Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia Tajaan MAIDAM

Sukacita dimaklumkan bahawa MAIDAM kini menawarkan Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia bagi golongan asnaf yang berkelayakan.

Program ini diperkenalkan bagi melatih anak-anak asnaf yang kurang berjaya dalam akademik agar dapat menguasai bidang-bidang kemahiran yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka di alam pekerjaan.

Selain itu, kursus ini juga diperkenalkan bagi membina jati diri anak-anak asnaf agar berusaha untuk mengubah nasib keluarga mereka kepada yang lebih baik.

Untuk makluman, program yang ditawarkan adalah Scaffolding Erection dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Timur).

Baca Juga : Program Zero To Hero: Tajaan Jaminan Penempatan Kerja MAIPK

Program Latihan Kemahiran

Tarikh Tutup Permohonan

Calon yang berkelayakan perlulah kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 11 Oktober 2022.

Kelebihan Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia Tajaan MAIDAM

Manfaat yang bakal diperoleh peserta program ini adalah :

  • Pengajian yang selama 4 bulan
  • Program ditanggung sepenuhnya oleh MAIDAM
  • Elain bulanan diberikan
  • Penginapan disediakan
  • Makan dan minum ditanggung sepenuhnya
  • Peserta bakal diberikan kad hijau/OGSP

Tarikh Kemasukan Program

Untuk makluman, program ini akan bermula pada 23 Oktober 2022

Syarat-Syarat Kemasukan

  • Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
  • Merupakan rakyat negeri Terengganu
  • Berumur antara 18 hingga 35 tahun
  • Mempunyai kelulusan SPM atau pengajian peringkat Menengah
  • Sihat tubuh badan

Cara Memohon

Calon boleh muat turun borang permohonan di pautan berikut :

https://ypmaidam.my/2022/06/22/bantuan-anak-asnaf/

Borang permohonan hendaklah dicetak dan dokumen lengkap dihantar ke pejabat YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM beralamat di :

LOT 9 & 10, TINGKAT 1, BAZAR MAIDAM,

JALAN MASJID ABIDIN,

 20100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

Nota : Calon akan dipilih dan disaring melalui proses temuduga.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia tajaan MAIDAM, sila hubungi Yayasan Pendidikan MAIDAM menerusi salah satu saluran berikut :

𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐈𝐃𝐀𝐌

Lot 9 & 10 Tingkat 1,

Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,

20100 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Email : [email protected] / [email protected]

No. Tel : 09-6223500 / 096225600 / 01126612500

Anda juga boleh rujuk pada brochure program menerusi pautan berikut :

https://ypmaidam.my/wp-content/uploads/2022/06/BROCHURE-ANAK-ASNAF-LOW.pdf

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!