MyKKP Login – (mykkp.dosh.gov.my)

MyKKP Login ialah portal rasmi JKKP yang membolehkan pengguna membuat pendaftaran, pembaharuan, pembayaran atas talian, menghantar aduan kemalangan di tempat kerja, serta menerima notifikasi status dengan mudah dan cepat.

Anda boleh login terus melalui pautan rasmi di sini mykkp.dosh.gov.my. Kini semua urusan boleh dilakukan secara digital di hujung jari tanpa membuang masa.

Apa itu MyKKP

MyKKP merupakan kemudahan atas talian yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kepada para pengguna.

Melalui platform ini, anda boleh menguruskan pelbagai urusan secara lebih mudah, cepat, dan selamat tanpa perlu hadir ke kaunter.

Daftarlah sekarang untuk menikmati kemudahan berikut:

  • Permohonan – Pendaftaran dan pembaharuan lesen/permit secara atas talian.
  • Pembayaran – Bayaran boleh dibuat dengan mudah secara online.
  • Aduan – Melaporkan aduan kemalangan di tempat kerja.
  • Notifikasi – Menerima peringatan serta status terkini mengenai permohonan anda.

Dengan adanya MyKKP, segala urusan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kini lebih mudah, cepat, dan mesra pengguna.

Baca juga: SISPAA: Login & Cara Buat Aduan

Cara Daftar Akaun MyKKP

Untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh MyKKP, setiap pengguna perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Proses pendaftaran boleh dilakukan secara mudah melalui portal rasmi MyKKP.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi MyKKP di sini https://mykkp.dosh.gov.my
  2. Klik pada bahagian LOG MASUK di sebelah kanan atas skrin.
  3. Pada ruangan LOG MASUK AKAUN ANDA, klik pautan “Tiada akaun? Daftar sini”.
  4. Masukkan maklumat peribadi seperti:
    • Nama Penuh
    • No. Kad Pengenalan
    • No. Passport (jika berkenaan)
    • Tarikh Lahir
    • Jantina
    • Warganegara
    • Bangsa
    • Alamat Emel & Pengesahan Emel
    • Alamat Emel Alternatif
    • No. Telefon Bimbit & Pengesahan
  5. Klik butang SETERUSNYA.
  6. Masukkan Alamat dan Poskod, kemudian klik SETERUSNYA.
  7. Cipta ID Pengguna, masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
  8. Klik butang DAFTAR.
  9. Anda akan menerima notifikasi atau e-mel pengesahan bahawa pendaftaran telah berjaya.

Selesai! Akaun MyKKP anda kini telah didaftarkan dan boleh digunakan untuk pelbagai urusan secara atas talian.

mykkp login

Cara untuk MyKKP Login

Untuk MyKKP Login, ikuti langkah mudah berikut:

  1. Layari laman web rasmi MyKKP di sini https://mykkp.dosh.gov.my
  2. Klik pada bahagian LOG MASUK yang terletak di atas sebelah kanan skrin.
  3. Pada ruangan LOG MASUK AKAUN ANDA, masukkan ID Pengguna.
  4. Masukkan Kata Laluan anda.
  5. Tekan butang LOG MASUK.
  6. Selesai! Anda kini boleh menggunakan semua kemudahan yang disediakan dalam portal MyKKP.
mykkp login

Cara Reset Semula Kata Laluan MyKKP

Sekiranya anda terlupa kata laluan MyKKP, ikuti langkah mudah berikut untuk reset semula akses anda:

  1. Klik pautan “Lupa Kata Laluan?” pada paparan log masuk portal MyKKP.
  2. Masukkan ID Pengguna dan klik butang Hantar.
  3. Semak e-mel berdaftar anda untuk mendapatkan pautan proses penetapan semula kata laluan.
  4. Klik pautan tersebut, dan paparan Tukar Kata Laluan akan dibuka.
  5. Masukkan kata laluan baharu serta ulangannya, kemudian klik butang Kemaskini.
  6. Paparan mesej “Kata laluan Berjaya dikemaskini” akan muncul sebagai pengesahan.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda boleh mendapatkan semula akses ke akaun MyKKP dengan mudah dan selamat.

Cara Melaporkan Kemalangan Di Tempat Kerja Melalui MyKKP

MyKKP menyediakan kemudahan untuk melaporkan kemalangan di tempat kerja secara atas talian. Berikut langkah-langkah yang perlu diikuti:

  1. MyKKP Login melalui https://mykkp.dosh.gov.my.
  2. Klik pada bahagian “Aduan” di menu utama.
  3. Isi borang laporan kemalangan dengan maklumat terperinci seperti:
    • Tarikh kejadian
    • Masa kejadian
    • Lokasi kejadian
    • Butiran ringkas tentang kemalangan
  4. Muat naik dokumen sokongan jika diperlukan, seperti gambar lokasi kejadian atau laporan perubatan.
  5. Klik Hantar untuk menghantar laporan.
  6. Setelah dihantar, anda akan menerima notifikasi mengenai status laporan tersebut melalui portal atau e-mel berdaftar.

Dengan kemudahan ini, pelaporan kemalangan di tempat kerja dapat dilakukan dengan lebih cepat, telus, dan mudah tanpa perlu hadir ke pejabat JKKP.

Cara Memantau Status Permohonan Di MyKKP

Untuk memantau status permohonan, pengguna hanya perlu mengikuti langkah mudah berikut:

  1. MyKKP Login melalui https://mykkp.dosh.gov.my.
  2. Klik pada bahagian “Notifikasi” di menu akaun.
  3. Di sini, pengguna boleh melihat senarai permohonan yang telah dihantar bersama status terkini.

Sebagai contoh, jika anda telah menghantar permohonan pendaftaran lesen, statusnya akan dipaparkan sama ada:

  • Diluluskan
  • Sedang diproses
  • Memerlukan maklumat tambahan

Selain itu, MyKKP juga akan menghantar notifikasi melalui emel sekiranya terdapat sebarang kemas kini berkaitan status permohonan anda.

Dengan kemudahan ini, pengguna dapat memantau perkembangan permohonan secara telus, mudah, dan cepat tanpa perlu hadir ke kaunter.

Baca juga: Login STR : Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah 2025

    Cara Mengemaskini Profil Pengguna Di MyKKP

    Untuk memastikan maklumat anda sentiasa terkini, pengguna boleh mengemaskini profil di portal MyKKP dengan langkah mudah berikut:

    1. MyKKP Login melalui https://mykkp.dosh.gov.my.
    2. Pergi ke bahagian “Profil” pada menu akaun.
    3. Kemaskini maklumat peribadi seperti:
      • Alamat tempat tinggal
      • Nombor telefon
      • Alamat emel
    4. Jika perlu, anda juga boleh menukar kata laluan di bahagian ini.
    5. Setelah selesai, klik butang “Simpan” untuk menyimpan perubahan.
    6. MyKKP akan menghantar notifikasi pengesahan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada profil anda.

    Dengan cara ini, maklumat pengguna di MyKKP akan sentiasa terkini dan memudahkan urusan seterusnya.

    Manual Pengguna MyKKP

    Maklumat Lanjut

    Sekiranya anda memerlukan bantuan atau info tambahan, boleh rujuk pada maklumat berikut:

    Alamat Pejabat
    Kementerian Sumber Manusia
    Bahagian Khidmat Pengurusan
    Aras 4, Setia Perkasa 3
    Kompleks Setia Perkasa
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Faks: 03-8889 2443

    Pusat Perkhidmatan Pelanggan
    📞 03-8000 8000

    Talian Terus MyKKP
    📞 03-6419 2525
    ✉️ Emel: [email protected]

    Talian Terus MySKUD
    📞 03-8886 6459 / 017-7644776
    ✉️ Emel: [email protected] / [email protected]

    Soalan Lazim

    UMUM

    1. Saya tidak dapat menghubungi talian terus MyKKP 03-6419 2525

    Talian tersebut hanya boleh dihubungi pada waktu berikut:
    Isnin – Jumaat (8.30pagi-1.00petang / 2.00petang-5.30petang) kecuali Hari Kelepasan Am.
    Untuk negeri yang bekerja pada hari Ahad, sila hubungi pejabat JKKP Negeri tersebut.

    2. Saya telah terlupa kata laluan?

    1. Sila klik pautan “Lupa Kata Laluan?” pada paparan MyKKP Login.
    2. Sila masukkan ID Pengguna dan klik butang Hantar.
    3. Sila semak e-mel yang telah didaftarkan dengan MyKKP untuk mendapatkan pautan bagi proses katalaluan.
    4. Klik pautan berkenaan dan paparan bagi Tukar Kata Laluan akan dipaparkan.
    5. Masukkan kata laluan baru dan ulangan kata laluan, seterusnya klik butang Kemaskini.
    6. Popup mesej “Kata laluan Berjaya dikemaskini” akan dipaparkan.

    3. Saya tidak menerima emel pengaktifan

    1. E-mel pengaktifan akan dihantar secara automatik ke inbox e-mel yang telah didaftarkan dengan sistem MyKKP selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan.
    2. Pengguna dikehendaki menyemak ruangan e-mel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit.
    3. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, sila e-melkan kepada [email protected] atau hubungi no telefon 03-6419 2525.
    **Sila pastikan e-mel peribadi yang didaftarkan adalah e-mel yang sah dan masih aktif.

    4. Saya tidak menerima sebarang emel pemakluman Aktiviti MyKKP

    Pengguna dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi. Rekod aktiviti semasa MyKKP masih boleh disemak dalam akaun MyKKP pengguna.

    5. No kad pengenalan saya telah didaftarkan oleh pengguna lain

    Mohon hubungi pasukan teknikal menerusi e-mel [email protected] beserta bukti pengenalan diri seperti salinan MyKad untuk semakan pihak teknikal selanjutnya.

    6. Saya telah mendaftar. Tetapi ketika log masuk, sistem memaklumkan bahawa login ID dan Kata Laluan tidak tepat

    1. Sila semak sama ada pengaktifan akaun MyKKP telah dibuat menerusi verifikasi akaun MyKKP.
    2. Sekiranya masih gagal log masuk walaupun verifikasi akaun MyKKP telah dibuat, sila hubungi pasukan teknikal menerusi e-mel [email protected] atau hubungi no telefon 03-6419 2525.

    7. Perlukah saya muat naik gambar pada Profil Saya?

    Gambar berukuran passport dengan spesifikasi yang telah ditetapkan WAJIB dimuatnaik di Profil Saya sekiranya pengguna merupakan Orang Yang Kompeten (OYK).

    8. Saya ingin menukar alamat e-mel.

    1. Log masuk ke akaun MyKKP.
    2. Klik menu Profil Saya dan klik sub menu Maklumat Emel.
    3. Masukkan alamat emel baru yang sah untuk verifikasi dan klik butang Verifikasi.
    4. Sila semak e-mel asal yang didaftarkan untuk mendapatkan Kod Verifikasi.
    5. Masukkan Kod Verifikasi di ruangan Kod Pengesahan Emel dan klik butang Pengesahan Kod.
    6. Popup mesej “Anda telah berjaya kemaskini emel yang baru.”

    9. Apakah browser yang paling sesuai untuk melayari portal MyKKP?

    Paparan terbaik portal MyKKP adalah dengan menggunakan browser Chrome.

    10. Saya menghadapi masalah untuk mencari butang Tutup pada paparan.

    Sila ubahsuai saiz paparan skrin pada browser menggunakan tool Zoom.

    11. Saya ingin menggunakan no kad pengenalan saya untuk mendaftar 2 ID pengguna MyKKP

    Satu no kad pengenalan hanya boleh digunakan untuk mendaftar 1 ID pengguna MyKKP.

    12. Saya telah membuat pembayaran secara atas talian, tetapi status masih “pembayaran”

    1. Perkara ini adalah disebabkan oleh pengguna tidak menunggu sehingga resit MyKKP dipaparkan.
    2. Sila e-melkan no bil beserta bukti pembayaran kepada [email protected] dan salinan kepada [email protected] dan [email protected].

    KILANG & JENTERA

    1. Saya ingin menggunakan no kad pengenalan saya untuk mendaftar 2 ID pengguna MyKKP

    Satu no kad pengenalan hanya boleh digunakan untuk mendaftar 1 ID pengguna MyKKP.

    2. Saya tidak dapat membuat permohonan berkaitan jentera (pendaftaran baru dan pemeriksaan ulangan)

    Pengguna perlu membuat permohonan pengaktifan tempat kerja terlebih dahulu sebelum membuat permohonan berkaitan jentera. Sila rujuk Manual Pengguna PATK.

    3. Saya telah berjaya membuat carian tempat kerja tetapi apabila saya klik butang daftar, tiada sebarang perubahan paparan

    Sila pastikan tetapan browser “Allow Pop-up Blocker” telah diaktifkan. Sila rujuk Manual Pengguna Konfigurasi Tetingkap Pop-up.

    4. Jentera ada di Senarai Jentera tetapi apabila ingin membuat permohonan pemeriksaan ulangan jentera berkenaan tidak wujud

    1. Sila semak doket jentera dan pastikan no tempat kerja wujud pada Nama Pemunya. Contoh: Syarikat (SL1234)
    2. Sila semak pada Senarai Permohonan sama ada permohonan pemeriksaan ulangan untuk jentera berkenaan telah dibuat/tidak.
    3. Sila semak JKKP Negeri berkaitan, berkemungkinan jentera berkenaan telah diagihkan secara dalaman oleh pegawai JKKP Negeri berkenaan.

    5. Saya gagal memuat turun CF menerusi butang Papar CF di jentera

    Pastikan No Tempat Kerja yang betul telah diaktifkan.
    Kes 1: Bil belum dibayar – Sila jelaskan pembayaran sama ada menerusi atas talian atau ke kaunter JKKP Negeri berkaitan.
    Kes 2: Bil telah dibayar – CF masih belum dijana. Sila hubungi pemeriksa berkenaan.
    Kes 3: Bil pemeriksaan tidak dijana menerusi sistem MyKKP (Bil tanpa QR Code) – Sila semak di menu Senarai CF di sebelah kiri untuk muat turun CF.
    Kes 4: Semak rekod pemeriksaan. Tiada CF akan dijana sekiranya keputusan GAGAL / ABORTIVE.
    Kes 5: Sila pastikan tetapan browser “Allow Pop-up Blocker” telah diaktifkan. Sila rujuk Manual Pengguna Konfigurasi Tetingkap Pop-up.

    6. Maklumat dalam CF yang dipaparkan kosong

    Sila semak doket jentera dan pastikan no tempat kerja wujud pada Nama Pemunya. Sekiranya no tempat kerja tiada, sila e-melkan kepada pegawai pemeriksa untuk kemaskini maklumat pemunya berkenaan.

    7. Saya dapati terdapat jentera yang bukan hak milik syarikat saya di Senarai Jentera

    Sila berhubung dengan pegawai IT JKKP Negeri berkaitan.

    8. Saya dapati jentera milik syarikat saya tiada di Senarai Jentera

    Sila berhubung dengan pegawai IT JKKP Negeri berkaitan dengan melampirkan bukti hak milik seperti CF, geran, dokumen jual-beli dan lain-lain.

    9. Terdapat kesilapan maklumat pada CF jentera

    Sila hubungi pemeriksa berkenaan.

    10. Saya ingin melantik lebih daripada seorang kakitangan untuk mengurus tempat kerja dan jentera di MyKKP

    Setiap kakitangan yang dilantik perlu membuat pengaktifan tempat kerja terlebih dahulu.

    11. Saya ingin mengaktifkan lebih daripada satu tempat kerja dalam akaun MyKKP saya

    1. Dalam satu masa hanya satu tempat kerja yang boleh diaktifkan untuk urusan permohonan dan semakan.
    2. Semua tempat kerja yang ingin diaktifkan perlu mendapat kelulusan pengaktifan tempat kerja (PATK).
    3. Sila klik menu Kilang/Jentera > Daftar Tempat Kerja.

    12. Nama firma saya tiada dalam semakan FYK

    Sila e-melkan surat kelulusan pendaftaran firma beserta no daftar tempat kerja kepada [email protected].

    13. Bagaimana untuk muat turun CF bagi jentera yang baru didaftarkan / pembaharuan?

    1. Sila aktifkan no tempat kerja bagi jentera berkenaan.
    2. Sila klik menu Kilang/Jentera > Senarai Jentera.
    3. Buat carian jentera yang berkaitan.
    4. Klik butang “Papar CF” untuk muat turun CF.
    Sila pastikan tetapan browser “Allow Pop-up Blocker” telah diaktifkan. Sila rujuk Manual Pengguna Konfigurasi Tetingkap Pop-up.

    14. Saya telah menerima makluman e-mel daripada [email protected] berkenaan status permohonan yang telah dibuat

    1. E-mel berkenaan memaklumkan status permohonan yang telah dibuat.2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti surat kelulusan, slip perakuan, pemohon perlu log masuk ke MyKKP.
    3. Sila klik Surat/Sijil/Resit untuk muat turun surat kelulusan/surat batal/surat gagal, slip perakuan, JKJ 127, JKJ 17, JKJ 113, Surat Pendaftaran Tapak Bina.
    Sila pastikan tetapan browser “Allow Pop-up Blocker” telah diaktifkan. Sila rujuk Manual Pengguna Konfigurasi Tetingkap Pop-up.

    ORANG YANG KOMPETEN (OYK)

    1. Nama saya tiada dalam semakan OYK

    Sila e-melkan sijil kompetensi kepada pegawai IT JKKP Negeri berkaitan untuk dikemaskini.