Kota Baca 2026: Festival Ilmu Terbesar Malaysia di Dataran Merdeka

Kota Baca 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jom meriahkan Kota Baca 2026 di Dataran Merdeka! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga daripada pameran buku, sesi perkongsian ilmu hinggalah program interaktif dan santai yang pasti mengujakan pencinta buku. Layari Portal Kota Baca 2026 untuk dapatkan maklumat terkini.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyemarakkan budaya membaca dan menjadikan ilmu sebagai gaya hidup.

Apa itu Kota Baca 2026?

Kota Baca 2026 merupakan acara peringkat nasional yang dianjurkan sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia (UNESCO) yang disambut setiap 23 April. Program ini bertujuan mengangkat budaya membaca sebagai norma sosial dan gaya hidup rakyat Malaysia.

Dengan pendekatan hibrid, Kota Baca 2026 menggabungkan pelancaran digital dan program fizikal berskala besar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ia menjadi satu landasan strategik dalam melahirkan generasi Malaysia MADANI yang berilmu, beradab dan berkemahiran.

kota baca 2026
kota baca 2026

Objektif Kota Baca 2026

Kota Baca 2026 dianjurkan selaras dengan beberapa dasar utama negara, antaranya:

  • Malaysia MADANI – menyokong pembangunan modal insan berpengetahuan tinggi
  • Dasar Pendidikan Negara – memperkasa literasi dalam sistem pendidikan
  • Dasar Buku Negara – mengukuhkan industri perbukuan dan akses bahan bacaan
  • Komitmen UNESCO – meraikan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia

Selain itu, program ini juga menekankan:

  • Penginstitusian budaya ilmu sebagai agenda nasional
  • Pendemokrasian ilmu melalui akses terbuka kepada buku
  • Kelestarian program yang berimpak tinggi dan inklusif

Tarikh & Masa

📅 24 hingga 26 April 2026
📍 Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Selain program fizikal, acara digital turut berlangsung pada:
📅 23 April 2026 (Dalam Talian)

Jadual Acara

24 APRIL 2026, JUMAAT

25 APRIL 2026, SABTU

26 APRIL 2026, AHAD

Program Utama Kota Baca 2026

Antara program utama yang menjadi tarikan pengunjung:

1. Pelancaran Kota Baca 2026

Simbolik agenda pembudayaan pembacaan Malaysia “Di Kota Ini, Semua Membaca”

2. BUKABUKU oleh Keretapi Sarong

    Inisiatif kolaboratif yang menggabungkan identiti Malaysia melalui budaya dan warisan, bagi memupuk minat membaca dalam suasana unik.

    kota baca 2026
    kota baca 2026

    3. Himpunan Tukar Buku Terbesar di Asia Tenggara

    Acara ikonik Kota Baca yang menyatukan orang ramai dalam gerakan pertukaran buku secara besar-besaran.

    Simbol perkongsian ilmu, keterlibatan awam dan aspirasi serantau Malaysia.

    4. Larian Karakter Buku

    Larian 5KM dengan konsep kreatif di mana peserta memakai kostum watak buku kegemaran. Maklumat Lanjut.

    kota baca 2026

    5. Khutbah Jumaat

    Pengisian rohani melalui khutbah Jumaat yang menekankan kepentingan ilmu dan budaya membaca di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan.

    kota baca 2026

    6. Kelah Buku

    Ruang komuniti untuk membaca, berbincang dan berkongsi pandangan secara santai.

    7. Persembahan Teater oleh Sekolah Seni Malaysia

    Persembahan Teater yang menggabungkan pelbagai elemen menarik nilai penting aspek pembacaan ini diselia oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM

    Aktiviti Menarik di Kota Baca 2026

    Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang program ini, antaranya:

    • Pidato Negarawan
    • Persembahan Teater oleh Sekolah Seni Malaysia
    • Kafe Kopi & Buku
    • Reruai Jualan Buku Rakyat (100 reruai)
    • Zon OKU & Akses Buku
    • Pasport Kota Baca (Kumpul setem di reruai)
    • Integrasi Buku & Teknologi AI

    Program ini dijangka menarik sehingga 100,000 pengunjung dari seluruh negara.

    Pocket Event Kota Baca 2026

    Selain program utama, terdapat juga pelbagai pocket event yang lebih santai dan interaktif:

    • Audio Siar Buku (Podcast) di Perpustakaan Kuala Lumpur
    • Stars & Stories bersama selebriti
    • Temu Mesra Sasterawan Negara
    • Temu & Mesra Penulis
    • Pameran Seni Buku & Buku Nadir/Langka
    • Sembang Buku & diskusi awam
    • Hentian Pintar AI
    • Stesen Derma Buku
    • Program Memperkasakan Jawi (DBP)
    • Gemuruh Dalam Puisi

    Pocket event ini memberi pengalaman lebih dekat antara pembaca, penulis dan komuniti.

    Kenapa Anda Perlu Hadir?

    Kota Baca 2026 bukan sekadar festival buku, tetapi satu gerakan nasional untuk:

    • Menyemarakkan budaya membaca
    • Membina komuniti pembaca yang aktif
    • Mendekatkan ilmu kepada masyarakat
    • Menjadikan membaca sebagai gaya hidup

    Tips Mudah untuk ke Kota Baca 2026

    Untuk pengalaman lebih selesa, pakai pakaian dan kasut yang sesuai, serta bawa topi, payung atau kipas tangan bagi menghadapi cuaca.

    Pengunjung juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT Masjid Jamek, MRT Pasar Seni atau LRT Bandaraya yang terletak berhampiran lokasi acara.

    Sepanjang perjalanan, amalkan sikap beretika seperti beratur, menjaga kebersihan dan menghormati pengguna lain.

    kota baca 2026

    Maklumat Lanjut

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kota Baca 2026, anda boleh rujuk pada informasi berikut:

    Soalan Lazim Kota Baca 2026

    Apa itu Kota Baca 2026?

    Kota Baca 2026 ialah acara peringkat nasional yang dianjurkan sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia (UNESCO) bagi memupuk budaya membaca sebagai gaya hidup rakyat Malaysia.

    Bilakah Kota Baca 2026 berlangsung?

    Program ini berlangsung pada 24 hingga 26 April 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Selain itu, aktiviti digital turut diadakan pada 23 April 2026.

    Di manakah lokasi acara ini diadakan?

    Acara fizikal Kota Baca 2026 diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

    Adakah masuk ke Kota Baca 2026 percuma?

    Kebanyakan aktiviti adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai, namun sesetengah program tertentu mungkin memerlukan pendaftaran awal.

    Siapa yang boleh menyertai Kota Baca 2026?

    Semua lapisan masyarakat dijemput hadir, termasuk pelajar, keluarga, pencinta buku dan komuniti umum.

    Apakah aktiviti menarik yang disediakan?

    Antara aktiviti utama termasuk:

    BUKABUKU oleh Keretapi Sarong
    Acara Tukar Buku Terbesar di Asia Tenggara
    Larian Karakter Buku
    Kelah Buku & Sembang Buku
    Persembahan teater, podcast, dan pelbagai lagi

    Apakah itu Acara Tukar Buku?

    Ia merupakan acara pertukaran buku secara besar-besaran yang membolehkan orang ramai berkongsi bahan bacaan dan menyokong budaya perkongsian ilmu.

    Apa itu Larian Karakter Buku?

    Larian sejauh 5KM yang menggabungkan gaya hidup sihat dengan kreativiti, di mana peserta digalakkan memakai kostum watak buku kegemaran.

    Adakah aktiviti untuk kanak-kanak disediakan?

    Ya, terdapat pelbagai aktiviti mesra kanak-kanak seperti sesi bacaan bersama selebriti (Stars & Stories), teater dan aktiviti interaktif.

    Adakah kemudahan untuk OKU disediakan?

    Ya, terdapat Zon OKU & Akses Buku bagi memastikan program ini inklusif dan boleh dinikmati oleh semua.

    Apakah itu Pasport Kota Baca?

    Pasport Kota Baca ialah inisiatif khas di mana pengunjung boleh mengumpul cap setem di setiap reruai sebagai tanda penyertaan dalam aktiviti.

    Adakah jualan buku disediakan?

    Ya, terdapat lebih daripada 100 reruai jualan buku yang menawarkan pelbagai pilihan bahan bacaan.

    Adakah program ini juga diadakan secara online?

    Ya, Kota Baca 2026 turut mempunyai komponen digital seperti jualan buku online, cabaran #BookTokMalaysia dan pelancaran data literasi negara.

    Kenapa perlu hadir ke Kota Baca 2026?

    Kerana ia bukan sekadar festival buku, tetapi satu gerakan nasional untuk menyemarakkan budaya membaca, membina komuniti berilmu dan menjadikan membaca sebagai gaya hidup.

    Baca juga: Pesta Buku 2026 (Malaysia & Antarabangsa) – Tarikh & Lokasi

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut