Macbook Neo – Spesifikasi & Harga Diskaun Pelajar (RM2,099)

MacBook Neo
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

MacBook Neo ialah model komputer riba terbaru daripada Apple yang dilancarkan pada Mac 2026. Ia direka sebagai pilihan paling mampu milik dalam sejarah Mac dengan menyasarkan pelajar dan pengguna yang memerlukan peranti asas tetapi premium.

Untuk spesifikasi rasmi dan maklumat terkini, layari laman sesawang Apple di
https://www.apple.com/macbook-neo/

Bagi pelajar yang berminat untuk mendapatkan MacBook Neo, anda boleh layari Laman Pendidikan Apple Malaysia untuk mendapatkan pengesahan harga dan spesifikasi rasmi.

Rujuk info penuh mengenai produk terbaru Apple, Macbook Neo di bawah.

Ringkasan MacBook Neo 2026

MacBook Neo 2026 ialah laptop paling mampu milik dalam sejarah Apple, direka khusus untuk pelajar dengan harga diskaun RM2,099 (RRP RM2,499).

Ciri Utama:

  • Cip: Apple A18 Pro (Efisien & Berkuasa).
  • Skrin: 13-inci Liquid Retina (500 nits).
  • RAM: 8 gb
  • Mobiliti: Berat 1.23kg dengan rekaan tanpa kipas (fanless).
  • Warna: Indigo, Blush, Citrus, dan Silver.
  • Harga Pelajar: Bermula RM2,099

Apa Itu MacBook Neo?

MacBook Neo ialah siri komputer riba terbaru daripada Apple (dilancarkan pada Mac 2026) yang direka sebagai model paling mampu milik dalam sejarah lini produk Mac.

Ia diperkenalkan khusus untuk golongan pelajar, pendidik dan pengguna kasual yang mahukan pengalaman macOS tanpa perlu membayar harga premium.

Macbook Neo

Peranti ini bukan sahaja mesra bajet tetapi juga mesra alam dengan menggunakan kerangka aluminium yang mengandungi 60 peratus bahan kitar semula.

Dari segi prestasi, MacBook Neo dikuasakan oleh cip A18 Pro, dilengkapi Touch ID serta menggunakan rekaan tanpa kipas (fanless) bagi memastikan peranti ini berfungsi dengan senyap sepenuhnya sepanjang hari.

Untuk pelajar, MacBook Neo dapat membantu memudahkan urusan pembelajaran melalui integrasi Apple Intelligence. Dengan harga mampu milik, komputer riba Apple ini adalah salah satu pilihan terbaik bagi pelajar.

Spesifikasi MacBook Neo

Apa yang menariknya Macbook Neo ni?

Berikut adalah ringkasan spesifikasi dan kelebihan utama yang membuatkan MacBook Neo 2026 ini pilihan yang berbaloi terutamanya untuk pelajar:

Spesifikasi Utama MacBook Neo 2026

CiriSpesifikasi Dikemas Kini
Cip PemprosesApple A18 Pro
Paparan13 inci Liquid Retina (2408×1506, 500 nits, sRGB, 1 bilion warna, anti-reflektif)
Ketahanan BateriSehingga 16 jam video / 11 jam web; bateri 36.5Wh + pengecas USB-C 20W
RAM 8GB
Bahan BinaanAluminium 100% kitar semula (60% purata), reka tahan lasak dan ringan
KeselamatanTouch ID (model 512GB sahaja untuk log masuk & bayaran)
Sistem OperasimacOS Sequoia (15.x dengan Apple Intelligence penuh; bukan Tahoe)
Berat1.23 kg (1.27 cm tinggi, 29.75 cm lebar, 20.64 cm dalam)
Macbook Neo - Spesifikasi & Harga Diskaun Pelajar (RM2,099)

Macbook Neo - Spesifikasi & Harga Diskaun Pelajar (RM2,099)

Macbook Neo - Spesifikasi & Harga Diskaun Pelajar (RM2,099)

Pilihan Warna

MacBook Neo ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik yang diselaraskan dengan papan kekunci Magic Keyboardnya, iaitu:

  1. Silver
  2. Blush
  3. Citrus
  4. Indigo
Macbook Neo - Spesifikasi & Harga Diskaun Pelajar (RM2,099)

Macbook Neo - Spesifikasi & Harga Diskaun Pelajar (RM2,099)

MacBook Neo Sesuai Untuk Siapa?

MacBook Neo 2026 adalah peranti yang sesuai untuk golongan spesifik yang mementingkan kecekapan dan bajet.

Berikut adalah kategori pengguna yang paling sesuai untuk memiliki peranti ini:

Kategori PenggunaMengapa Sesuai?Status
Pelajar UniversitiRingan 1.23kg senang bawa ke kuliah, bateri tahan 16 jam dan ada diskaun pelajar RM2,099Sangat Sesuai
Pendidik & GuruLaptop ini memudahkan buat slaid dan soalan dengan cepat, serta macOS stabil tak crash masa PdPSangat Sesuai
Pengguna KasualSesuai untuk penggunaan ringan, menonton Netflix, scroll web dan shopping online, bateri tahan lamaSangat Sesuai
Penulis/BloggerLaptop ini senyap tiada kipas, keyboard selesa untuk menaip berjam-jamSangat Sesuai
Usahawan MikroLaptop ini laju urus Shopee/TikTok, buat invois, dan edit Canva tanpa lagSesuai
Editor Video ProRAM sikit untuk edit video 4K, jadi lebih bagus guna MacBook ProKurang Sesuai
Gamer TegarTak cukup power untuk game AAA dengan grafik tinggiKurang Sesuai

Harga

Berikut adalah senarai harga rasmi MacBook Neo 2026 di Malaysia:

Model StoranHarga Runcit BiasaHarga Pelajar (Diskaun EDU)
MacBook Neo (256GB)RM2,499RM2,099
MacBook Neo (512GB)RM2,899RM2,499

NOTA: Apple menawarkan penjimatan sebanyak RM400 khusus untuk pelajar melalui Program Pendidikan Apple.

Cara Dapatkan Diskaun Harga MacBook Neo Untuk Pelajar

MacBook Neo menawarkan diskaun pendidikan khas untuk pelajar dan pendidik di Malaysia melalui Apple Education Store.

Sebelum itu, anda perlu semak kelayakan terlebih dahulu.

  1. Layari https://www.machines.com.my/pages/machines-edu-program
  2. Sign up akaun UniDAYS. Daftar guna e-mel universiti (.edu.my)
  3. Setelah akaun anda disahkan, log masuk untuk dapatkan Eligibility Code (EC). Kod ini digunakan untuk dapatkan diskaun harga pembelian produk Apple.

Rujuk cara-cara dapatkan diskaun harga berikut:

  1. Layari Apple Education Store di https://www.apple.com/my-edu/store/ atau https://www.apple.com/my-edu/shop/buy-mac/macbook-neo untuk dapatkan harga khas pendidikan
  2. Pilih spesifikasi & warna pilihan anda.
  3. Masukkan Eligibility Code (EC) semasa checkout
  4. Selesai!

Jika anda lebih suka melihat peranti secara depan-depan (seperti di Apple Store TRX atau kedai Machines/Switch, pastikan anda bawa Kad Pelajar (Matrix Card) yang asal dan masih sah. Sesetengah kedai juga meminta akses kepada portal pelajar universiti sebagai bukti tambahan.

Jangan lupa pre-order sekarang!

BACA JUGA: Apple Education Malaysia: Senarai Harga Pelajar Barangan Apple

Cara Tempah & Beli MacBook Neo

MacBook Neo boleh ditempah di Malaysia melalui saluran rasmi Apple pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Rujuk cara buat tempahan di bawah:

  1. Langkah 1: Layari laman web rasmi Apple Malaysia.
  2. Langkah 2: Pilih model peranti (Jangan lupa masuk melalui portal Apple Education jika anda seorang pelajar untuk harga RM2,099).
  3. Langkah 3: Pilih spesifikasi (256GB atau 512GB) dan warna kegemaran anda.
  4. Langkah 4: Klik ‘Add to Bag’ dan teruskan ke ‘Review Bag’.
  5. Langkah 5: Log masuk dengan Apple ID anda atau daftar sebagai tetamu (Guest).
  6. Langkah 6: Masukkan alamat penghantaran dan buat pembayaran melalui kad kredit/debit, perbankan dalam talian (FPX), atau pelan ansuran.
  7. Langkah 7: Anda akan menerima emel pengesahan dan McBook Neo akan dihantar terus ke pintu rumah anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai MacBook Neo, sila rujuk:

  1. Laman web rasmi Apple
  2. Laman Pendidikan Apple Malaysia

Soalan Lazim MacBook Neo

Adakah MacBook Neo ini menggunakan cip M3 atau M4?

Tidak. MacBook Neo menggunakan cip A18 Pro (cip yang sama pada iPhone 16 Pro).

Bolehkah saya menambah RAM (Upgrade) kemudian hari?

Tidak boleh. RAM pada McNeo adalah Unified Memory yang disatukan terus ke dalam cip A18 Pro. Anda tidak boleh menambah RAM selepas pembelian, jadi pastikan 8GB mencukupi untuk keperluan anda.

Adakah model asas mempunyai lampu papan kekunci (Backlit Keyboard)?

Model asas 256GB tidak dilengkapi dengan lampu papan kekunci. Jika anda sering bekerja dalam gelap, anda disarankan untuk memilih model 512GB yang disertakan dengan backlit keyboard dan Touch ID.

Bolehkah MacBook Neo menjalankan perisian berat seperti Adobe Premiere atau AutoCAD?

Peranti ini direka untuk tugasan harian dan akademik. Ia boleh menjalankan aplikasi tersebut untuk suntingan ringan, tetapi untuk projek profesional yang berat dan kompleks, anda lebih disarankan untuk memilih MacBook Air atau MacBook Pro.

Berapa lamakah tempoh jaminan (Warranty) Apple?

Setiap pembelian disertakan dengan jaminan terhad selama satu (1) tahun dan sokongan teknikal percuma selama 90 hari. Anda sangat digalakkan untuk menambah AppleCare+ untuk perlindungan tambahan daripada kerosakan tidak sengaja (seperti skrin pecah).

Adakah harga RM2,099 tersedia untuk semua orang?

Tidak. Harga RM2,099 adalah eksklusif untuk pelajar, guru, dan kakitangan akademik yang sah di Malaysia melalui Program Pendidikan Apple. Harga runcit biasa untuk orang awam bermula daripada RM2,499.

Adakah MacBook Neo menyokong Apple Intelligence?

Ya. Walaupun ia model mampu milik, McBook Neo menyokong penuh ciri Apple Intelligence pada macOS Tahoe, termasuk bantuan penulisan, rumusan nota pintar, dan carian imej yang dipertingkatkan.

Bila MacBook Neo boleh dipra-tempah di Malaysia?

McBook Neo boleh dipra-tempah melalui Apple Store Online (https://www.apple.com/my/shop/buy-mac/macbook-neo/) pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Berapa harga MacBook Neo di Malaysia?

– 256GB (8GB RAM): RM2,499
– 512GB + Touch ID (8GB RAM): RM2,899
– Pelajar/Pendidik: RM2,099 (256GB) / RM2,499 (512GB) melalui Apple Education Store.

Apakah warna yang tersedia untuk MacBook Neo?

MacBook Neo ada dalam 4 warna: Silver, Blush (pink lembut), Citrus (kuning cerah), dan Indigo (biru gelap). Semua warna padan dengan papan kekunci.

Berapa lama hayat bateri MacBook Neo?

Bateri tahan sehingga 16 jam penstriman video atau 11 jam pelayaran web dengan bateri 36.5Wh dan pengecas USB-C 20W (sama untuk iPhone).

Siapa paling sesuai guna MacBook Neo?

Sangat sesuai untuk pelajar, guru, penulis, pengguna kasual. Tidak sesuai untuk edit video 4K pro atau gaming AAA berat.

Bagaimana dapat diskaun pelajar?

Daftar UNiDAYS dengan e-mel universiti (.edu.my), dapatkan Eligibility Code (EC), masukkan semasa checkout di https://www.apple.com/my-edu/shop/buy-mac/macbook-neo.

Adakah Touch ID ada pada semua model?

Tidak. Touch ID hanya pada model 512GB (RM2,899) sahaja. Model 256GB guna Lock Key biasa.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut