Kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2026 (KL, Putrajaya, Labuan)

Kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2026 telah ditetapkan bagi tahun 1447H/2026M. Jom semak berapa kadar zakat fitrah di Pulau Pinang tahun ini, di mana ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM8, RM15 dan RM25, bergantung kepada jenis beras yang dimakan. Bayaran zakat fitrah kini boleh dibuat secara ONLINE melalui PPZ MAIWP.

Anda juga boleh buat bayaran di mana-mana saluran bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP serta amil-amil yang dilantik.

Apakah Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Hukum & Syarat

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Kadar Zakat Fitrah 2026 Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL), Labuan & Putrajaya

Tahun ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun ini di Wilayah Persekutuan sebanyak RM8, RM15 dan RM25 mengikut jenis beras yang dimakan.

Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1447H/2026 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya mengikut kadar beras yang dimakan.

RM8.00 per seorang
– Kadar wajib berdasarkan Beras Tempatan (5% kandungan beras hancur)

RM15.00 per seorang

Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras putih import
– Beras perang
– Beras pulut
– Herba Ponni
– Beras wangi

RM25.00 per seorang

Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras merah
– Beras Jepun
– Beras basmathi

zakat fitrah wilayah persekutuan

RM7.00 per seorang

  • Kadar wajib berdasarkan beras Tempatan (5% kandungan beras hancur)

RM15.00 per seorang

Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras Putih Import
– Beras Pulut
– Beras Perang
– Beras Herba Ponni
– Beras Wangi
– atau setara

RM22.00 per seorang

Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras Basmati
– Beras Merah
– Beras Jepun
– atau setara (Beras berkualiti tinggi)

Cara Bayaran Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2026

Bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan secara atas talian melalui Portal Zakat Fitrah atau di saluran-saluran bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP serta amil-amil yang dilantik.

Selamat menunaikan ibadah puasa 1446H/2025M!

Soalan Lazim – Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan

1. Apakah itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan sebagai penyuci diri dan ibadah puasa, serta membantu golongan fakir dan miskin menyambut Aidilfitri.

2. Siapakah yang wajib menunaikan Zakat Fitrah?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas:
– Diri sendiri
– Setiap orang yang wajib diberi nafkah, termasuk:
Isteri
Usul dan furu’ (keturunan ke atas dan ke bawah) sama ada lelaki atau perempuan
– Dengan syarat mereka tergolong dalam golongan fakir dan miskin

3. Apakah hukum Zakat Fitrah?

Hukum menunaikan zakat fitrah adalah WAJIB ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya.

4. Apakah syarat-syarat wajib Zakat Fitrah?

Antara syarat wajib zakat fitrah ialah:

Al-Islam
Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam, dan juga ke atas orang yang murtad selepas memeluk Islam.

Waktu
Waktu diwajibkan zakat fitrah adalah ketika terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan.

Berkemampuan
Mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan.
Jika kemampuan itu hanya datang selepas waktu wajib, maka zakat fitrah tidak diwajibkan ke atasnya.
(Rujukan: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

5. Berapakah kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan bagi tahun 1447H / 2026M?

Kadar zakat fitrah Wilayah Persekutuan 2026 ditetapkan berdasarkan jenis beras yang dimakan, iaitu:

RM8.00 per seorang
– Kadar wajib berdasarkan Beras Tempatan (5% kandungan beras hancur)

RM15.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras putih import
– Beras perang
– Beras pulut
– Herba Ponni
– Beras wangi

RM25.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras merah
– Beras Jepun
– Beras basmathizakat fitrah wilayah persekutuan

6. Bagaimanakah cara bayaran Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2026?

Pembayaran zakat fitrah kini boleh dilakukan secara atas talian melalui PPZ-MAIWP.

Selain itu, anda juga boleh menunaikan zakat fitrah melalui mana-mana saluran pembayaran yang disediakan oleh PPZ-MAIWP atau kepada amil yang telah dilantik secara rasmi.

7. Bilakah waktu terbaik membayar Zakat Fitrah?

Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.

Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.

Baca juga: