Kadar Zakat Fitrah Kedah 2026

Kadar Zakat Fitrah Kedah 2026 telah ditetapkan bagi tahun 1447H bersamaan 2026M oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Jom semak kadar zakat fitrah di Johor tahun ini yang ditetapkan berdasarkan jenis beras makanan harian, iaitu RM9.00 bagi beras tempatanRM15.00 bagi beras import, dan RM23.00 bagi beras basmathi. Bagi memudahkan urusan, pembayaran zakat fitrah boleh dibuat secara ONLINE melalui Portal Lembaga Zakat Kedah.

Selain itu, pembayaran zakat fitrah juga boleh dibuat melalui 23 saluran yang lain termasuk perbankan internet, e-wallet serta platform digital.

Seramai 2,788 ejen amil dan 183 agensi dilantik turut menggunakan kaedah digital seperti QR Code dan sistem MyAmil

Apakah Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Hukum & Syarat

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Kadar Zakat Fitrah 2026 Di Kedah

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengumumkan ketetapan kadar zakat fitrah bagi tahun 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi untuk Negeri Kedah Darul Aman seperti berikut:

  • RM9.00 bagi beras tempatan
  • RM15.00 bagi beras import dan seumpamanya 
  • RM23.00 bagi beras basmathi dan seumpamanya
zakat fitrah kedah

Cara Bayaran Zakat Fitrah Kedah 2026

Umat Islam di Negeri Kedah boleh membuat bayaran zakat fitrah menerusi 23 saluran pembayaran termasuk portal dan aplikasi rasmi LZNK, perbankan internet, e-wallet serta platform digital lain.

Seramai 2,788 ejen amil dan 183 agensi dilantik turut menggunakan kaedah digital seperti QR Code dan sistem MyAmil.

Resit pembayaran akan diberikan secara digital, manakala kaedah kutipan kupon manual masih disediakan melalui ejen amil terpilih sahaja

Soalan Lazim – Zakat Fitrah Kedah

1. Apakah itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan sebagai penyuci diri dan ibadah puasa, serta membantu golongan fakir dan miskin menyambut Aidilfitri.

2. Siapakah yang wajib menunaikan Zakat Fitrah?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas:
– Diri sendiri
– Setiap orang yang wajib diberi nafkah, termasuk:
Isteri
Usul dan furu’ (keturunan ke atas dan ke bawah) sama ada lelaki atau perempuan
– Dengan syarat mereka tergolong dalam golongan fakir dan miskin

3. Apakah hukum Zakat Fitrah?

Hukum menunaikan zakat fitrah adalah WAJIB ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya.

4. Apakah syarat-syarat wajib Zakat Fitrah?

Antara syarat wajib zakat fitrah ialah:

Al-Islam
Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam, dan juga ke atas orang yang murtad selepas memeluk Islam.

Waktu
Waktu diwajibkan zakat fitrah adalah ketika terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan.

Berkemampuan
Mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan.
Jika kemampuan itu hanya datang selepas waktu wajib, maka zakat fitrah tidak diwajibkan ke atasnya.
(Rujukan: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

5. Bagaimanakah cara bayaran Zakat Fitrah Kedah 2026?

Pembayaran zakat fitrah boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Lembaga Zakat Kedah, selain 23 saluran digital lain termasuk perbankan internet, e-wallet dan QR Code melalui sistem MyAmil.

6. Berapakah kadar Zakat Fitrah Kedah bagi tahun 1447H / 2026M?

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1447H /2026 iaitu harga RM 9.00, RM 15.00, RM 23.00

7. Bilakah waktu terbaik membayar Zakat Fitrah?

Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.

Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.

Baca juga: