Labu Air : Nama Saintifik, Khasiat, Idea Masakan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mungkin labu air tidak begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu. 

Ia juga mempunyai rasa yang agak tawar. 

Walau bagaimanapun, ia merupakan sayuran yang popular dalam masakan Cina dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

Sesetengah pengusaha sayuran juga akui tumbuhan ini agak mudah untuk dijaga dan boleh mengeluarkan hasil yang banyak dalam tempoh singkat. 

labu air
Sumber : Harian Metro

Nama Saintifik Labu Air

Nama saintifik bagi labu air adalah Lagenaria siceraria. 

Ia tergolong dalam keluarga yang sama seperti tanaman timun iaitu Cucurbitaceae.

Labu air turut dikenali dengan pelbagai nama lain antaranya Calabash, Long Melon atau Bottle Gourd dalam bahasa Inggeris, Pinyin dalam bahasa Cina dan Upo dalam bahasa Tagalog. 

Sayuran ini mengeluarkan buah berwarna hijau muda yang besar dan lonjong bentuknya.

Boleh mencapai berat sehingga melebihi 2 kilogram, buahnya mempunyai isi yang lembut dan berongga (spongy).

Buahnya yang muda pula mempunyai biji yang lembut. 

Tumbuhan ini boleh hidup subur di kawasan beriklim tropika dan subtropika yang mempunyai cahaya matahari yang banyak serta taburan hujan yang mencukupi. 

labu air
Sumber : Radio Republik Indonesia

Khasiat Labu Air

Melancarkan Sistem Penghadaman

Sayuran ini terdiri daripada 96.1% air. Oleh itu, ia cukup baik untuk diamalkan bagi membantu tubuh kekal hidrat dan melancarkan sistem penghadaman. 

Pada masa yang sama, sayuran ini juga padat dengan kandungan serat. 

Menyihatkan Jantung

Labu ini juga padat dengan pelbagai mineral penting untuk jantung seperti magnesium dan kalium. 

Kedua-dua nutrisi ini berperanan penting dalam mengawal tekanan darah serta melindungi kesihatan jantung.

Menyihatkan Salur Kencing

Labu air juga dikatakan mempunyai sifat diuretik yang semulajadi. 

Ia memainkan peranan dalam menyingkirkan toksin dalam tubuh, melindungi kesihatan buah pinggang serta mengimbangi kandungan cecair yang optimum dalam badan. 

Idea Masakan

Selain dijadikan sup, sayur labu air boleh diolah melalui pelbagai cara antaranya :

  • Digoreng kilas bersama tumisan bawang merah, bawang putih serta rempah kesukaan anda.
  • Dibuat hidangan kari
  • Dijadikan jus dengan cara mengisarnya bersama air, perahan lemon dan sedikit garam.
  • Dijadikan minuman detoks dengan mencampurkan labu air bersama ramuan berkhasiat lain seperti lemon dan halia ke dalam air kosong. 
Sumber : Mstar

Walaupun rasanya agak tawar, sayur ini rupanya mempunyai banyak khasiat.

Ia juga mudah didapati dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Selain dijadikan sup, ia juga boleh digoreng kilas, dibuat jus dan sebagainya.

Sumber :  MYAgro, truemeds.in, Harian Metro

Baca Juga : Khasiat Kobis Bunga Untuk Kesihatan Tubuh

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut