Kadar Zakat Fitrah Sabah 2026

Kadar Zakat Fitrah Sabah 2026 telah ditetapkan bagi tahun 1447H/2026M. Jom semak berapa kadar zakat fitrah di Pulau Pinang tahun ini, di mana ia terbahagi kepada dua kategori iaitu RM7.50 dan RM15, bergantung kepada jenis beras yang dimakan. Bayaran zakat fitrah kini boleh dibuat secara ONLINE melalui Apps Zakat Sabah.

Apakah Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Hukum & Syarat

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Kadar Zakat Fitrah 2026 Di Sabah

Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Sabah pada tahun 1447H / 2026M adalah seperti berikut:

  • RM7.50 – Bagi mereka yang menggunakan beras putih import
  • RM15.00 – Bagi mereka yang menggunakan beras wangi

Penetapan kadar ini adalah berdasarkan sukatan 1 gantang Baghdad, bersamaan 2.7 kg beras, iaitu kadar beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri Sabah.

zakat fitrah sabah

Cara Bayaran Zakat Fitrah Sabah 2026

Pembayaran zakat fitrah bagi negeri Sabah boleh dibuat dengan mudah secara online menerusi Apps Zakat Sabah.

Soalan Lazim – Zakat Fitrah Sabah

1. Apakah itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan sebagai penyuci diri dan ibadah puasa, serta membantu golongan fakir dan miskin menyambut Aidilfitri.

2. Siapakah yang wajib menunaikan Zakat Fitrah?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas:
– Diri sendiri
– Setiap orang yang wajib diberi nafkah, termasuk:
Isteri
Usul dan furu’ (keturunan ke atas dan ke bawah) sama ada lelaki atau perempuan
– Dengan syarat mereka tergolong dalam golongan fakir dan miskin

3. Apakah hukum Zakat Fitrah?

Hukum menunaikan zakat fitrah adalah WAJIB ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya.

4. Apakah syarat-syarat wajib Zakat Fitrah?

Antara syarat wajib zakat fitrah ialah:

Al-Islam
Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam, dan juga ke atas orang yang murtad selepas memeluk Islam.

Waktu
Waktu diwajibkan zakat fitrah adalah ketika terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan.

Berkemampuan
Mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan.
Jika kemampuan itu hanya datang selepas waktu wajib, maka zakat fitrah tidak diwajibkan ke atasnya.
(Rujukan: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

5. Bagaimanakah cara bayaran Zakat Fitrah Sabah 2026?

Umat Islam di Sabah boleh membuat bayaran zakat fitrah secara online dengan mudah melalui Apps Zakat Sabah.

6. Berapakah kadar Zakat Fitrah Sabah bagi tahun 1447H / 2026M?

Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Sabah pada tahun 1447H / 2026M adalah seperti berikut:

RM7.50 – Bagi mereka yang menggunakan beras putih import
RM15.00 – Bagi mereka yang menggunakan beras wangizakat fitrah sabah

7. Bilakah waktu terbaik membayar Zakat Fitrah?

Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.

Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.

Baca juga: