Unifi TV 2.0 Untuk Semua – Serendah RM8/bulan

Telekom Malaysia (TM) kini memperkenalkan Unifi TV 2.0, versi baharu televisyen & penstriman yang boleh dinikmati oleh semua pengguna, termasuk bukan pelanggan Unifi.

Ia hadir dengan antara muka moden, fungsi carian universal merentas aplikasi, serta kelebihan tanpa kontrak, membolehkan anda berhenti pada bila-bila masa.

Apa itu Unifi TV 2.0

Unifi TV 2.0 ialah platform hiburan baharu dari TM yang menawarkan gabungan TV dan penstriman dengan harga mampu milik, serendah RM8 sebulan.

Ia boleh dilanggan oleh semua, termasuk bukan pelanggan Unifi, tanpa kontrak dan dengan pilihan pelan fleksibel mengikut keperluan sama ada pakej asas, bina sendiri, atau akses penuh ke aplikasi popular seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO Max dan Viu.

Pilihan Pelan Langganan

Untuk menyesuaikan dengan gaya hidup berbeza, Unifi TV 2.0 menawarkan tiga pilihan utama:

1. Build-Your-Own Pack – Berharga RM16 sebulan semasa promosi (harga asal RM30). Pengguna boleh memilih lima saluran premium bersama satu aplikasi penstriman Asia, dan pilihan ini boleh ditukar pada bila-bila masa mengikut citarasa. Sesuai untuk mereka yang mahu kawalan penuh terhadap kandungan yang ditonton.

unifi tv 2.0

2. Value Pack – Pilihan bajet dengan harga serendah RM8 sebulan bagi bukan pelanggan Unifi sepanjang tempoh promosi. Pakej ini merangkumi 36 saluran asas hiburan dan keluarga, lengkap dengan akses ke aplikasi Unifi TV 2.0.

unifi tv 2.0

3. Premium Pack – Untuk pengalaman menyeluruh, TM menawarkan All-Star Pack pada harga RM88 sebulan, atau Super Star Pack dengan harga promosi RM111 sebulan (berbanding RM181 sebelum ini). Pakej ini menyediakan hampir semua saluran hiburan serta akses ke aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO Max, dan Viu, bergantung kepada pelan dipilih.

Kelebihan Tambahan

  • Semua pelan Unifi TV 2.0 ditawarkan tanpa kontrak – pelanggan boleh berhenti pada bila-bila masa mengikut kitaran bil.
  • Bagi pelanggan sedia ada Unifi, harga langganan biasanya lebih rendah dengan bonus tambahan seperti akses percuma ke saluran atau aplikasi tertentu.
  • Bagi bukan pelanggan, promosi tetap boleh dinikmati tanpa perlu melanggan jalur lebar TM.

Tempoh Promosi

Promosi sah dari 13 September hingga 12 Disember 2025. Pelanggan yang mengekalkan langganan selepas tempoh ini berpeluang menikmati kadar promosi yang sama.

Langgan sekarang di sini : https://unifi.com.my/tv/index.html#/

Kenapa Pilih Unifi TV 2.0?

Dengan harga mampu milik, fleksibiliti membina pakej sendiri, serta akses penuh ke kandungan hiburan premium, Unifi TV 2.0 benar-benar memberi lebih pilihan dan kebebasan untuk semua rakyat Malaysia.

Unifi TV 2.0 – Hiburan tanpa batas, ikut cara anda!

Soalan Lazim Unifi TV 2.0

1. Apa perbezaan antara penawaran Pakej Ultimate sebelum ini dan Pakej Ultimate baharu?

Pakej Ultimate sebelum ini ditawarkan bersama dan boleh diakses melalui kotak set-top lama (warna putih/perak) serta aplikasi Unifi TV.

Dengan Pakej Ultimate baharu pada harga yang sama, anda kini boleh menikmati program kegemaran anda melalui Unifi TV Box terkini yang disertakan tanpa sebarang kos tambahan.

2. Saya sudah menjadi pelanggan Pakej TV Unifi dengan Unifi TV Box (Android TV Box). Jika saya menukar Pakej TV, adakah saya akan mendapat satu lagi Unifi TV Box?

Anda hanya layak menerima Unifi TV Box (kotak Android TV) yang disertakan sekali sahaja bagi setiap akaun.

Jika anda sudah menikmati Unifi TV Box yang disertakan bersama langganan Pakej TV semasa, anda tidak akan menerima kotak tambahan apabila menukar Pakej TV anda.

3. Bagaimana cara saya memasang Unifi TV Box apabila menerimanya melalui kurier?

Anda boleh merujuk kepada video ini untuk panduan pemasangan Unifi TV Box anda: https://unifi.com.my/plusbox

4. Bolehkah saya meminta Unifi TV Box dihantar dan dipasang terus oleh pasukan Unifi?

Ya, anda boleh. Sekiranya anda mahu pemasangan dilakukan oleh pasukan Unifi kami, akan dikenakan caj sebanyak RM80 (tidak termasuk cukai) untuk penghantaran dan pemasangan.

5. Bolehkah saya menambah Unifi TV Box tambahan ke akaun saya dengan Pakej TV Unifi?

Ya, boleh. Anda boleh menambah sehingga tiga (3) Unifi TV Box dengan caj bulanan sebanyak RM20 bagi setiap kotak, dengan tempoh kontrak minimum 24 bulan.

6. Berapa kali saya boleh menukar saluran dan/atau aplikasi penstriman dalam Build-Your-Own Pack?

Anda boleh menukar saluran dan/atau aplikasi penstriman yang dipilih sekali setiap bulan, mengikut tarikh kitaran bil anda.

7. Apakah Unifi TV Value Packs?

Pakej Unifi TV berikut dikategorikan sebagai Value Packs:

a) Wira Pack
b) Ying Xiong Pack
c) Veeran Pack
d) Kids Pack
e) Sports Pack
f) Max Pack
g) Netflix Pack
h) Disney+ Pack
i) Max Plus Pack
j) Star Pack

8. Bolehkah saya menambah Unifi TV Box tambahan ke akaun saya dengan Pakej TV Unifi?

Ya, anda boleh menambah sehingga empat (4) Unifi TV Box bagi setiap akaun. Caj yang dikenakan adalah seperti berikut:

– RM10 sebulan bagi setiap kotak (dengan kontrak 24 bulan), atau
– RM240 bayaran sekali gus bagi setiap kotak.

9. Bagaimanakah cara untuk saya menamatkan langganan Pakej TV Unifi?

Anda boleh menamatkan langganan Pakej TV Unifi jika tiada kontrak aktif yang terikat dengan Unifi TV Box, Unifi Home atau pelan Unifi Mobile anda melalui saluran berikut:

a) Kunjungi mana-mana cawangan TMpoint atau Unifi Store
b) Hubungi 100 dan tekan 3 untuk bercakap dengan Unifi Care Crew

Sekiranya anda menamatkan langganan dalam tempoh kontrak, caj penamatan awal akan dikenakan: Caj Bulanan x Baki Bulan Kontrak

10. Siapa yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan bantuan berkaitan Pakej TV Unifi?

Anda boleh menghubungi kami melalui mana-mana platform digital berikut:
a) Live Chat di https://maya.unifi.com.my atau melalui aplikasi MyUnifi/Unifi UniVerse
b) E-mel[email protected]
c) Facebookhttps://www.facebook.com/weareunifi/
d) X (Twitter)https://x.com/unifi

Baca juga: