15+ Kafe di Kuala Lumpur, Top Rated di Google Review!

15+ Kafe di Kuala Lumpur, Top Rated di Google Review!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

15+ Kafe di Kuala Lumpur, Top Rated di Google Review!

Sekiranya anda berkunjung ke Kuala Lumpur dan mencari kafe-kafe yang unik, menarik, sedap, estetik, viral, popular dan sebagainya untuk dicuba, maka anda berada di artikel yang tepat. 

Artikel kali ini akan berkongsi beberapa kafe di Kuala Lumpur yang anda wajib cuba sekurang-kurangnya sekali. Setiap kafe yang dikongsikan mempunyai keunikan dan tarikan sendiri yang menjadikannya berbaloi untuk dikunjungi. 

Buat peminat kafe atau sesiapa yang nak buat ‘cafe-hopping’ di Kuala Lumpur, pastikan anda baca perkongsian ini sehingga habis. 

Okay, jom mulakan!

BACA JUGA: Taman Tasik Titiwangsa – Tarikan Utama & Kemudahan Disediakan

Senarai Kafe di Kuala Lumpur Wajib Dicuba

1. Ruema Kafe

Alamat: R-G-30, Kompleks Permaisuri Q, 6, Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Sumber: Ruema – Cafe & Event Space

Ruema Kafe, terletak di Cheras, Kuala Lumpur, adalah pilihan kafe yang popular buat peminat kafe yang mencari suasana santai dan tenang. Kafe ini terkenal dengan konsep hiasan dalaman bergaya bohemian dengan sentuhan minimalis. 

Sumber: Ruema – Cafe & Event Space

Salah satu daya tarikan kafe ini ialah, ia menyediakan bilik bermain untuk kanak-kanak. Ibu bapa yang yang membawa anak-anak boleh menikmati hidangan dengan senang hati sambil anak mereka bermain sepuasnya di ruangan yang disediakan. 

Sumber: Ruema – Cafe & Event Space

Dari segi makanan dan minuman, kafe ini menawarkan pelbagai hidangan yang sedap dengan presentation yang menarik. Harganya pun berpatutan. Recommended!

2. Antipodean Cafe @ Bangsar

Alamat: 20, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Sumber: Antipodean Cafe @ Bangsar

Bagi anda yang mencari hidangan ‘brunch’ yang sedap dan berbaloi, Antipodean Cafe adalah salah satu pilihan kafe di Kuala Lumpur yang tidak boleh dilepaskan. 

Sumber: Antipodean Cafe @ Bangsar

Menu di sini menampilkan pelbagai pilihan sarapan yang menyelerakan seperti Big Breakfast yang terkenal, Eggs Benedict, pancakes dan macam macam lagi. Portion yang besar membuatkan ia sesuatu untuk dinikmati pada waktu lewat pagi atau brunch.  

Sumber: Antipodean Cafe @ Bangsar

Selain hidangan sarapan, Antipodean juga menawarkan pilihan kopi yang diimport khas dari Sumatera. Ini menjadikannya kafe kegemaran ramai pencinta kopi. 

3. Feeka Coffee Roasters

Alamat: 19, Jln Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Feeka Coffee Roasters terkenal dengan kopinya yang dipanggang sendiri menggunakan biji kopi berkualiti tinggi. Kafe ini menyajikan pelbagai jenis kopi, termasuk espresso dan latte yang disediakan oleh barista terlatih.

Sumber: Feeka Coffee Roasters
Sumber: Feeka Coffee Roasters

Dengan vibes yang tenang, kafe ini memang sesuai dijadikan sebagai port lepak, bekerja, atau sekadar menikmati kopi. Anda boleh pilih untuk duduk di dalam atau di luar. Bahagian luar kafe dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan, menekankan konsep alam semulajadi. 

Sumber: Feeka Coffee Roasters

Selain kopi, kafe ini juga menyediakan menu makanan sihat serta pelbagai pilihan sandwich dan pasta. Terdapat banyak pilihan hidangan untuk sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.

4. VCR Cafe

Alamat: 2, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

VCR Cafe juga salah satu kafe di Kuala Lumpur yang dikenali dengan kopi yang berkualiti tinggi dan dekorasi klasik industri.

Sumber: VCR Cafe

Menu di VCR menampilkan pelbagai pilihan kopi serta makanan brunch yang kreatif dan unik. Beberapa menu popular termasuklah Soft Shell Crab Burger, French Toast, dan Salmon Eggs Benedict. 

Sumber: VCR Cafe
Sumber: VCR Cafe

Dengan rasa yang autentik dan persembahan yang memukau, VCR sememangnya wajib dikunjungi untuk peminat kafe yang mencari pengalaman ‘cafe-hopping’ yang istimewa di Kuala Lumpur.

5. Monster. A Garden Cafe

Alamat: No. 54, 1st Floor, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Bagi peminat kucing, anda pasti suka kafe ini! 

Monster. A Garden Cafe ialah “pet cafe” yang mana pengunjung boleh bermain bersama kucing-kucing yang ada di kafe ini sambil menikmati pesanan mereka. 

Sumber: Monster. A Garden Cafe

Masuk adalah percuma, anda hanya perlu memesan makanan dan minuman untuk dinikmati sambil bermain dengan kucing-kucing comel di sini. 

Sumber: Monster. A Garden Cafe

Menu di Monster menawarkan pelbagai pilihan makanan sihat dan mesra vegetarian seperti salad. Kafe ini juga terkenal dengan pilihan kopi dan teh yang unik serta pencuci mulut yang manis dan menyegarkan.

Sumber: Monster. A Garden Cafe

Pastikan anda datang awal sebab kafe ni memang selalu penuh. Setiap pengunjung ada limit masa selama 2 jam sahaja untuk berada di dalam kafe bagi memberi peluang pengunjung lain untuk turut sama merasa.  

6. LOKL Coffee Co.

Alamat: 30, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

LOKL Coffee Co. terletak di kawasan warisan budaya Kuala Lumpur di Jalan Tun H.S. Lee. Kafe ini terkenal dengan suasana santai dan konsep terbuka yang menggabungkan elemen alam.

Menu di sini berfokus pada kopi serta makanan tempatan yang diberi sentuhan moden, menjadikannya tempat yang ideal untuk pelancong dan penduduk tempatan. Kafe ini juga menawarkan pilihan pencuci mulut seperti pastri dan kek. 

Selain makanan dan minuman yang menarik, LOKL Coffee Co. dikenali sebagai lokasi yang sesuai untuk pertemuan sosial dan aktiviti fotografi. Dengan reka bentuk yang menarik dan konsep ‘Open Air’, kafe ini sering menjadi pilihan pengunjung yang ingin merakam kenangan indah bersama rakan-rakan, keluarga dan insan tersayang. 

7. Common Space

Alamat: 40 Jalan 1/77A Off Jalan Imbi, Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Common Space menawarkan suasana yang kasual dengan dekorasi yang menggabungkan elemen rustic dan sentuhan alam. Kafe yang mesra pelanggan ini sangat ideal untuk pelanggan yang ingin menikmati kopi, makanan ringan, atau bekerja di persekitaran yang tenang dan inspiratif. 

8. Cafe:in House

Alamat: Unit 1-01, Mercu, Summer Suites, 8, Jalan Cendana, Kampung Baru, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Terletak di Summer Suites, Kampung Baru, kafe ini menawarkan pelbagai pilihan makanan termasuk sarapan, brunch, dan hidangan Barat. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jenis kopi berkualiti tinggi serta pencuci mulut yang menarik. 

Cafe:in House juga menyediakan kemudahan seperti Wi-Fi percuma, tempat duduk mesra keluarga, dan aksesibiliti untuk orang kurang upaya, menjadikannya tempat yang sesuai untuk semua jenis pengunjung. 

Dengan suasana yang santai dan cozy, ia sangat sesuai dijadikan sebagai lokasi untuk pertemuan sosial serta menikmati hidangan dengan santai. 

9. Kaffe 16

Alamat: Lot 16, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Terletak di Lot 16, Jalan Panggong, kafe ini menawarkan pilihan makanan seperti sarapan, brunch, dan pencuci mulut, serta kopi spesial yang menjadi tarikan utama.

Dengan sentuhan budaya lama dan moden yang mencerminkan gaya hidup bandar Kuala Lumpur, kafe sangat instagrammable dan pastinya memenuhi citara anak muda. Kafe ini mengekalkan struktur bangunan lama yang membuatkan ia kelihatan vintage, tetapi dihias dengan reka bentuk kontemporari . Sangat estetik!

Kafe ini terkenal dengan kopi premium yang disediakan oleh barista berpengalaman, termasuk variasi seperti latte, flat white, dan cold brew yang menyegarkan. Menu makanannya terdiri daripada pilihan makanan ringan hingga hidangan brunch, seperti Avocado Toast, Grilled Cheese Sandwich, dan beberapa pilihan pencuci mulut yang manis. 

Kaffe 16 juga menawarkan pastry yang segar setiap hari, sesuai untuk mereka yang ingin menikmati kudapan ringan bersama kopi.

10. Coffeeboy Club

Alamat: Lot 15, Coffeeboy Club, 13, Jln 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Coffeeboy Club pilihan yang tepat bagi mereka yang menghargai suasana santai dan secawan kopi berkualiti di Kuala Lumpur. Terletak di The Gasket Alley, Petaling Jaya, kafe ini terkenal dengan menu yang pelbagai, termasuk hidangan seperti sourdough pancakes, burger, dan pilihan makanan Mexico. 

Kafe ini juga menyediakan pelbagai jenis kopi yang disediakan dari biji kopi Sumatran Mandheling yang dipanggang sendiri, menjadikannya pilihan popular bagi penggemar kopi. Selain itu, Coffeeboy Club juga menjadi lokasi untuk acara muzik intim, menambah lagi daya tariknya sebagai tempat lepak yang menarik. 

11. Mokky’s Pizza & Coffee Bukit Tunku

Alamat: The Stories, H1, Jln Langgak Tunku, Taman Tunku, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Sekiranya anda mencari kafe yang menawarkan pelbagai pilihan pizza yang sedap dan menarik,  Mokky’s Pizza & Coffee Bukit Tunku adalah antara pilihan kafe di Kuala Lumpur yang anda boleh pertimbangkan. 

Mokky’s menyajikan pelbagai jenis pizza yang dibuat menggunakan bahan berkualiti tinggi. Antara pilihan yang ada ialah, Beef Pepperoni Alfredo Chicken, Lamb Pizza serta beberapa pilihan pizza vegetarian. Suasana kafe yang santai dan mesra keluarga menjadikannya tempat yang sesuai untuk berkumpul bersama rakan dan keluarga.

12. Brew  & Bread

Alamat: Wisma Mca, Suite G-03, 163, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Brew & Bread di Subang Jaya adalah kafe yang terkenal dengan kopi specialty dan suasana yang mesra. Kafe ini menawarkan konsep minimalis dengan dekorasi kayu yang simple tetapi bergaya. 

Brew & Bread terkenal dengan pelbagai jenis kopi seperti espresso, pour-over, dan cold brew. Bagi mereka yang inginkan sesuatu selain kopi, terdapat juga pilihan teh, minuman coklat, jus oren dan sebagainya. 

Selain kopi, kafe ini juga mempunyai pelbagai pilihan makanan lain yang semuanya sedap-sedap. Antara menu yang ada ialah, Nasi Ulam Soft Shell Crab, Ayam Pongteh, Sourdough with Kaya Butter dan sebagainya. 

Kafe ini juga menyediakan pilihan untuk makan di tempat, ambil sendiri, dan penghantaran, menjadikannya pilihan yang fleksibel untuk pengunjung. Kafe ini juga mempunyai beberapa cawangan lain. 

13. AOOO Melbourne Cafe

Alamat: 182-2, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

AOOO Melbourne Cafe diusahakan oleh pasangan Angie Zhong dan CK Beh yang ingin untuk menggabungkan elemen seni Aborigin Australia dalam nama dan dekorasi kafe mereka. 

Kafe ini menawarkan menu yang pelbagai termasuk hidangan seperti Big Breakfast, pizza, wrap roll, muffins, croissant, macam-macam jenis pasta dan sebagainya. 

Dengan suasana cozy dan estetik yang Instagrammable, AOOO Melbourne Cafe adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengalaman kafe ala Melbourne di Kuala Lumpur, sambil menikmati hidangan yang disajikan dengan penuh teliti. 

14. Common Man Coffee Roasters – Kuala Lumpur

Alamat: Plaza Vads, A-G-1 New Podium, 1, Jalan Tun Mohd Fuad, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia

Terletak di Plaza Vads, kafe ini menawarkan pelbagai pilihan makanan untuk sarapan, brunch, dan makan tengah hari, termasuk hidangan organik dan vegetarian. Ia juga terkenal dengan pilihan kopinya yang berkualiti tinggi. 

Setiap hidangan disediakan dengan teliti dan menggunakan bahan yang segar serta dihidangkan dengan presentation yang terbaik. Dari segi rasa, tidak perlu diragukan lagi. Semuanya sedap-sedap!

Suasana yang selesa, mesra keluarga, tenang dan kasual serta perkhidmatan yang baik menjadikannya lokasi yang terbaik untuk menikmati hidangan sambil bersantai bersama insan-insan penting/tersayang.

15. Koffie Craft – Dutch Restaurant & Café

Alamat: Unit UG-2, The Sphere No 1, Avenue 1 8 Jalan Kerinchi Bangsar South City, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Koffie Craft – Dutch Restaurant & Café di Kuala Lumpur adalah destinasi yang wajib dikunjungi bagi penggemar kopi dan masakan unik. 

Kafe ini menawarkan pengalaman yang luar biasa dengan menu yang menggabungkan hidangan Belanda dan elemen Asia, memberikan pelbagai pilihan yang menarik untuk setiap selera. 

Kopi di sini juga tidak kurang hebatnya. Setiap cawan kopi dibuat dengan penuh kasih sayang oleh barista yang berpengalaman. 

Dengan suasana kafe yang cozy dan dekorasi yang menarik, Koffie Craft bukan hanya tempat untuk menikmati makanan dan minuman berkualiti, tetapi juga ruang untuk bersantai dan berinteraksi. 

Jika anda mencari tempat untuk menikmati kopi yang hebat dengan layanan yang cemerlang, Koffie Craft adalah pilihan yang tepat. Highly recommended untuk sesiapa sahaja yang ingin merasai pengalaman cafe hopping di Kuala Lumpur!

16. Jibby By The Park

Alamat: The Waterfront@ParkCity, No 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Jibby By The Park adalah salah satu pilihan kafe di Kuala Lumpur yang wajib dicuba. Dengan konsep rumah hijau yang dipenuhi tumbuhan dan cahaya semula jadi, suasana di kafe ini sangat santai dan menenangkan. 

Makanan yang disajikan juga lazat dan kreatif, menggabungkan cita rasa Asia dan Barat dengan sempurna. Bagi pencinta makanan manis, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Berry Pavlova Ice Cream, dijamin nak lagi nak lagi!

Kopi di kafe ini juga cukup popular – pekat, lazat dan disediakan dengan teliti oleh barista yang mahir. Selain kopi, anda juga boleh memilih minuman lain seperti latte,  jus buah-buahan dan sebagainya. 

17. Pizza Mansion Jalan Mesui

Alamat: 25, Jln Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Pizza Mansion di Kuala Lumpur adalah destinasi yang wajib dikunjungi bagi pencinta pizza. Terletak di Bukit Bintang, pizzeria ini menawarkan suasana yang santai dan dekorasi vintaj yang menawan, dikelilingi oleh kehijauan yang menambah daya tariknya. 

Pizza Mansion terkenal dengan pizza yang dibuat dari awal menggunakan bahan-bahan segar dan dibakar dalam oven tanah liat khas mereka. Setiap gigitan pizza di sini memberikan pengalaman rasa yang luar biasa, dengan adunan yang rangup di luar tetapi lembut dan gebu di dalam. Terbaik!!

Selain pizza, Pizza Mansion juga menawarkan hidangan sampingan yang memukau seperti Truffle Mac & Cheese dan pelbagai lagi. 

Penutup

Kuala Lumpur menawarkan banyak pilihan kafe yang estetik dan unik untuk diterokai. Dari konsep minimalis hingga ala retro, setiap kafe menawarkan pengalaman tersendiri yang pasti memenuhi citarasa anda. 

Kafe-kafe ini bukan sahaja menyajikan makanan yang lazat tetapi juga suasana yang menarik untuk dinikmati. Jadi, pastikan anda meluangkan masa untuk mengunjungi beberapa kafe yang disenaraikan di atas apabila berkunjung ke Kuala Lumpur.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan pengalaman anda bersama rakan-rakan!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut