takbir Aidiladha

TAKBIR RAYA HAJI 2022: TAKBIR MUTLAQ DAN MUQAYYAD KETIKA AIDILADHA

Takbir mutlak di sunnahkan di awal bulan Zulhijjah sehingga akhir hari tasyrik.

الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله ، والله
أكبر الله، أكبر ولله الحمد.

Antara sunnah yang dianjurkan pada 10 hari pertama Zulhijjah adalah memperbanyakkan takbir.

Antara lafaz takbir yang dianjurkan adalah :

الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله ، والله أكبر الله، أكبر ولله الحمد.

Sepertimana yang pernah dilafazkan oleh para sahabat, atau yang masyhur dengan panggilan ‘takbir raya’ dalam kalangan kita.

Perbezaan Takbir Raya Aidilfitri & Aidiladha

Takbir pada bulan Zulhijjah terbahagi kepada dua. Takbir MUTLAQ dan MUQAYYAD.

Takbir MUTLAQ adalah takbir yang tidak terikat dengan apa-apa waktu dan tempat. Maka disunatkan untuk kita bertakbir dengan bermulanya Zulhijjah sehingga selesai hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Ini adalah berdasarkan kenyataan Al-Bukhari Rahimahullah di dalam kitab Sahihnya :

أن ابن عمر، وأبا هريرة كانا يخرجان إلى السوق في أيام العشر يكبران، ويكبر الناس بتكبيرهما

“Bahawasanya Ibn Umar dan Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhuma keluar ke kawasan pasar pada 10 hari pertama Zulhijjah dan melaungkan takbir, lalu orang ramai melaungkan takbir seperti mereka berdua”.

Adapun Takbir MUQAYYAD, ia dinamakan muqayyad kerana ia terikat dengan waktu tertentu.

Maka disunatkan untuk kita bertakbir setiap kali selesai mengerjakan solat fardhu bermula SUBUH hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah sehingga ASAR terakhir hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah.

Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah Rahimahullah daripada ‘Ali bin Abi Thalib Radhiallahu Anhu :

أنه كان يكبر بعد صلاة الفجر يوم عرفة ، إلى صلاة العصر من آخر أيام التشريق

“Bahawasanya dia(Ali) bertakbir selepas solat Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah), sehingga solat Asar padah hari terakhir daripada hari-hari Tasyriq (13 Zulhijjah).”

Takbir raya haji aidiladha
Sumber: Galeri Ilmu

WAKTU TAKBIR RAYA HAJI 2023

Takbir raya Aidiladha (Takbir Muqayyad) bermula pada Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) iaitu 28 Jun 2023 (Rabu) dan berterusan hingga ke Asar hari Tasyrik yang ketiga (13 Zulhijjah) iaitu hari Ahad, 2 Julai 2023.

Takbir Muqayyad bermaksud takbir yang dibaca setelah selesai setiap solat fardhu bermula pada hari 9 Zulhijjah dan berakhir selepas solat asar 13 Zulhijjah.

Takbir raya haji aidiladha
Sumber: Pejabat Mufti WP

LAFAZ TAKBIR RAYA HAJI

TAKBIR HARI RAYA
LAFAZ DAN HUKUM

Disunatkan bertakbir apabila tiba hari raya yakni hari raya Fitrah dan hari raya Adha. Disunatkan bertakbir raya ini samada secara sendirian atau berjemaah.

DALIL DISUNATKAN TAKBIR

Firman Allah Taala :

وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Artinya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu supaya kamu semua menjadi orang yang bersyukur.” (Al-Baqarah : 185)

Firman Allah :

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ

artinya : “Dan berzikirlah kamu sekelian dengan menyebut nama Allah pada beberapa hari-hari tertentu (yakni hari-hari tasyrik).” (Al-Baqarah : 203)

Maksud berzikir di sini ialah mengucapkan takbir dan talbiah pada ketika mengerjakan ibadah haji.

Telah diriwayatkan dari Ummu Athiyah r.a. berkata :

كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ، حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا، حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ، وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ‏.‏

Artinya : “Adalah kami diperintahkan keluar pada hari raya sehingga kami suruh keluar gadis-gadis yang masih dara dari rumah kediamannya dan sehingga kami suruh keluar juga wanita-wanita yang sedang haidh maka duduk mereka itu di belakang manusia. Maka mereka semua bertakbir dengan takbir orang ramai. Dan berdoa pula mereka itu dengan doa orang ramai dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari raya tersebut dan kesuciannya.” (Hadith Bukhari)

Dan telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. kata beliau :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ “

Artinya : “Rasulullah saw telah bersabda : Hiasilah hari-hari perayaan kamu dengan bertakbir.” (Hadith At-Tabarani)

LAFAZ TAKBIR RAYA HAJI / AIDILADHA

Ada beberapa lafaz takbir yang diucapkan oleh para sahabat dan salafusolih.

Antara lafaznya ialah :

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Telah diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a. adalah beliau mengucapkan :

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Ertinya : “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.” (Musannaf Ibnu Abi Syaibah)

Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. mengucapkan takbir seperti berikut :

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّ , اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

(Musannaf Ibnu Abi Syaibah).

Berkata Imam As-Son’ani :

وفي الشرح صفات كثيرة واستحسانات عن عدة من الأئمة ، وهو يدل على التوسعة في الأمر وإطلاق الآية يقتضي ذلك

Ertinya : “Dan tersebut pada syarah tentang takbir raya terdapat beberapa rupa yang banyak yang dikira elok di sisi imam-imam mujtahid. Dan ia menjadi dalil atas luasnya perintah bertakbir dan kemutlakan ayat menghendaki yang demikian itu.” (Kitab Subulusslam)

Takbir raya haji aidiladha

TAKBIR AIDILADHA YANG LEBIH PANJANG

Dan harus pula mengucapkan takbir yang lebih panjang seperti yang diucapkan olih umat Islam di Malaysia yaitu :

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Berkata Imam As-Syafie :

وَإِنْ زَادَ فقال : اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا اللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اللَّهَ مُخْلِصِينَ له الدَّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ : فَحَسَنٌ

Ertinya : “Jikalau seorang yang bertakbir menambah dengan menyebut sebagai sebutan di atas maka ia adalah elok.” (Kitab Al-Umm)

Selamat bertakbir.

Baca juga: Waktu Wukuf 2022 & Doa Hari Arafah

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!