Kadar Zakat Fitrah Perlis 2026 telah ditetapkan bagi tahun 1447H/2026M. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kadar zakat fitrah Perlis adalah satu kategori sahaja iaitu RM9 untuk setiap individu. Bayaran zakat fitrah kini boleh dibuat secara ONLINE melalui Digital MAIPs.
Pembayaran juga boleh dilakukan melalui amil dilantik secara rasmi oleh MAIPs bagi memudahkan urusan masyarakat.
Apakah Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Hukum & Syarat
Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.
Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
- Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Kadar Zakat Fitrah 2026 Di Perlis
Bagi tahun ini, kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan pada satu kadar sahaja iaitu RM9 bagi setiap seorang, sama seperti yang dikenakan pada tahun lalu.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memaklumkan bahawa Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, telah berkenan menyempurnakan pelancaran penetapan kadar zakat fitrah tersebut di Istana Siraj, Kuala Lumpur, petang semalam.


Cara Bayaran Zakat Fitrah Perlis 2026
Pembayaran zakat fitrah ini boleh dilaksanakan secara atas talian melalui platform Digital MAIPs.
Selain itu, bayaran juga boleh dibuat kepada amil yang telah dilantik secara rasmi oleh MAIPs bagi memudahkan urusan orang ramai.
Soalan Lazim – Zakat Fitrah Perlis
Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan sebagai penyuci diri dan ibadah puasa, serta membantu golongan fakir dan miskin menyambut Aidilfitri.
Zakat fitrah diwajibkan ke atas:
– Diri sendiri
– Setiap orang yang wajib diberi nafkah, termasuk:
Isteri
Usul dan furu’ (keturunan ke atas dan ke bawah) sama ada lelaki atau perempuan
– Dengan syarat mereka tergolong dalam golongan fakir dan miskin
Hukum menunaikan zakat fitrah adalah WAJIB ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya.
Antara syarat wajib zakat fitrah ialah:
Al-Islam
Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam, dan juga ke atas orang yang murtad selepas memeluk Islam.
Waktu
Waktu diwajibkan zakat fitrah adalah ketika terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan.
Berkemampuan
Mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan.
Jika kemampuan itu hanya datang selepas waktu wajib, maka zakat fitrah tidak diwajibkan ke atasnya.
(Rujukan: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Bagi yang ingin menunaikan zakat fitrah di Perlis, pembayaran boleh dibuat secara atas talian melalui platform Digital MAIPs.
Selain itu, anda juga boleh membayar zakat fitrah Perlis kepada amil yang dilantik secara rasmi oleh MAIPs bagi memudahkan urusan.
RM 9 sahaja untuk seorang.
Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.
Baca juga: