Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa caruman Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja) di bawah PERKESO tidak lagi mandatori untuk pekerja tempatan, sebaliknya bertukar status kepada sukarela berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan ini diumumkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, selepas mengambil kira maklum balas dan rintihan rakyat mengenai potongan gaji tersebut.
LINDUNG 24 Jam Tidak Lagi Mandatori
- Pekerja Tempatan: Caruman sebanyak 0.75% daripada gaji bulanan kini bersifat sukarela (pilihan). Pekerja bebas memilih untuk meneruskan perlindungan atau menghentikannya mengikut keperluan masing-masing.
- Pekerja Asing: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menegaskan bahawa caruman bagi pekerja asing kekal mandatori dan diteruskan mengikut undang-undang sedia ada.
Kenyaatan Media Rasmi Menteri Sumber Manusia



Pihak PERKESO akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan dan proses pendaftaran secara sukarela untuk pekerja tempatan dalam masa terdekat.
KESUMA akan meneliti semula keseluruhan mekanisme skim ini menjelang penghujung tahun bagi memastikan hala tuju dasar, kemampanan dana, dan keberkesanannya lebih teratur.
Skim Lindung 24 Jam Kini Pilihan Sukarela
Skim LINDUNG 24 Jam yang mula berkuat kuasa pada 1 Jun lalu pada asalnya diwajibkan secara automatik ke atas lebih sembilan juta pencarum di bawah Akta 4 untuk memberi perlindungan kemalangan di luar waktu bekerja.
Namun, pelaksanaannya yang memotong 0.75% daripada gaji pekerja (sehingga had siling RM6,000) telah menimbulkan perdebatan dan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum keputusan pemansuhan mandatori ini dibuat.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim LINDUNG 24 Jam Tidak Lagi Mandatori
Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila layari portal rasmi PERKESO di pautan berikut: https://www.perkeso.gov.my/
Soalan Lazim
Tidak. Skim ini kekal wujud tetapi statusnya bertukar daripada mandatori kepada sukarela (pilihan) bagi pekerja tempatan.
Keputusan ini berkuat kuasa serta-merta bermula Julai 2026.
Tidak. Caruman bagi pekerja asing kekal mandatori di bawah undang-undang sedia ada.
Ya, untuk pekerja tempatan. Pihak HR perlu bersedia mengemas kini sistem payroll tetapi disarankan menunggu kaedah rasmi daripada PERKESO.
Tidak. Skim LINDUNG 24 Jam dibiayai 100% oleh pekerja melalui potongan gaji. Majikan hanya bertanggungjawab menguruskan pemotongan dan serahan.
Pihak PERKESO akan mengumumkan mekanisme pendaftaran sukarela dan borang pilihan (opt-in) dalam masa terdekat.




