Keretapi Sarong 2025: Tarikh, Lokasi, Tema & Jadual Acara

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Keretapi Sarong 2025: Tarikh, Tema dan Acara Menarik

Acara Keretapi Sarong telah menjadi tradisi tahunan sejak pertama kali ia diadakan pada tahun 2012 yang lalu. Pada tahun 2025 ini, Keretapi Sarong telah masuk tahun ke-9 dan sekali lagi bakal memeriahkan Hari Malaysia. 

Acara ini menunjukkan kreativiti rakyat Malaysia dalam memartabatkan budaya tradisional dan sekaligus mempamerkan semangat perpaduan yang jitu. 

Ribuan peserta daripada pelbagai latar belakang akan berhimpun mengenakan pakaian tradisional dan sarung serta menggunakan pengangkutan awam untuk menyertai acara ini. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Keretapi Sarong 2025. 

BACA JUGA: Buat Passport Malaysia – Senarai Dokumen Diperlukan

Pengenalan & Sejarah Keretapi Sarong

Program Keretapi Sarong merupakan program “flash mob” di mana orang ramai berkumpul dan bersama-sama meraikan Hari Malaysia. 

Kemudian, para peserta akan menggunakan rangkaian perkhidmatan kereta api awam seperti Prasarana, MRT, KTM, ERL serta MAB dan melalui satu set laluan terpilih sambil mengenakan pakaian sarung.

Keretapi Sarong 2024: Tarikh, Tema dan Acara Menarik

Pemilihan sarung sebagai tema kempen kerana budaya pemakaian kain sarung merupakan warisan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Acara Keretapi Sarong mula diperkenalkan oleh komuniti LOCCO Malaysia pada tahun 2012.

Selain memperkenalkan semula sarung, acara ini juga bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam sambil mempromosikan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Keretapi Sarong 2025

Keretapi Sarong 2025 (KS25) akan diadakan pada 13 September 2025. Acara ini, dianjurkan oleh LOCCO, adalah edisi kesembilan dan diadakan untuk meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Peserta akan memakai sarung berwarna-warni dan berkumpul di stesen terpilih untuk menuju ke lokasi rahsia. 

Tema tahun ini menekankan kebanggaan rakyat terhadap budaya, pencapaian dan perpaduan Malaysia. Acara ini juga terbuka kepada peserta antarabangsa untuk merasai kekayaan budaya Malaysia.

Dari Lembah Klang, Johor Bahru, Ipoh, Pasir Mas, Kuantan hingga Sungai Petani, serta ke kota-kota antarabangsa seperti London, Paris dan Munich.

Ayuh, raikan Malaysia dengan gaya tersendiri – penuh warna, warisan dan kebersamaan.

@locco.my

One voice, one heritage! @ainaabdulofficial takes centre stage at Keretapi Sarong 2025. Her music, her soul, her spirit in celebrating unity through tradition and song. Korang dah bersedia untuk sing along dengan Aina? #KS25 #KeretapiSarong25

♬ Tekad Perpaduan Penuhi Harapan – Aina Abdul & Khai Bahar

BACA JUGA: Pekeliling Sistem Saraan Malaysia (SSM) & Perbandingan SSPA

Tema Keretapi Sarong 2025: “SERUMPUN”

Kita mungkin datang dari negeri yang berbeza, tetapi bukankah kita tetap tersenyum dalam bahasa yang sama?

Tahun ini, Keretapi Sarong 2025 (KS25) membawa tema “SERUMPUN”. 

Tahun ini, #KeretapiSarong2025 meraikan rasa dan jiwa Serumpun – dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, juga budaya .. dari hati yang sepakat

Tema ini menekankan rasa cinta rakyat terhadap budaya dan jenama tempatan. Tema ini bukan sahaja menyerlahkan pakaian tradisional seperti sarong, tetapi juga mempamerkan kreativiti dan keunikan jenama Malaysia di pentas antarabangsa. 

Jadual Acara Keretapi Sarong 2025

Sabtu ni, Keretapi Sarong 2025 bukan sekadar naik tren – tapi satu hari penuh dengan sambutan budaya!

Dari Sing-A-Long Laaah dan showcase ASEAN Serumpun bersama Aina Abdul, sampailah ke Joget Lambak yang ikonik, sepanjang hari akan meriah dengan muzik, persembahan, pertandingan dan kejutan di setiap sudut.

Petang pula ada Bersama Malaysia dengan HOT FM, KL Drum & Pipes by Saji, persembahan tarian dari Antava dan Zafina Fitness, kuiz, hadiah cabutan bertuah serta kempen Merdeka Daripada Scam oleh KWSP.

Bila malam menjelma, acara diteruskan dengan Malam Bintang Purnama, menampilkan persembahan dari Mupun Ta’uh, Sri Greteh, Serambi Permata, dan sesi akustik santai bersama Bobby, Aleya & Muiz.

Ini bukan sekadar flash mob.
Ini satu gerakan.

📅 13 September 2025 | 8 pagi – 10 malam
🚉 Bermula dari 11 stesen seluruh Lembah Klang

👉 Dah ready nak raikan Hari Malaysia dengan cara paling luar biasa?

Jom tengok jadual acara di bawah:

@pahangviral

Keretapi Sarong Kuantan. Jom sertai acara ini dengan berpakaian sarong pada 13 September 2025 di Kuantan Art Street jam 8.30 malam #pahangviral #keretapisarongkuantan #keretapisaring2025

♬ original sound – PAVI 💎 LIVE Agency – PAVI 💎 LIVE Agency
@kedahtourism

Jom meriahkan Keretapi Sarong Sungai Petani 2025 pada 13 September ini di KTM Sungai Petani, Kedah! ✅Tema tahun ini: “Serumpun” #ExperienceKedah #TahunMelawatKedah2025 #KedahTourism #SungaiPetani #KeretapiSarong2025 @Kolektif Biggy @LOCCO 🇲🇾

♬ original sound – KEDAH TOURISM – KEDAH TOURISM
@tickelantan

PASAR CIK SITI x KERETAPI SARONG 25 kini menggegarkan Pasir Mas dengan suasana paling MERIAH tahun ini! 📅 11 – 13 September 2025 📍 Stesen Keretapi Pasir Mas 🕙 10 pagi – 12 malam Jom pakat ramai-ramai mari meriahkan festival penuh warna-warni dengan sarung kebanggaan kita! Inilah masanya untuk kita bersama-sama meraikan keindahan warisan sambil bergaya dengan sarong yang menjadi simbol tradisi & identiti bangsa. SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :- Facebook : facebook.com/tic.kelantan Tiktok : tiktok.com/@tickelantan Instagram : instagram.com/tickelantan Youtube : youtube.com/@tickelantan1 Laman Web : tourism.kelantan.my Portal : https://arcg.is/15OGHn1 #kelantan #visitkelantan #indahnyakelantan kelantan360° #MalaysiaTrulyAsia

♬ original sound – TIC KELANTAN – TIC KELANTAN

Tahun ini, acara Keretapi Sarong 2025 mendapat penyertaan dari dalam dan luar negara. Pengumuman lokasi rahsia, yang menjadi tradisi Keretapi Sarong, menambah keterujaan dalam kalangan peserta. 

Selain daripada perjalanan menaiki kereta api sambil memakai sarung, pelbagai aktiviti sampingan turut dianjurkan termasuk persembahan muzik tradisional, flash mob, serta pertandingan pakaian terbaik. 

Acara ini juga turut mendapat sokongan daripada lebih 40 Rakan Strategik dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, yang sentiasa terlibat dalam penganjuran acara kebudayaan.  

Peserta dari negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura, dan Brunei juga turut serta bagi merasai kemeriahan acara ini. 

BACA JUGA: Beras Tempatan: Harga Terkini, Jenama, & Khasiat Beras

Panduan Menyertai Keretapi Sarong 2025

Untuk menyertai Keretapi Sarong 2025, pendaftaran biasanya terbuka kepada umum melalui laman web rasmi LOCCO atau media sosial rasmi mereka. 

Peserta hanya perlu memakai sarung dan datang ke stesen-stesen yang telah ditetapkan seperti KL Sentral, Subang Jaya, dan Gombak, di mana aktiviti flash mob dan persembahan kebudayaan diadakan.

Keretapi Sarong 2024: Tarikh, Tema dan Acara Menarik

Berikut adalah beberapa tips bagi mereka yang pertama kali ingin menyertai acara ini:

  1. Pakai pakaian yang melambangkan budaya Malaysia, dan sebaiknya ada menggunakan sarung. Anda boleh menggayakannya mengikut kreativiti atau mengekalkan elemen penting pakaian tersebut. 
  2. Elakkan kesesakan dengan datang awal ke stesen-stesen utama yang ditetapkan. 
  3. Pastikan anda membawa air minuman dan makanan ringan secukupnya untuk keselesaan sepanjang acara.
  4. Bagi memudahkan pergerakan anda, sesuai dengan tema acara ini yang mempromosikan penggunaan pengangkutan awam, gunalah pengangkutan awam untuk ke lokasi berkumpul yang ditetapkan. 
  5. Pakai deodorant! Pastikan anda memakai deodorant untuk mengelakkan bau yang tidak diingini. Sekiranya anda seorang yang kuat berpeluh, gunakan deodorant anti peluh atau seumpamanya. 
@pahangviral

Keretapi Sarong Kuantan. Jom sertai acara ini dengan berpakaian sarong pada 13 September 2025 di Kuantan Art Street jam 8.30 malam #pahangviral #keretapisarongkuantan #keretapisaring2025

♬ original sound – PAVI 💎 LIVE Agency – PAVI 💎 LIVE Agency

Mengapa Perlu Turut Serta?

Keretapi Sarong 2024: Tarikh, Tema dan Acara Menarik

Terdapat pelbagai sebab mengapa Keretapi Sarong 2025 patut disertai oleh semua rakyat Malaysia:

  1. Memelihara Budaya Tradisional: Acara ini menggalakkan pemakaian sarong, pakaian tradisional yang semakin dilupakan.
  2. Penyatuan Rakyat Malaysia: Ia adalah platform untuk menyatukan rakyat dari pelbagai kaum dan latar belakang.
  3. Peluang Bersosial: Peserta dapat berinteraksi dengan orang baru, berkongsi pengalaman dan membina hubungan yang lebih luas.
  4. Memupuk Rasa Bangga terhadap Malaysia: Dengan tema “Bangga Malaysia”, acara ini mempromosikan kecintaan terhadap produk dan budaya tempatan.
  5. Sokongan terhadap Pengangkutan Awam: Keretapi Sarong mempromosikan penggunaan pengangkutan awam yang lebih lestari.

FAQ Mengenai Keretapi Sarong

1. Apakah syarat utama untuk menyertai Keretapi Sarong?
Anda hanya perlu memakai sarung dan menggunakan pengangkutan awam yang telah ditetapkan.

2. Adakah acara ini terbuka kepada semua?
Ya, acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia serta peserta antarabangsa.

Apa itu Keretapi Sarong 2025?

Keretapi Sarong 2025 ialah acara tahunan sempena Hari Malaysia yang meraikan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia. Peserta akan berkumpul di stesen tren dengan memakai sarong, sambil menyertai pelbagai aktiviti seni, muzik, tarian dan persembahan budaya sepanjang hari.

Bila tarikh Keretapi Sarong 2025 berlangsung?

Acara ini akan diadakan pada Sabtu, 13 September 2025, bermula jam 8 pagi hingga 10 malam.

Di mana lokasi Keretapi Sarong 2025 bermula?

Peserta boleh sertai dari 11 stesen tren di seluruh Lembah Klang. Dari situ, mereka akan bergerak bersama ke lokasi acara utama.

Apa tema Keretapi Sarong tahun 2025 ini?

Tahun ini, Keretapi Sarong 2025 meraikan tema SERUMPUN, yang bermaksud “daripada akar yang sama”.
Ia melambangkan warisan budaya yang kita kongsi bersama, ikatan serantau yang erat, serta semangat perpaduan yang menyatukan kita semua.

Ada aktiviti menarik apa sepanjang hari?

Ya! Antaranya:
Sing-A-Long Laaah
Joget Lambak
Bersama Malaysia dengan HOT FM
Persembahan KL Drum & Pipes by Saji
Tarian Antava & Zafina Fitness
Kuiz, cabutan bertuah & giveaway
Malam Bintang Purnama (showcase malam)

Perlu bayar tiket untuk sertai Keretapi Sarong 2025?

Tidak, penyertaan adalah percuma. Peserta hanya perlu datang dengan sarong dan semangat untuk meraikan Hari Malaysia.

Apa yang perlu dibawa kalau nak sertai?

Wajib bawa sarong (pakai dengan kreatif!), kad Touch ‘n Go untuk tren, air minuman, dan mood gembira untuk sama-sama memeriahkan Hari Malaysia.

Jom Sertai Keretapi Sarong 2025!

Keretapi Sarong 2025 adalah lebih daripada sekadar acara berpakaian tradisional. Ia adalah simbol kebanggaan, perpaduan, dan kebudayaan Malaysia yang berkembang dari tahun ke tahun. 

Acara ini menawarkan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersatu, berkongsi kegembiraan, dan merayakan keunikan budaya Malaysia dalam suasana yang penuh warna-warni. 

Ikuti saluran rasmi acara serta media sosial seperti Instagram, X, dan Telegram Keretapi Sarong untuk maklumat terkini dan cara penyertaan.

Jangan lupa gunakan hashtag #BanggaMalaysia, #KeretapiSarong2025, dan #ProudMalaysia untuk menyebarkan semangat ini ke seluruh dunia. Mari sertai dan raikan bersama-sama Keretapi Sarong 2025!

Sumber:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut