Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

LIMA 2027 (Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition) akan berlangsung bermula dari 20 hingga 24 April 2027 di Pulau Langkawi, Malaysia.

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi ke-18 ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd (GEC).

Acara kali ini menyasarkan kehadiran lebih 400,000 pelawat perdagangan dan orang awam.

Jom baca lebih lanjut mengenai LIMA 2027 termasuk cara nak jadi sukarelawan LIMA di bawah.

Apa Itu LIMA 2027?

LIMA 2027 (Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi) ialah pameran pertahanan, maritim, dan aeroangkasa dwitahunan terbesar di rantau Asia-Pasifik.

Acara edisi ke-18 ini akan berlangsung pada 20 hingga 24 April 2027 di Pulau Langkawi, Malaysia.

APA ITU LIMA 2027
Sumber: Lima2027

Edisi kali ini membawakan tema “Sustainable Vision Across Sea, Sky & Space” dan memperkenalkan lapan segmen teknologi baharu bagi memodenkan landskap pertahanan negara yang merangkumi teknologi dron (UAV), kecerdasan buatan (AI), teknologi angkasa lepas/satelit, serta keselamatan siber.

Acara ini dijangka menarik kehadiran 860*, syarikat pameran, 28 negara*, 434 Pempamer Antarabangsa (International Exhibitors), 426 Pempamer Tempatan (Local Exhibitors) serta menyasarkan lebih 400,000 pelawat awam.

*Sasaran terkini: 930 buah syarikat pempamer dari 36 buah negara.

Komponen pameran dibahagikan mengikut objektif keselamatan negara dan pasaran komersial awam:

  • 40% Segmen Komersial (Commercial Segment): Fokus kepada penerbangan awam, logistik maritim, teknologi hijau, dron awam (UAV), dan pengangkutan udara/laut komersial.
  • 60% Segmen Pertahanan (Defence Segment): Fokus kepada peralatan ketenteraan, keselamatan siber, aset taktikal tentera laut (kapal perang) dan tentera udara (jet pejuang).

Antara pasukan pertunjukan udara yang dijemput termasuk Black Eagles (Korea Selatan), Al Fursan (UAE), Jupiter (Indonesia), dan Russian Knights (Rusia).

LIMA 2027 EXHIBIT
Sumber: Lima2027
Pelancaran LIMA 2027

Majlis Pelancaran Rasmi LIMA 2027 telah diadakan pada 7 Julai 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Pelancaran ini menandakan bermulanya persiapan rapi serta pembukaan tempahan ruang pameran untuk acara sebenar pada tahun hadapan.

LIMA 2027 PELANCARAN
Sumber: Lima2027

Tarikh & Lokasi LIMA 2027

  • Tarikh Rasmi: 20 hingga 24 April 2027 (Edisi ke-18)

Pameran ini dijalankan secara serentak di dua lokasi berbeza di Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia:

  • Segmen Aeroangkasa & Pertahanan (Aerospace & Defence):
    • Pameran perdagangan dalam dewan, pameran statik jet pejuang/pesawat, dan pertunjukan udara (airshow).
    • Lokasi: Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
  • Segmen Pameran & Demonstrasi Maritim (Maritime Exhibition & Display):
    • Pameran kapal perang tentera laut, bot keselamatan laju, dan demonstrasi taktis selaman/menyelamat di laut.
    • Lokasi: Resorts World Langkawi (RWL).
    lokasi lima 2027
    Sumber: Lima2027

    Komponen Utama LIMA 2027

    1. Dua Segmen Utama Pameran (Fizikal & Lokasi)

    Aktiviti pameran fizikal LIMA 2027 dibahagikan mengikut dua sektor utama di Langkawi:

    • Segmen Maritim (Kelautan): Berpusat di Resorts World Langkawi (RWL). Komponen ini menampilkan pameran kapal perang (naval fleet), bot peronda laju, teknologi kejuruteraan marin, pertunjukan keupayaan taktikal maritim, dan demonstrasi menyelamat di laut.
    • Segmen Aeroangkasa (Penerbangan): Berpusat di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC). Komponen ini merangkumi pameran statik pesawat komersial dan tentera, jet pejuang, helikopter, teknologi ruang angkasa, serta zon pertunjukan udara (airshow).

    2. Pameran 8 Teknologi Moden (Zon Baharu)

    Edisi kali ini ada booth khas yang pamerkan teknologi masa depan:

    1. Teknologi & R&D Dron (UAV): Sistem pesawat dan kenderaan tanpa pemandu.
    2. Kecerdasan Buatan (AI): Automasi taktik dan sistem pertahanan pintar.
    3. Perubatan Udara & Maritim: Sistem medevac dan rawatan trauma kecemasan.
    4. Aeronautik & Instrumentasi: Komponen avionik dan sensor penerbangan maju.
    5. Keselamatan Infrastruktur Kritikal: Perlindungan pangkalan dan kawasan berisiko tinggi.
    6. Jentera Kecemasan & Bomba Udara: Kenderaan penyelamat nahas lapangan terbang.
    7. Sistem Persenjataan & Peluru Berpandu: Teknologi senjata api dan peluru pintar.
    8. Angkasa, Satelit & Telekomunikasi: Komunikasi siber dan radar pemantauan bumi.

    3. Dua Jenis Hari Kemasukan

    • Hari Perdagangan (Trade Days): Khusus untuk urusan perniagaan syarikat, menteri, dan pegawai tentera sahaja.
    • Hari Awam (Public Days): Dibuka kepada orang ramai untuk masuk melihat pameran, bergambar dengan aset tentera, dan menonton airshow.
    lima 2027
    Sumber: Lima2027
    LIMA 2027 SIDE EVENTS

    Apa yang Menarik di LIMA 2027?

