Semakan BUDI MADANI 2025 (budimadani.gov.my)

Semakan BUDI MADANI 2025 boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi : https://budimadani.gov.my/ .

BUDI MADANI ialah inisiatif Kerajaan MADANI untuk menyasarkan semula subsidi bahan api kepada golongan yang benar-benar layak, selaras dengan Belanjawan 2024 bagi mengelak penyeludupan dan ketirisan subsidi. Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai RM200 sebulan atau subsidi diesel mengikut kategori yang ditetapkan.

Anda boleh log masuk untuk semak kelayakan permohonan melalui pautan ini : https://budimadani.gov.my/Account/Login.aspx

Apa itu BUDI MADANI

BUDI MADANI ialah inisiatif Kerajaan MADANI untuk memastikan subsidi disalurkan hanya kepada golongan yang layak, selaras dengan komitmen Belanjawan 2024 bagi menyekat aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Platform ini menyalurkan subsidi secara lebih tersasar bagi melindungi kebajikan majoriti rakyat dan mengawal kos sara hidup.

Melalui BUDI MADANI:

  • Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus menerima subsidi diesel bagi mengawal harga barangan.
  • Individu terpilih menerima bantuan tunai RM200 sebulan bagi menampung kenaikan kos harian akibat pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
  • Petani, penternak dan pekebun kecil berdaftar turut mendapat bantuan tunai RM200 sebulan bagi mengurangkan kesan kenaikan kos diesel jentera pertanian.

Terdapat 3 kategori penerima utama di bawah BUDI MADANI:

  1. MySubsidi Diesel – untuk pengangkutan darat.
  2. BUDI Agri-Komoditi – untuk petani, penternak dan pekebun kecil.
  3. BUDI Individu – untuk pemilik kenderaan diesel individu yang layak.

Syarat Permohonan BUDI MADANI

BUDI Individu

Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:

1. Pemohon

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN; dan
  • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI

2. Kriteria Pemilikan Kenderaan

  • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
  • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
  • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
  • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.

3. Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu

  • Motosikal diesel;
  • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan; Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
  • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
  • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

BUDI Agri-Komoditi

Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Agri-Komoditi adalah seperti berikut:

1. Petani Kecil

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
    • Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk
      pesawah padi)
    • Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
    • Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk
      nelayan);
  • Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
  • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.

2. Pekebun Kecil

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
  • Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
    • Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
    • Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
    • Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
  • Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
  • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.

Panduan Menggunakan Portal BUDI MADANI

    Cara Mendaftar Akaun BUDI MADANI

    1. Layari portal rasmi BUDI MADANI : https://budimadani.gov.my/
    2. Klik butang “Log Masuk”
    3. Masukkan No. MyKad (12 digit)
    4. Klik butang “Semak”
    5. Klik butang “Daftar Akaun”
    6. Masukkan No. MyKad dan klik butang “Semak Nama”
    7. Sila isi butiran mengikut keperluan yang diminta
    8. Cipta frasa keselamatan dan masukkan kata laluan
    9. Klik butang “Daftar”
    10. Makluman akaun telah berjaya diwujudkan dan emel pengesahan dihantar kepada emel yang didaftarkan
    11. Sila klik pautan yang telah dihantar
    12. Log masuk semula pada laman web Budi Madani
    13. Isi No. MyKad dan sahkan kunci keselamatan
    14. Masukkan kata laluan yang telah diisi. Klik butang “Log Masuk”
    15. Anda telah berjaya Log Masuk Akaun
    semakan budi madani
    semakan budi madani
    semakan budi madani

    Cara Log Masuk Akaun BUDI MADANI

    1. Layari portal rasmi BUDI MADANI : https://budimadani.gov.my/
    2. Klik butang “Log Masuk”
    3. Masukkan No. MyKad (12 digit)
    4. Klik butang “Semak”
    5. Klik butang “Ya” jika ia frasa keselamatan anda
    6. Masukkan kata laluan yang telah diisi
    7. Klik butang “Log Masuk”
    8. Anda telah berjaya Log Masuk Akaun
    semakan budi madani
    semakan budi madani

    Cara Semakan BUDI MADANI (Status)

    Selepas membuat permohonan, pemohon perlu menyemak status bagi mengetahui kelayakan menerima Bantuan BUDI MADANI. Ikuti langkah berikut:

    1. Layari https://budimadani.gov.my/.
    2. Klik [Log Masuk] di bahagian kanan.
    3. Masukkan nombor MyKad dengan betul dan klik [Semak].
    4. Pastikan kata kunci keselamatan yang dipaparkan adalah milik anda, kemudian tekan YA.
    5. Masukkan kata laluan dan klik [Log Masuk].
    6. Pilih menu [Semakan Status].
    7. Semak status kelayakan mengikut kategori permohonan dan maklumat pembayaran.
    8. Selesai.
    9. Ask ChatGPT

    Cara Reset Kata Laluan Akaun BUDI MADANI

    1. Layari portal rasmi BUDI MADANI : https://budimadani.gov.my/
    2. Klik butang “Log Masuk”
    3. Klik butang “Terlupa Kata Laluan?”
    4. Masukkan No. MyKad (12 digit)
    5. Klik butang “Semak”
    6. Masukkan Emel yang telah didaftarkan
    7. Klik butang “Seterusnya”
    8. Semak emel untuk kata laluan baharu
    9. Copy kata laluan baharu. Klik pautan
    10. Log masuk semula pada laman web Budi Madani
    11. Masukkan No. MyKad (12 digit) dan klik butang “Semak”
    12. Klik butang “Ya” jika ia frasa keselamatan anda
    13. Masukkan kata laluan baharu daripada emel di kata laluan
    14. Masukkan kata laluan baharu dan sahkan kata laluan baharu
    15. Klik butang “Log Masuk”
    semakan budi madani
    semakan budi madani

    Cara Memohon BUDI Individu

    1. Layari portal rasmi BUDI MADANI : https://budimadani.gov.my/
    2. Klik butang “Log Masuk”
    3. Masukkan No. MyKad (12 digit)
    4. Klik butang “Semak”
    5. Klik”Ya” jika ia frasa keselamatan anda
    6. Masukkan kata laluan
    7. Klik butang “Log Masuk”
    8. Klik butang “Permohonan BUDI Individu”
    9. Isi maklumat peribadi, perbankan dan kenderaan anda. Klik butang “TIADA MAKLUMAT AKAUN BANK” jika tidak mempunyai akaun
    10. Isikan maklumat kenderaan
    11. Tekan butang ini untuk padam maklumat kenderaan
    12. Klik butang “Teruskan”
    13. Isikan dan klik butang “Sahkan Kata Laluan”
    14. Sahkan maklumat anda
    15. Klik butang “Hantar”
    16. Pemohon boleh klik butang “Keluar”, “Cetak Permohonan” atau “Semak Status”

    Cara Semakan BUDI Individu

    1. Semak status permohonan di butang “Semakan Status”
    2. Klik butang “Maklumat BUDI Individu” untuk dapatkan status permohonan

    Cara Memohon BUDI Agri-Komoditi

    1. Layari portal rasmi BUDI MADANI : https://budimadani.gov.my/
    2. Klik butang “Log Masuk”
    3. Masukkan No. MyKad (12 digit)
      • Layari portal rasmi BUDI MADANI : https://budimadani.gov.my/
      • Pemohon haruslah berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) terlebih dahulu
    4. Klik butang “Semak”
    5. Klik butang “Ya” jika ia frasa keselamatan anda
    6. Masukkan kata laluan
    7. Klik butang “Log Masuk”
    8. Klik butang “Permohonan BUDI Agri-Komoditi” bagi membuat permohonan baru
    9. Pilih “Kategori Pemohon”
    10. Isi maklumat peribadi, perbankan dan kenderaan anda. Klik butang “TIADA MAKLUMAT AKAUN BANK” jika tidak mempunyai akaun
    11. Pilih sektor berkenaan
      • Contohnya: TANAMAN/CROP, AKUAKULTUR/AQUACULTURE atau TERNAKAN/LIVESTOCK
    12. Klik butang “Teruskan”
    13. Isikan dan klik butang “Sahkan Kata Laluan”
    14. Sahkan maklumat anda
    15. Klik butang “Hantar”
    16. Pemohon boleh klik butang “Keluar”, “Cetak Permohonan” atau “Semak Status”

    Cara Semakan BUDI Madani (Agri-Komoditi)

    1. Semak status permohonan di butang “Semakan Status”
    2. Klik butang “Maklumat BUDI Agri-Komoditi” untuk dapatkan status permohonan

    Cara Membuat Rayuan BUDI Agri-Komoditi

    1. Layari portal rasmi BUDI MADANI : https://budimadani.gov.my/
      • Pemohon haruslah berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) terlebih dahulu
    2. Klik butang “Permohonan Rayuan BUDI Agri-Komoditi”
    3. Isi justifikasi rayuan anda dan klik butang “Teruskan”
    4. Isikan dan klik butang “Sahkan Kata Laluan”
    5. Sahkan maklumat anda
    6. Klik butang “Hantar”
    7. Pemohon boleh klik butang “Keluar”, “Cetak Permohonan” atau “Semak Status”
    8. Pemohon boleh semak status rayuan yang telah diterima di laman semak status

    Cara Membuat Rayuan BUDI MySubsidi Diesel

    1. Layari portal rasmi BUDI MADANI : https://budimadani.gov.my/ .
      • Pemohon perlu mendaftar dan mendapatkan status kelayakan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia melalui portal https://mysubsidi.kpdn.gov.my/login sebelum membuat rayuan.
    2. Klik butang “Permohonan Rayuan BUDI MySubsidi Diesel”
    3. Isi maklumat syarikat
    4. Klik butang “Teruskan”
    5. Isikan & klik butang “Sahkan Kata Laluan”
    6. Sahkan maklumat anda
    7. Klik butang “Hantar”
    8. Pemohon boleh klik butang “Keluar”, “Cetak Permohonan” atau “Semak Status”
    9. Pemohon boleh semak status rayuan yang telah diterima di laman semak status

    Jumlah & Kaedah Pembayaran

    Penerima layak akan menerima RM200 sebulan selaras dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Bayaran dikreditkan terus ke akaun bank berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau diambil tunai di Cawangan BSN jika tiada akaun bank.

    Semakan BUDI MADANI untuk tarikh pembayaran boleh disemak melalui butang “Semak Status” pada papan pemuka permohonan.

    Lihat paparan di bawah untuk melihat contoh permohonan LULUS.

    Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menebus BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

    Tarikh Bayaran BUDI MADANI 2025

    Bagi mereka yang telah diluluskan, Semakan BUDI MADANI untuk pembayaran bagi tahun 2025 akan bermula mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Tarikh bayaran BUDI MADANI bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

    Januari – Jun 2025

    Tarikh PermohonanTarikh Bayaran
    1-31 Jan7 Feb (Jumaat)
    1-28 Feb7 Mac (Jumaat)
    1-31 Mac11 April (Jumaat)
    1-30 April9 Mei (Jumaat)
    1-31 Mei6 Jun (Jumaat)
    1-30 Jun7 Julai (Isnin)

    Julai – Disember 2025

    Tarikh PermohonanTarikh Bayaran
    1-31 Julai8 Ogos (Jumaat)
    1-31 Ogos8 Sept (Isnin)
    1-30 Sept8 Okt (Rabu)
    1-31 Okt7 Nov (Jumaat)
    1-30 Nov5 Dis (Jumaat)
    1-31 Dis9 Jan 2026 (Jumaat)

    Pertanyaan Lanjut

    Pertanyaan umum bekenaan semakan BUDI MADANI boleh disalurkan melalui emel kepada : [email protected].

    Untuk BUDI INDIVIDU, pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja di talian berikut:

    1. Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
    2. Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
    3. Alamat e-mel : [email protected]

    Untuk BUDI AGRI-KOMODITI pula, pertanyaan berkaitan bantuan bagi petani kecil boleh dipanjangkan melalui:

    1. Talian KPKM: 03-88701207
    2. Alamat e-mel : [email protected]
    3. Waktu operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)

    Pertanyaan barkaitan bantuan bagi pekebun kecil pula boleh dipanjangkan ke KPK melalui:

    1. Talian: 03-8880 1475
    2. Alamat e-mel: [email protected].
    3. Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat).

    Soalan Lazim

    1. Apakah BUDI MADANI?

    BUDI MADANI ialah program oleh Kerajaan MADANI bagi memusatkan dan
    memudahkan proses permohonan secara dalam talian kepada pemilik kenderaan
    jenis diesel merangkumi kenderaan pengangkutan darat awam, pengangkutan darat
    barangan, kenderaan persendirian milik individu dan golongan petani kecil serta
    pekebun kecil di Semenanjung Malaysia untuk terus menikmati subsidi diesel melalui
    kaedah seperti berikut:

    2. Bilakah portal BUDI MADANI dilancarkan?

    Portal BUDI MADANI telah dilancarkan pada 28 Mei 2024 untuk menerima
    permohonan bantuan tunai BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi.

    Pemohon yang layak dan berdaftar sehingga 3 Jun 2024 telah dibayar pada 10 Jun
    Pemohon yang layak tetapi belum berdaftar boleh mohon dan akan menerima
    bantuan bermula bulan permohonan dibuat.

    3. Bagaimana Kerajaan menetapkan syarat kelayakan bagi Program BUDI
    MADANI ini?

    Penyasaran subsidi diesel telah dilaksanakan dengan menetapkan harga runcit diesel
    pada harga tanpa subsidi berkuatkuasa 10 Jun 2024. Pada masa yang sama, bantuan
    bersasar disediakan, terutamanya untuk sektor logistik serta individu yang memiliki
    kenderaan diesel bagi mengurangkan impak kepada kos sara hidup dan rakyat.
    Secara amnya, terdapat dua jenis bantuan:

    – Penerima subsidi diesel bersasar yang menggunakan kaedah fleet card
    akan mendapat harga diesel bersubsidi.
    – Penerima bantuan tunai diesel akan mendapat bantuan secara tunai
    tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan

    Program penyasaran subsidi akan dilaksanakan berdasarkan kaedah berikut:

    4. Bolehkah saya terus melayari portal BUDI MADANI bagi menyemak
    kelayakan?

    Pemohon boleh melayari portal BUDI MADANI bagi tujuan permohonan dan status
    kelayakan akan dimaklumkan selepas proses permohonan selesai.

    5. Berapa lamakah tempoh pemprosesan bagi rayuan?

    Setiap permohonan bakal melibatkan tempoh pemprosesan yang berbeza. Namun,
    secara purata keputusan rayuan akan dibuat dalam tempoh seminggu. Untuk
    maklumat lanjut berkaitan perkara ini, sila layari portal https://budimadani.gov.my.

    Pemohon boleh rujuk kepada portal Budi MADANI untuk menyemak status
    permohonan dan keputusan kelayakan juga akan dimaklumkan kepada pemohon.

    Bagi permohonan yang tidak diluluskan, rayuan boleh dibuat melalui portal BUDI
    https://budimadani.gov.my atau menghubungi talian bantuan BUDI atau
    mengemukakan emel kepada [email protected]

    6.

    semakan budi madani
    semakan budi madani
    semakan budi madani
    semakan budi madani
    semakan budi madani
    semakan budi madani
    semakan budi madani