Air Selangor Bill (2025) – Bayar Bill Online & JomPay

Air Selangor Bill kini boleh dibayar dengan lebih mudah melalui pelbagai saluran pembayaran digital seperti aplikasi mudah alih, perbankan internet, dan JomPAY.

Dengan kemudahan ini, pengguna tidak lagi perlu membuang masa beratur di kaunter kerana semua urusan boleh dilakukan secara pantas di hujung jari.

Artikel ini akan berkongsi panduan langkah demi langkah untuk membuat pembayaran Air Selangor Bill secara online dan melalui JomPAY.

Apa itu Air Selangor

Air Selangor ialah penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia yang bertanggungjawab mengagihkan bekalan air terawat, bersih dan selamat kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Syarikat ini komited untuk memastikan setiap kali pengguna membuka paip, mereka menerima air berkualiti tinggi yang selamat diminum.

Walaupun bekalan air Air Selangor memenuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang ketat, pihaknya kadangkala menerima pertanyaan daripada orang ramai mengenai beberapa topik berkaitan kualiti air.

Ciri-Ciri Menarik Aplikasi Air Selangor

Aplikasi Air Selangor menawarkan pelbagai ciri menarik yang memudahkan pengguna menguruskan segala urusan berkaitan bekalan air dalam satu platform.

  • Penambahbaikan Pengurusan Akaun Air
    Pengguna boleh log masuk dengan mudah menggunakan ID pelanggan atau perniagaan bagi menguruskan semua hal berkaitan akaun air mereka secara praktikal dan cepat.
  • Perolehan Maklumat Mengenai Bekalan Air
    Aplikasi ini membolehkan pengguna mendapatkan maklumat terkini mengenai status bekalan air di kawasan masing-masing.
  • Bil dan Pembayaran
    Semua urusan bil boleh diuruskan dengan lebih mudah, termasuk membuat pembayaran pada bila-bila masa tanpa perlu ke kaunter.
  • Akses Langsung ke Perkhidmatan Dalam Talian
    Pengguna boleh memohon pelbagai perkhidmatan secara dalam talian dan memantau status permohonan mereka secara terus melalui aplikasi.
  • Laporan Kebocoran Paip
    Sebarang masalah seperti paip bocor, pecah, kebocoran meter atau penyambungan paip haram boleh dilaporkan dengan cepat dan mudah.
  • Bantuan Maya
    ‘Joy’, pembantu maya Air Selangor, sedia membantu menjawab sebarang pertanyaan pengguna pada bila-bila masa.

Bagaimana Cara Semak No Akaun Bil Air Selangor?

Untuk mengetahui nombor akaun Air Selangor, anda hanya perlu merujuk bil air kerana nombor akaun tertera di situ.

Namun, jika bil hilang, caranya mudah sahaja. Hubungi Air Selangor di talian 15300 atau hantar mesej peribadi melalui Facebook Air Selangor.

Cara Semakan Air Selangor Bill

  1. Muat turun aplikasi Bil Air Selangor secara percuma di Google Play Store atau Apps Store.
  2. Kemudian klik pada “Pendaftaran”. Isi maklumat dengan lengkap seperti Nama Penuh, Emel, Nombor Telefon Bimbit, Kata Laluan, dan sebagainya pada ruang yang telah disediakan.
  3. Setelah selesai, klik “Daftar” dan “Saya Setuju”.
  4. Anda akan dibawa ke halaman Daftar Masuk. Anda perlu isikan e-mel dan kata laluan dan klik “Daftar Masuk”.
  5. Pada halaman utama, klik pada butang “Tambah Akaun”.
  6. Pilih sama ada pemilik akaun air atau sebagai penghuni rumah. Kemudian, klik pada “Saya Setuju”.
  7. Masukkan Nombor Akaun Bil Air dan Nama Paparan Akaun.
  8. Nanti anda akan diminta untuk mendaftar e-Bil. Klik sahaja pada butang “Saya Setuju” dan “Teruskan untuk Pendaftaran”.
  9. Pilih sama ada anda bil dihantar ke WhatsApp atau e-mel. Buat pengesahan dengan TAC.
  10. Klik “Selesai”.
  11. Paparan utama anda akan memaparkan akaun yang telah didaftarkan tadi.

Cara Bayar Air Selangor Bill Online

Untuk membuat pembayaran online melalui Aplikasi Air Selangor Bill, anda ikut langkah seperti di bawah:

  1. Log masuk ke aplikasi bil air Selangor menggunakan emel dan kata laluan berdaftar.
  2. Pilih menu Bill Payment.
  3. Masukkan nombor akaun bil air anda.
  4. Pilih bank yang ingin digunakan untuk pembayaran.
  5. Isikan alamat emel di ruangan Send Receipt To.
  6. Tekan Confirm.
  7. Paparan perbankan dalam talian akan muncul.
  8. Masukkan kod MSOS untuk mengesahkan pembayaran.
  9. Proses pembayaran akan dijalankan.
  10. Pembayaran berjaya diselesaikan.

 Cara Bayar bil Air Selangor melalui JomPAY

Selain pembayaran secara online melalui aplikasi Air Selangor, anda juga boleh bayar Air Selangor Bill melalui JomPAY:

  1. Log masuk ke akaun perbankan anda.
  2. Pilih menu Pay.
  3. Tekan JomPAY dan masukkan kod biller 4200.
  4. Di ruangan Ref 1, masukkan nombor akaun bil air anda.
  5. Masukkan nombor TAC yang dihantar ke akaun anda.
  6. Pembayaran bil air anda telah berjaya dibuat.

Cara Semak Sejarah Pembayaran

Berikut adalah langkah untuk anda buat semakan sejarah pembayaran Air Selangor Bill:

  1. Klik untuk “Daftar Masuk”.
  2. Klik pada “Akaun Anda”.
  3. Skrol ke bawah dan klik pada “Senarai Bil & Bayaran”.
  4. Senarai transaksi bayaran terkini anda akan berada di bahagian kanan.

Pertukaran Hak Milik Akaun Air Selangor

Sekiranya anda mahu membuat pertukaran hak milik bagi akaun air, anda tidak perlu lagi untuk hadir ke kauntar.

Buat sahaja pendaftaran dan hantar permohonan secara atas talian seperti langkah di bawah.

air selangor bill

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan
  • Pengesahan pemilikan premis (Salinan Perjanjian Jual Beli / Geran / Perjanjian Sewaan & lain-lain yang berkaitan)
  • Sertakan gambar bacaan meter
  • Bagi premis yang tiada meter air, sila lampirkan gambar tetiang meter yang lengkap

Permohonan online untuk pertukaran hak milik akaun air boleh dibuat melalui pautan berikut: https://www2.airselangor.com/apps/waterapps/

air selangor bill
air selangor bill
air selangor bill

Cara Semak Kawasan Terjejas Bekalan Air

Status pemulihan kawasan yang terjejas, Pili Air Awam serta Stesen Pengisian Air Komersial boleh didapati di pautan https://www.airselangor.com/water-disruption/ atau Aplikasi Air Selangor.

Anda boleh membuat semakan sama ada kawasan anda mengalami masalah gangguan air sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang maklumat atau info terkini berkenaan Air Selangor Bill, aplikasinya atau aduan kerosakan, sila rujuk/hubungi:

Soalan Lazim

PENDAFTARAN

1. Bagaimana cara saya mendaftar profil di aplikasi Air Selangor?

Untuk mendaftar profil, muat turun aplikasi dan ikuti langkah-langkah berikut:

1. Sebaik sahaja anda melancarkan aplikasi, anda akan tiba di halaman log masuk / daftar. Tekan Daftar sekarang.
2. Pilih jenis profil anda berdasarkan cara anda ingin menguruskan akaun air anda.
3. Tetapkan ID log masuk dan kata laluan anda.
4. Masukkan dan sahkan butiran anda.
5. Baca dan bersetuju dengan Dasar Privasi dan Terma Penggunaan Air Selangor.
6. Lengkapkan pengesahan reCAPTCHA.
7. Masukkan kod OTP 6 digit yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda.
8. Profil anda telah didaftarkan!
9. Semak e-mel anda untuk pautan pengesahan.
Untuk maklumat lanjut, rujuk Pendaftaran.

2. Mengapa saya perlu mendaftar profil baru sebagai pengguna sedia ada?

Pendaftaran semula diperlukan untuk memastikan data pengguna tepat, terkini, dan selamat semasa peralihan ke aplikasi yang baharu.

Proses ini membantu mengesahkan kelayakan pengguna, melaksanakan ciri keselamatan yang dikemas kini, dan mencegah ketidakselarasan data atau isu-isu yang mungkin timbul daripada migrasi automatik. Tambahan pula, pendaftaran semula membolehkan pengguna bersetuju dengan sebarang terma dan syarat atau polisi privasi baharu yang dikaitkan dengan aplikasi yang dikemas kini. Untuk mendaftar profil, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Sebaik sahaja anda melancarkan aplikasi, anda akan tiba di halaman log masuk / daftar. Tekan Daftar sekarang.
2. Pilih jenis profil anda berdasarkan cara anda ingin menguruskan akaun air anda.
3. Tetapkan ID log masuk dan kata laluan anda.
4. Masukkan dan sahkan butiran anda.
5. Baca dan bersetuju dengan Dasar Privasi dan Terma Penggunaan Air Selangor.
6. Lengkapkan pengesahan reCAPTCHA.
7. Masukkan kod OTP 6 digit yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda.
8. Profil anda telah didaftarkan!
9. Semak e-mel anda untuk pautan pengesahan.
10. Untuk maklumat lanjut, rujuk Pendaftaran.
 
Ready to experience the new website? Register now

3. Saya tidak menerima OTP SMS saya, apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda menghadapi masalah menerima OTP SMS (Kata Laluan Satu Kali), berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk menyelesaikan masalah ini:

1. Periksa sambungan rangkaian anda: Pastikan peranti mudah alih anda mempunyai sambungan rangkaian yang stabil. Isyarat yang lemah boleh menghalang OTP daripada dihantar.
2. Sahkan nombor telefon anda: Semak semula nombor telefon yang anda masukkan semasa pendaftaran. Ini untuk memastikan OTP dihantar ke nombor telefon yang betul.
3. Tunggu seketika beberapa minit: Kadang-kadang, mungkin ada kelewatan dalam menerima OTP disebabkan oleh kesesakan rangkaian. Tunggu beberapa minit sebelum cuba meminta OTP yang baru.
4. Periksa peti masuk SMS atau notifikasi dan folder spam anda: Pastikan OTP tidak dihantar ke folder spam atau mesej yang disekat. Sesetengah peranti atau penyedia perkhidmatan rangkaian mungkin menapis mesej ini.
5. Mulakan semula peranti anda: Kadang-kadang, memulakan semula peranti anda boleh membantu menyambung semula rangkaian dan menyelesaikan sebarang masalah sementara.
6. Nyahaktifkan Mod Jangan Ganggu atau Blok Panggilan: Pastikan bahawa mod Jangan Ganggu pada peranti anda atau sebarang aplikasi penyekat panggilan atau SMS tidak menghalang OTP daripada dihantar.

Anda juga boleh memohon semula dengan menekan butang Hantar semula. Jika masalah ini berterusan, hubungi kami dengan mengisi borang <strong>permohonan sokongan</strong>.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pendaftaran.

LOG MASUK

1. Saya menghadapi masalah di halaman log masuk, ia menyatakan ID saya atau nombor pendaftaran syarikat tidak sah. Apa yang perlu saya lakukan?

Pastikan maklumat yang anda masukkan adalah betul dan tiada ruang atau tanda sempang di permulaan atau penghujung butiran anda. Untuk maklumat lanjut, rujuk Log Masuk.

2. Saya telah mencapai jumlah percubaan log masuk maksimum. Apa yang perlu saya lakukan?

Anda perlu menunggu selama 5 minit sebelum boleh mencuba lagi. Untuk maklumat lanjut, rujuk Log Masuk.

3. Saya tidak menerima OTP SMS saya, apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda menghadapi masalah menerima OTP SMS (Kata Laluan Satu Kali), berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk menyelesaikan masalah ini:

1. Periksa sambungan rangkaian anda: Pastikan peranti mudah alih anda mempunyai sambungan rangkaian yang stabil. Isyarat yang lemah boleh menghalang OTP daripada dihantar.
2. Sahkan nombor telefon anda: Semak semula nombor telefon yang anda masukkan semasa pendaftaran. Ini untuk memastikan OTP dihantar ke nombor telefon yang betul.
3. Tunggu seketika beberapa minit: Kadang-kadang, mungkin ada kelewatan dalam menerima OTP disebabkan oleh kesesakan rangkaian. Tunggu beberapa minit sebelum cuba meminta OTP yang baru.
4. Periksa peti masuk SMS atau pemberitahuan dan folder spam anda: Pastikan OTP tidak dihantar ke folder spam atau mesej yang disekat. Sesetengah peranti atau penyedia perkhidmatan rangkaian mungkin menapis mesej ini.
5. Mulakan semula peranti anda: Kadang-kadang, memulakan semula peranti anda boleh membantu menyambung semula rangkaian dan menyelesaikan sebarang masalah sementara.
6. Nyahaktifkan Mod Jangan Ganggu atau Blok Panggilan: Pastikan bahawa mod Jangan Ganggu pada peranti anda atau sebarang aplikasi penyekat panggilan atau SMS tidak menghalang OTP daripada dihantar.

Anda juga boleh memohon semula dengan menekan butang Hantar semula. Jika masalah ini berterusan, hubungi kami dengan mengisi borang <strong>permohonan sokongan</strong>.

Untuk maklumat lanjut, rujuk Log Masuk.

4. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki akaun saya telah diakses tanpa kebenaran saya?

Sila hubungi kami dengan segera. <strong>Mohon sokongan</strong>
 atau hubungi kami di 15300*.

Anda disarankan untuk menukar kata laluan anda kerana profil anda mungkin telah dikompromi. Untuk maklumat lanjut, rujuk Log Masuk.
 
*Nota: Panggilan dari talian tetap atau rangkaian mudah alih tertakluk kepada terma dan syarat penyedia perkhidmatan masing-masing

5. Adakah log masuk biometrik disediakan? Dan jika ya, bagaimana saya boleh mengaktifkannya?

Ya, kami komited untuk memastikan pengalaman log masuk pengguna secara mudah dan selamat. Untuk mengaktifkan log masuk biometrik:

1. Navigasi ke Profil di bahagian bawah.
2. Aktifkan Log masuk biometrik.

Jika ciri biometrik peranti anda belum diaktifkan, anda akan diarahkan ke tetapan peranti anda. Untuk maklumat lanjut, rujuk Log Masuk.

LUPA KATA LALUAN

1. Saya tidak dapat log masuk dan telah terlupa kata laluan saya. Apa yang perlu saya lakukan?

Untuk menetapkan semula kata laluan anda:

1. Tekan Log masuk pada halaman log masuk / daftar.
2. Tekan Lupa kata laluan pada halaman log masuk.
3. Pilih butiran ID anda yang dikaitkan dengan profil berdaftar.
4. Masukkan kod OTP 6 digit yang dihantar ke nombor telefon bimbit atau alamat e-mel anda.
5. Masukkan kata laluan baru anda dan taip semula untuk mengesahkannya.
6. Lengkapkan pengesahan reCAPTCHA.
7. Kata laluan anda telah dikemas kini!

Untuk maklumat lanjut, rujuk Lupa Kata Laluan.

2. Saya tidak menerima OTP SMS saya, apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda menghadapi masalah menerima OTP SMS (Kata Laluan Satu Kali), berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk menyelesaikan masalah ini:

Anda juga boleh memohon semula dengan menekan butang Hantar semula untuk menerima OTP yang baru.

1. Periksa sambungan rangkaian anda: Pastikan peranti mudah alih anda mempunyai sambungan rangkaian yang stabil. Isyarat yang lemah boleh menghalang OTP daripada dihantar.
2. Sahkan nombor telefon anda: Semak semula nombor telefon yang anda masukkan semasa pendaftaran. Ini untuk memastikan OTP dihantar ke nombor telefon yang betul.
3. Tunggu seketika beberapa minit: Kadang-kadang, mungkin ada kelewatan dalam menerima OTP disebabkan oleh kesesakan rangkaian. Tunggu beberapa minit sebelum cuba meminta OTP yang baru.
4. Periksa peti masuk SMS atau pemberitahuan dan folder spam anda: Pastikan OTP tidak dihantar ke folder spam atau mesej yang disekat. Sesetengah peranti atau penyedia perkhidmatan rangkaian mungkin menapis mesej ini.
5. Mulakan semula peranti anda: Kadang-kadang, memulakan semula peranti anda boleh membantu menyambung semula rangkaian dan menyelesaikan sebarang masalah sementara.
6. Nyahaktifkan Mod Jangan Ganggu atau Blok Panggilan: Pastikan bahawa mod Jangan Ganggu pada peranti anda atau sebarang aplikasi penyekat panggilan atau SMS tidak menghalang OTP daripada dihantar.

Untuk e-mel OTP, sila semak spam atau peti masuk sampah anda juga; e-mel anda mungkin telah dihalakan ke sana. Anda juga boleh klik Hantar semula untuk menerima yang baru.

Jika masalah ini berterusan, hubungi kami dengan mengisi borang <strong>permohonan sokongan</strong>.

Untuk maklumat lanjut, rujuk Lupa Kata Laluan.

3. Bagaimana saya boleh menukar kata laluan jika saya masih ingat tetapi ingin mengemas kini?

Untuk mengemas kini kata laluan anda:

Navigasi ke Profil di bahagian bawah dan akses Tetapan profil. Dari situ, anda boleh menukar kata laluan anda. Untuk maklumat lanjut, rujuk Lupa Kata Laluan.

TETAPAN PROFIL

1. Bagaimana saya boleh mengemas kini kata laluan saya?

Untuk mengemas kini kata laluan anda:

1. Navigasi ke Profil di navigasi bahagian bawah.
2. Tekan Tukar kata laluan.
3. Masukkan kata laluan semasa anda dan kata laluan baru.
4. Sahkan dengan memasukkan semula kata laluan baru anda.
5. Kata laluan anda kini telah dikemas kini!

Untuk maklumat lanjut, rujuk Tetapan Profil.

2. Kenapa saya perlu menetapkan kawasan pilihan, dan bagaimana saya boleh melakukannya?

Jika anda menghadapi sebarang masalah, kami sedia membantu untuk menyelesaikannya dengan segera. Sila hubungi kami supaya kami dapat membantu

Untuk menetapkan kawasan pilihan anda:

1. Navigasi ke Profil di navigasi bahagian bawah.
2. Tekan Kawasan pilihan.
3. Pilih wilayah pilihan anda dan tekan Simpan.

Untuk maklumat lanjut, rujuk Tetapan Profil.

3. Saya mahu memadamkan profil saya. Bagaimana saya boleh melakukannya?

Jika anda menghadapi sebarang masalah, kami sedia membantu untuk menyelesaikannya dengan segera. Sila hubungi kami supaya kami dapat membantu!

Untuk memadamkan profil anda:

1. Navigasi ke Profil di navigasi bahagian bawah.
2. Tekan Padam profil pengguna.
3. Pilih sebab.
4. Masukkan kata laluan semasa anda dan tekan Padam profil.
5. Lengkapkan pengesahan reCAPTCHA.
6. Profil anda telah dipadamkan.

Untuk maklumat lanjut, rujuk Tetapan Profil.

4. Apa yang berlaku kepada akaun air saya selepas profil saya dipadamkan?

Jangan risau, akaun air anda akan kekal aktif. Jika anda ingin menutupnya, anda boleh melakukannya dengan mengunjungi halaman Perkhidmatan atau cawangan pejabat wilayah Air Selangor terdekat.

Untuk maklumat lanjut, rujuk Tetapan Profil.

5. Saya mempunyai cadangan dan maklum balas tentang aplikasi ini. Bagaimana saya boleh berkongsi?

Kami menghargai minat anda untuk berkongsi pendapat; maklum balas anda membantu kami memperbaiki kualiti perkhidmatan kami.

Untuk memberikan cadangan dan maklum balas:

1. Navigasi ke Profil di navigasi bahagian bawah.
2. Tekan Nilai aplikasi kami untuk berkongsi pendapat anda.
3. Jika anda menyukai aplikasi kami, sila tinggalkan ulasan anda di Gedung Google Play, 4. Apple App Store atau lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, rujuk Tetapan Profil.