    LIMA 2027 menjanjikan pelbagai tarikan yang moden dan berteknologi tinggi selaku pameran maritim dan aeroangkasa dwitahunan terbesar di rantau Asia-Pasifik. Antaranya:

    1. Pertunjukan Udara Gergasi (Airshow)

    Ruang udara Langkawi akan digegarkan dengan aksi akrobatik udara ekstrem daripada 4 pasukan jet aerobatik elit dunia:

    • Black Eagles (Korea Selatan)
    • Al Fursan (Emiriah Arab Bersatu)
    • Jupiter (Indonesia)
    • Russian Knights (Rusia)

    2. Himpunan Ratusan Aset Ketenteraan & Komersial

    Anda boleh melihat dari dekat kecanggihan aset pertahanan moden melalui pameran statik dan demonstrasi dinamik:

    • 110 Pesawat & Aset Udara: Jet pejuang generasi baharu, helikopter taktikal, dan pesawat komersial berbadan lebar di MIEC.
    • 90 Kapal & Aset Maritim: Kapal perang tentera laut antarabangsa, kapal selam, bot peronda laju, serta simulasi aksi tembak-menembak dan menyelamat di Resorts World Langkawi.

    3. Zon Teknologi Masa Depan (Smart Defence)

    Sesuai dengan tema “Sustainable Vision Across Sea, Sky & Space”, LIMA 2027 membuka koridor khas untuk teknologi canggih yang belum pernah ada sebelum ini:

    • Pavilion Kecerdasan Buatan (AI): Sistem automasi medan tempur dan simulasi realiti maya.
    • Zon UAV & Dron Termaju: Pameran reka bentuk dan aplikasi dron udara, darat, serta laut.
    • Teknologi Angkasa & Satelit: Inovasi komunikasi siber pertahanan dan eksplorasi ruang angkasa.

    4. Skala Acara Terbesar dalam Sejarah

    Edisi ke-18 ini menyasarkan penglibatan 930 syarikat pameran dari 36 negara serta kehadiran 450 delegasi rasmi global dengan sasaran lebih 400,000 pelawat!

    lima 2027
    Sumber: Lima2027

    Cara Jadi Sukarelawan LIMA 2027

    Permohonan pendaftaran sukarelawan (volunteer) LIMA 2027 kini telah dibuka secara rasmi oleh pihak penganjur Global Exhibitions & Conferences (GEC) bersama agensi pertahanan negara.

    Bagi anda yang ingin mendapatkan pengalaman berharga di acara berprestij antarabangsa ini, berikut adalah panduan lengkap cara memohon.

    Syarat Kelayakan Asas

    Sebelum memohon, pastikan anda memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh pihak urus setia LIMA 2027:

    • Umur: Berumur 18 tahun ke atas.
    • Sifat Peribadi: Bertanggungjawab, menepati masa, dan boleh bekerja dalam persekitaran acara yang bergerak pantas (fast-paced).
    • Kemahiran: Mempunyai kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang baik.
    • Bahasa: Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik (kerana akan berurusan dengan delegasi dan pelawat antarabangsa).
    Permohonan Sukarelawan LIMA 2027

    Untuk memohon menjadi salah satu daripada Sukarelawan LIMA 2027, anda boleh scan QR code di dalam poster di bawah.

    Atau, terus layari pautan berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfWELElPFmQll7E7-XbtUKhZgaig7YUnoI3VEGVhVLQFbbfwg/viewform

    • Tarikh akhir permohonan: 31 Disember 2026 (11:59 PM)
    sukarelawan lima 2027
    Sumber: Lima2027

    Maklumat Lanjut & Soalan Lazim LIMA 2027

    Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini, sila rujuk:

    Jangan lupa follow media sosial LIMA 2027:

      LIMA 2027 RUJUKAN
      Sumber: Lima2027

      SOALAN LAZIM

      Di manakah lokasi pameran segmen aeroangkasa LIMA 2027 diadakan?

      Di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi.

      Di manakah pula lokasi untuk segmen maritim?

      Di Resorts World Langkawi (RWL).

      Apakah tarikh rasmi berlangsungnya LIMA 2027?

      20 hingga 24 April 2027.

      Apakah tema rasmi bagi LIMA 2027?

      “Sustainable Vision Across Sea, Sky and Space” (Visi Lestari Merentasi Laut, Langit dan Angkasa).

      LIMA 2027 merupakan edisi pameran yang ke-berapa?

      Edisi yang ke-18.

      Bolehkah orang awam masuk membeli tiket pada hari Trade Days (Hari Perdagangan)?

      Tidak boleh. Orang awam hanya dibenarkan masuk pada hari Public Days (Hari Awam).

      Adakah pertunjukan maritim (kapal perang) di Resorts World Langkawi memerlukan tiket berbayar?

      Tidak perlu (Percuma). Orang awam boleh datang melihat kapal perang, bot laju, dan demonstrasi di laut secara percuma di segmen maritim. Pembelian tiket hanya wajib bagi kemasukan ke segmen aeroangkasa di dalam dewan/tapak Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC).

      Bolehkah saya menerbangkan dron sendiri untuk merakam gambar jet pejuang?

      Dilarang keras. Seluruh ruang udara Pulau Langkawi diwarta sebagai Zon Larangan Terbang (No-Fly Zone) untuk dron awam sepanjang minggu LIMA atas faktor keselamatan ruang udara jet pejuang. Pihak berkuasa (PDRM/ATM) mempunyai sistem anti-drone jammer untuk menjatuhkan dron yang ingkar.

      Anda mungkin layak menerima bantuan.
      Semak Sekarang
      PENULIS