Program Zero To Hero: Tajaan Jaminan Penempatan Kerja MAIPK

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) menawarkan Program Zero To Hero iaitu program latihan yang ditaja penuh bagi menjamin penempatan pekerjaan buat peserta.

Baca Juga : Program Persediaan Alam Pekerjaan Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Tarikh Tutup Permohonan

Calon yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum 30 September 2022.

Syarat Permohonan Program Zero To Hero

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Berumur dari 18 hingga 35 tahun.
  • Beragama Islam.
  • Bermastautin di Negeri Perak.
  • Terbuka golongan fakir miskin.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau setaraf dengannya.

Tempoh Kursus Latihan

Untuk makluman, latihan ini akan berlangsung selama 16 minggu.

Zero To Hero

Tawaran Kursus

Berikut adalah tawaran kursus yang ditawarkan melaui program “Zero to Hero” :

  • Program Kimplan Antarabangsa – sehingga 3G/6G GTAW GMAW SMAW.
  • Inspektor Kimplan Visual Tahap 1
  • CSWIP UK Pengenalan Pengujian Tanpa Musnah
  • Lesen NIOSH Oil & Gas Safety Passport (OGSP)
  • CIDB Green Card
  • Kelas Bahasa Inggeris

Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan yang disediakan menerusi program ini adalah seperti berikut :

  • Yuran pengajian percuma
  • Elaun bulanan sebanyak RM300
  • Jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian

Cara Memohon & Maklumat Lanjut

Calon yang berkelayakan adalah boleh kemukakan permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut dengan berhubung dengan pegawai yang bertugas di talian :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!