mySIKAP Login (https://public.jpj.gov.my) 2025 memudahkan semua urusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia secara digital.
Sama ada anda mahu menyemak saman, memperbaharui lesen memandu, membayar cukai jalan atau menguruskan transaksi kenderaan, semuanya boleh dilakukan terus melalui portal ini tanpa perlu ke kaunter.
Apa itu mySIKAP
mySIKAP ialah portal rasmi atas talian yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Bukan sekadar untuk memperbaharui lesen memandu secara online, portal ini turut menawarkan pelbagai urusan digital berkaitan kenderaan dan pelesenan pemandu.
Antara perkhidmatan yang boleh diakses melalui mySIKAP termasuklah:
- Kenderaan: Uruskan pelbagai transaksi kenderaan seperti memperbaharui atau membatalkan Lesen Kenderaan Motor (LKM), memohon atau membatalkan penggunaan kenderaan sementara, melakukan pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan untuk penghantaran ke luar negara, serta mengemaskini atau mendapatkan pek maklumat kenderaan.
- Lesen Memandu: Laksanakan pembaharuan lesen memandu, mohon permit memandu antarabangsa, rayuan lesen tamat tempoh, penukaran lesen asing/tentera/polis kepada lesen Malaysia, kemaskini alamat, tambah kelas lesen, atau dapatkan maklumat penuh lesen memandu anda.
- Kesalahan & Penalti: Buat semakan saman/notis serta penalti, dan teruskan bayaran secara online. Anda juga boleh menyemak status kenderaan (disenaraihitam atau dirampas), semakan mata KEJARA serta tempoh penggantungan lesen.
- Pengurusan Profil: Kemaskini butiran peribadi dan tukar kata laluan akaun anda.
- Perkhidmatan Lain: Mohon pendaftaran kereta klasik/vintaj, permohonan berkaitan kemalangan & kelulusan membaiki, serta rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM.
Syarat Pendaftaran Pengguna MySikap
Untuk mendaftar sebagai pengguna, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pendaftaran dibuka kepada orang awam yang mempunyai MyKad (Warganegara Malaysia), MyPR (Penduduk Tetap Malaysia), Paspot (Warga asing), Agensi (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan) – Tempatan atau asing dengan nombor pendaftaran yang diiktiraf;
- Bagi pemegang MyKad, MyPR dan Paspot , anda haruslah berumur 16 tahun ke atas dan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) rekod transaksi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Contoh transaksi – anda mempunyai saman atau notis, mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan yang sah dah sebagainya; dan
- Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan melibatkan sektor awam atau asing yang mempunyai nombor pendaftaran yang diiktiraf dengan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh tarikh pendaftaran.
Kategori Pengguna Berdaftar
Pengguna Awam yang ingin menggunakan mySIKAP perlu mendaftarkan ID mereka terlebih dahulu.
Terdapat dua kategori pengguna awam iaitu:
1. PERSENDIRIAN
- Pengguna yang terdiri daripada orang persendirian yang akan hadir ke kaunter JPJ untuk mendaftarkan ID mereka. Nombor Rujukan akan dijana di kaunter dan diserahkan kepada pengguna;
- Nombor rujukan boleh juga dijana secara online untuk eID Awam
- Terdapat 2 tahap capaian* iaitu
- eID Standard (tanpa cap jari, boleh daftar online)
- eID Advanced (perlu cap jari di kaunter)
2. SYARIKAT
- Pengguna yang merupakan wakil daripada syarikat/pertubuhan/perbadanan yang akan mendaftarkan id mereka secara atas talian dan Nombor Rujukan akan dihantar melalui emel. Seterusnya, pengguna akan hadir ke kaunter JPJ dengan membawa No. Rujukan dan dokumen sokongan untuk pengesahan.
*NOTA: Perbezaan ketara antara ID Standard & Advanced adalah seperti berikut:
1. ID AWAM STANDARD
- renew lesen online / roadtax
- beli no running semasa
2. ID Awam Advanced
- renew lesen online / roadtax
- beli no running semasa
- salinan rtax
- tukar nama pemilik
- tukar nama pembeli
- belian maklumat kenderaan
Cara Daftar Pengguna MySikap JPJ
Pendaftaran peribadi ialah bagi kategori pengguna awam seperti berikut:
- Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah;
- Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau
- Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh pendaftaran ID mySIKAP.
Langkah membuat pendaftaran adalah seperti berikut:
- Klik pautan mySIKAP Login https://public.jpj.gov.my/
- Lengkapkan borang pendaftaran dengan mengisi ruang yang bertanda * sahaja
- Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
- Klik Teruskan
- Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
- Klik Teruskan.
- Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
PENDAFTARAN PERIBADI
1. DAFTAR / LOGIN MYSIKAP PERTAMA (MYKAD)
Skrin Utama akan dipaparkan seperti di bawah:-

2. Klik pautan Daftar / Log Masuk
Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

3. Masukkan segala butiran yang dikehendaki seperti No.MyKad, Telefon Bimbit, E-Mel, Pengesahan E-mel, No. Siri Lesen Memandu, No. Rujukan dan Kod Sekuriti.
Klik [Teruskan], jika maklumat siap diisi. Klik [Isi Semula] untuk mengisi semula No. Rujukan.
4. Skrin Pengesahan akan dipaparkan seperti di bawah.

5. Klik [Ya]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

6. Klik [Tutup]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

Skrin di atas akan dipaparkan sekiranya pendaftaran berjaya. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
Contoh emel dipaparkan seperti di bawah:-

Cara Login MySikap Kali Pertama
Apabila anda sudah menerima e-mel rasmi daripada mySIKAP, anda boleh terus login ke portal dengan langkah-langkah di bawah:
- Login pautan mySIKAP https://public.jpj.gov.my/
- Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel
- Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru
- Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan
- Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti
- Klik Simpan. Selesai.

Cara Daftar Syarikat
Pendaftaran ID Syarikat adalah untuk mendaftarkan Wakil Syarikat dan Pelulus Transaksi. ID bagi Wakil Syarikat dan Pelulus Transaksi digunakan untuk Pertukaran Hak Milik Secara Atas Talian. Terdapat tiga (3) jenis pendaftaran di bawah pendaftaran Syarikat iaitu Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian, Syarikat Sendirian Berhad / Berhad dan Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar).
Syarat-syarat pendaftaran syarikat adalah seperti berikut:
- Bilangan Pelulus bagi Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian yang dibenarkan untuk mendapatkan ID adalah minima satu (1) orang dan maksima tiga (3) orang sahaja;
- Bilangan Pelulus bagi Syarikat Sendirian Berhad / Berhad yang dibenarkan untuk mendapatkan ID adalah minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang sahaja; dan
- Bilangan pelulus bagi Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar) mestilah minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang.
Syarat-syarat pendaftaran syarikat adalah seperti berikut:
- Bilangan Pelulus bagi Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian yang dibenarkan untuk mendapatkan ID adalah minima satu (1) orang dan maksima tiga (3) orang sahaja;
- Bilangan Pelulus bagi Syarikat Sendirian Berhad / Berhad yang dibenarkan untuk mendapatkan ID adalah minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang sahaja; dan
- Bilangan pelulus bagi Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar) mestilah minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang.
LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN ID SYARIKAT
- Login laman web mySIKAP https://public.jpj.gov.my/
- Pilih Pendaftaran Syarikat melalui drop down list.
- Masukkan No. Rujukan yang diperolehi melalui emel yang diterima oleh wakil syarikat;
- Semak dokumen yang dimuatnaik oleh wakil syarikat.
- Operator kaunter perlu mengesahkan dokumen tersebut dengan melakukan pengesahan biometrik.
- Wakil syarikat tersebut akan menerima emel yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara untuk mengakses mySIKAP.
*Rujuk langkah bergambar di bawah:
1. Login MySikap di pautan https://public.jpj.gov.my
Skrin Utama akan dipaparkan seperti di bawah:-

2. Klik pautan Pendaftaran ID Syarikat.
Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

3. Pilih Jenis Pendaftaran sebagai Wakil Syarikat melalui drop down list.
Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

4. Pilih Jenis Syarikat melalui drop down list. Contoh jenis syarikat adalah Syarikat Sendirian Berhad / Berhad;
5. Masukkan No. Pendaftaran dan Nama Syarikat;
6. Masukkan Tarikh Luput No. Pendaftaran. Rujuk Panduan Umum untuk panduan menggunakan kalendar.
Nota: Skrin seperti berikut akan dipaparkan sekiranya tarikh luput no. pendaftaran kurang dari enam (6) bulan dari tarikh semasa.

7. Masukkan Telefon, Faks, Alamat, Negeri, Bandar, Poskod dan E-mel;
8. Masukkan Nama Wakil dan No. MyKad Wakil pada ruangan Butiran Wakil (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan);
9. Muat Naik Dokumen yang diperlukan.
Nota: Hanya dokumen di dalam format .PDF dengan saiz kurang dari 1024kb setiap satu sahaja dibenarkan.;
10. Klik [Teruskan]. Skrin Proses Pendaftaran Tamat akan dipaparkan seperti di bawah atau klik [Isi Semula] untuk memasukkan butiran pendaftaran yang lain;

11. Klik [Cetak] untuk mencetak Nombor Rujukan Pendaftaran.
Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

Wakil yang dilantik dikehendaki menghadirkan diri di mana – mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan dan perlu membawa slip seperti di atas dan dokumen sokongan asal dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh nombor rujukan dijana untuk membuat pengesahan. No. Rujukan yang di cetak juga dihantar ke e-mel wakil yang telah didaftarkan.
Klik di sini untuk mendapatkan senarai alamat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan.
ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke e-mel berdaftar setelah proses pengesahan di kaunter selesai.
Senarai Dokumen yang Diperlukan
Berikut adalah senarai yang diperlukan adalah berdasarkan jenis pendaftaran seperti berikut:
1. Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
- MyKAD Wakil Syarikat;
- Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan);
- Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah / Sarawak); dan
- Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
2. Syarikat Sendirian Berhad / Berhad
- MyKAD Wakil Syarikat;
- Borang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) / Borang 13 (Sijil Tukar Nama); dan
- Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
3. Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar)
- MyKAD Wakil Syarikat;
- Borang 3 ROC (Sijil Pendaftaran); dan
- Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
4. Kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan
- MyKAD Wakil Syarikat;
- Surat Rasmi daripada agensi berkenaan untuk permohonan ID; dan
- Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
5. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan
- MyKAD Wakil Syarikat;
- Surat Kelulusan penubuhan MITI / MoF (Jika pejabat serantau); dan
- Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
6. Syarikat Sendirian Berhad / Berhad Melalui Liquidator (Penyelesai)
- MyKAD Wakil Syarikat;
- Borang 72 (Notis perlantikan Liquidator – penggulung sukarela) atau Borang 70 (Notis perlantik Liquidator Penggulungan Mahkamah) disahkan oleh pendaftar syarikat;
- Perintah Mahkamah (Jika perlantikan mahkamah); dan
- Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
Penyelarasan Kadar Kompaun Saman Bagi JPJ dan PDRM
[TERKINI] Bermula 1 Januari 2026, kadar dan kaedah kompaun saman trafik akan diselaraskan antara JPJ dan PDRM bagi memastikan pelaksanaan undang-undang jalan raya yang seragam dan adil di seluruh negara.
Kerajaan turut memperkenalkan prinsip baharu “The Less You Delay, The Less You Pay”, di mana kadar kompaun lebih rendah diberikan kepada mereka yang membayar saman lebih awal.
Prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay”
Jemaah Menteri memutuskan pemberian diskaun saman berasaskan program atau kempen khas akan digantikan dengan prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay” bermula 1 Januari 2026.
Hal ini kerana pemberian diskaun saman berasaskan program adalah tidak adil kepada golongan yang bertanggungjawab dan membayar saman mereka lebih awal.
Berdasarkan prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay”, kadar kompaun adalah lebih rendah sekiranya bayaran dibuat lebih awal. Pendekatan ini bertujuan untuk memberi insentif kepada mereka yang bertanggungjawab menjelaskan saman dengan segera.

Struktur pengurangan baharu:
- 1–15 hari:
50% pengurangan
- 16–30 hari:
33% pengurangan
- 31–60 hari:
Kadar maksimum
- 61 hari ke atas:
Tindakan mahkamah / senarai hitam
Walau bagaimanapun, kadar insentif ini tidak terpakai bagi kategori kesalahan yang tidak boleh dikompaun (Non-Compoundable, NC) seperti tiada insurans, Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan mempamerkan LKM palsu.
Tempoh Peralihan:
Mulai 1 November hingga 30 Disember 2025, orang ramai masih boleh menikmati diskaun antara 50% hingga 70% bagi saman sedia ada JPJ dan PDRM.
Selepas tempoh ini, prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay” akan dipatuhi sepenuhnya dan tiada pengurangan akan ditawarkan untuk saman-saman yang tidak dibayar dalam tempoh 60 hari.
Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan dan pembayaran melalui:
- Portal MySIKAP
- Aplikasi MyJPJ
- Aplikasi MyBayarPDRM
- Kaunter/kiosk JPJ & saluran pembayaran PDRM
Semua pengguna jalan raya diminta agar menyelesaikan saman tertunggak sebelum 30 Disember 2025 dan bersama-sama menyokong usaha untuk membentuk budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan selamat.
Maklumat lanjut: https://tinyurl.com/bdc32ctn



Muat Turun Aplikasi MyJPJ
Untuk lebih mudah, anda boleh muat turun aplikasi MyJPJ ke dalam telefon bimbit melalui pautan ini:
- Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info&hl=en
- Apps Store : https://apps.apple.com/us/app/myjpj/id6443821311
- Huawei AppGallery : https://appgallery.huawei.com/app/C107204517

Soalan Lazim
Sekiranya pengguna ingin menggunakan portal mySIKAP, pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu. Rujuk Pendaftaran Peribadi atau Pendaftaran ID Syarikat serta Syarat Pendaftaran untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai MyPR, anda boleh mewujudkan akaun mySIKAP. Rujuk Pendaftaran Peribadi serta Syarat Pendaftaran untuk maklumat lanjut.
Pemegang paspot juga boleh mewujudkan akaun mySIKAP. Rujuk Pendaftaran Peribadi serta Syarat Pendaftaran untuk maklumat lanjut.
i. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8++.
ii. Resolusi paparan 1024 x 768.
Pendaftaran biometrik bergantung kepada data yang diambil daripada Jabatan Pendaftaran Negara di mana cara pendaftaran sama seperti yang telah dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara.
Boleh, kerana ID pengguna peribadi tidak sama dengan ID pengguna syarikat walaupun pengguna peribadi telah mendaftarkan diri sebagai wakil syarikat. No. MyKad yang telah digunakan oleh pengguna peribadi semasa pendaftaran syarikat hanyalah untuk tujuan pengesahan sahaja.
i. Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah atau
ii. Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau
iii. Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP;
iv. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun; dan
v. Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.
Pendaftaran Agensi terdiri daripada kategori Perniagaan, Syarikat, Pertubuhan dan Kerajaan. Permohonan Pendaftaran Agensi perlu dilakukan melalui portal di mana pihak agensi perlu mengisi butiran yang diperlukan serta memuat naik dokumen-dokumen sokongan mengikut jenis pendaftaran agensi. Senarai Dokumen perlu dikemukakan apabila wakil agensi hadir ke pejabat JPJ yang terdekat bagi proses pengesahan sebelum ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara dihantar ke emel berdaftar.
Anda boleh melakukan beberapa transaksi dalam talian untuk urusan melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu. Antara transaksi yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:-
i. Kenderaan : Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.
ii. Lesen Memandu : Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.
iii. Kesalahan dan Penalti : Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
iv. Pengurusan Profil : Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.
v. Perkhidmatan Lain : Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan puspakom.
Boleh. Anda dinasihatkan untuk menukar Kata Laluan secara berkala.
Tidak boleh. ID Pengguna adalah unik dan tidak boleh ditukar.
ID Pengguna dan Kata Laluan adalah penting untuk sebarang transaksi online antara anda dengan pihak JPJ. ID Pengguna diperlukan kerana ia merupakan ID unik yang akan mengenalpasti pemiliknya manakala kata laluan pula digunakan untuk mengesahkan bahawa ID itu adalah milik anda. Pastikan anda tidak lupa ID Pengguna dan Kata Laluan.
i. Anda dinasihatkan agar tidak mendedahkan ID Pengguna dan Kata Laluan kepada orang lain termasuklah melalui emel atau telefon.
ii. Pastikan anda Daftar Keluar setelah selesai segala urusan online dengan JPJ.
iii. Tukar Kata Laluan anda secara berkala atau sekiranya anda merasakan Kata Laluan anda diketahui orang lain.
iv. Gunakan Kata Laluan yang unik.
v. Jangan klik atau aktifkan “Remember Password“.