Check Online Balance BSN (www.bsn.com.my)

Check online balance BSN kini lebih mudah dengan adanya portal rasmi www.bsn.com.my dan aplikasi myBSN. Melalui platform ini, anda boleh menyemak baki akaun simpanan secara online tanpa perlu ke kaunter atau ATM.

Selain itu, myBSN juga menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti pemindahan dana, pembayaran bil, pembelian SSP, pembelian pin dan banyak lagi.

Semua urusan menjadi lebih pantas, selamat dan boleh diakses di mana sahaja anda berada.

Apa itu myBSN

myBSN ialah portal internet rasmi Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menyediakan pelbagai maklumat mengenai BSN, termasuk info korporat, produk, serta perkhidmatan yang ditawarkan.

Melalui portal ini, pengguna boleh menjimatkan masa dengan mengakses pelbagai perkhidmatan perbankan BSN secara online, antaranya:

  • Semakan baki akaun simpanan BSN
  • Pemindahan dana
  • Pembayaran bil
  • Pembayaran kad kredit
  • Pembelian SSP
  • Pembelian pin
  • Dan banyak lagi

Sekiranya anda ingin memuat turun aplikasi myBSN, sila pilih salah satu pautan muat turun yang disediakan di bawah.

Check Online Balance BSN

Berikut merupakan langkah-langkah untuk check online balance BSN anda:

  1. Layari laman web rasmi BSN di alamat https://www.bsn.com.my/
    • Sebagai alternatif, anda juga boleh mengakses myBSN melalui aplikasi myBSN yang dinyatakan di atas
  2. Pada bahagian menu atas website tersebut, klik pada myBSN
  3. Masukkan butiran akaun anda untuk log masuk ke akaun myBSN anda
  4. Pada halaman utama selepas log masuk, baki akaun simpanan anda akan dipaparkan.
  5. Anda juga boleh klik pada akaun tersebut untuk melihat transaksi terkini.
check online balance bsn

Selain dari semakan baki, anda juga boleh memuat turun penyata akaun untuk tujuan rekod atau dokumentasi.

check online balance bsn

Kelebihan Check Online Balance BSN Secara Online

Semakan baki akaun melalui myBSN memberi pelbagai kelebihan kepada pengguna:

  • Selamat dan Terjamin: myBSN menggunakan sistem keselamatan yang canggih seperti TAC (Transaction Authorization Code) dan pengesahan dua faktor.
  • Cepat dan Mudah: Anda hanya perlu log masuk dan klik beberapa butang untuk mengetahui baki akaun.
  • Jimat Masa dan Tenaga: Tiada keperluan untuk hadir ke ATM atau cawangan BSN.
  • Boleh Diakses Di Mana-Mana: Sama ada di rumah, pejabat atau dalam perjalanan – asalkan ada sambungan internet.

Tips Keselamatan Semasa Menggunakan myBSN

Meskipun perkhidmatan semakan baki akaun BSN adalah selamat, pengguna disarankan untuk sentiasa berwaspada ketika menggunakan myBSN:

1. Pastikan Laman Web Rasmi
Layari hanya laman rasmi myBSN di www.mybsn.com.my.

2. Elakkan Klik Pautan Mencurigakan
Jangan klik pautan meragukan yang kononnya daripada BSN melalui SMS, emel atau media sosial.

3. Gunakan Kata Laluan yang Kukuh
Buat kata laluan yang sukar diteka dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol.

4. Jangan Kongsi ID & Kata Laluan
Jangan kongsi ID pengguna atau kata laluan dengan orang lain, termasuk pihak yang mengaku wakil BSN.

5. Elakkan Komputer Awam & Wi-Fi Tidak Selamat
Jangan akses myBSN menggunakan komputer awam atau Wi-Fi percuma yang tidak selamat.

6. Aktifkan Pengesahan Dua Faktor (2FA)
Gunakan TAC (Transaction Authorization Code) atau pengesahan SMS untuk setiap transaksi.

7. Sentiasa Log Keluar Selepas Guna
Selepas selesai urusan, pastikan anda log keluar terutama jika menggunakan peranti bersama.

8. Tukar Kata Laluan Secara Berkala
Tukar kata laluan anda secara berkala untuk meningkatkan tahap keselamatan akaun.

9. Kemas Kini Peranti & Antivirus
Pastikan peranti, pelayar web, serta antivirus anda dikemas kini untuk mencegah serangan siber.

10. Pantau Aktiviti Akaun
Semak baki dan transaksi anda dengan kerap. Jika terdapat aktiviti mencurigakan, hubungi BSN di talian 1300 88 1900.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan myBSN atau menghadapi kesukaran untuk menyemak baki akaun BSN, sila hubungi pegawai khidmat pelanggan di talian 1300 88 1900.

Soalan Lazim

1. Mengapa baki akaun myBSN saya tertera ‘NA’?

Jika baki akaun anda tertera ‘NA’, kemungkinan besar ia disebabkan oleh gangguan teknikal sementara dalam sistem myBSN Internet Banking.

2. Apa yang perlu saya lakukan jika baki akaun myBSN tertera ‘NA’?

Baki akaun simpanan anda tidak terjejas. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan gangguan sistem sementara. Anda dinasihatkan untuk membuat semakan semula selepas itu. Jika masalah berterusan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN

3. Apakah had transaksi bagi setiap jenis di myBSN Internet Banking?

4. Bagaimana cara untuk memohon BSNSecure?

Anda perlu mendaftar BSNSecure buat pertama kali pada peranti anda atau ketika menukar ke peranti baharu. Pengaktifan mesti dilakukan melalui Pusat Khidmat Pelanggan BSN atau dengan mengunjungi cawangan BSN terdekat

5. Mengapakah penting untuk mengemas kini peranti mudah alih?

OS terkini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terbaharu dan mengurangkan risiko keselamatan peranti anda

6. Adakah terdapat caj untuk menggunakan myBSN?

Tidak, tiada sebarang caj dikenakan untuk menggunakan myBSN. Tujuan kami adalah untuk memudahkan dan memberikan lebih keselesaan dalam urusan perbankan anda

7. Apakah OS peranti mudah alih yang diperlukan untuk mengakses Aplikasi myBSN Mobile?

Pastikan OS peranti anda dikemas kini ke versi terkini:

Android / Huawei versi 11 dan ke atas atau iOS versi 15 dan ke atas

8. Bagaimanakah cara saya menyemak atau mengemas kini OS peranti mudah alih saya?

Pergi ke “Tetapan” peranti mudah alih anda dan pilih “Perihal Peranti”. Terdapat pilihan untuk anda mengemak kini versi OS anda

9. Saya tidak dapat mengemakini OS peranti mudah alih saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda perlu menyemak sama ada peranti mudah alih and serasi dengan versi OS yang disyorkan atau anda mungkin perlu menaik taraf kepada peranti yang serasi dengan versi disyorkan

10. Bagaimanakah cara untuk menyemak Sejarah Pemindahan Dana saya?

Selepas log masuk ke myBSN Internet Banking, pergi ke Account Overview dan pilih akaun yang anda inginkan. Kemudian, klik pada ‘View myBSN Transaction History’. Anda boleh melihat semua pembayaran yang dibuat dalam tempoh 60 hari yang lalu