Kadar Zakat Fitrah 2024 Setiap Negeri Di Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2024 Setiap Negeri Di Malaysia

Masuknya bulan Ramadan, umat Islam bolehlah mula menunaikan zakat fitrah. Berapa agaknya kadar zakat fitrah tahun ini bagi negeri-negeri di Malaysia?

Menurut Kosmo Online, hanya 5 negeri iaitu Selangor, Melaka, Pahang, Perlis dan Kelantan mengesahkan mengekalkan kadar zakat fitrah seperti tahun lalu selaras pengumuman pihak berkuasa agama negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, negeri berkenaan menetapkan nisab paling rendah iaitu sebanyak RM7.00 dengan Pahang dan Perlis masing-masing mewartakan satu kadar.

“7 negeri lagi dan Wilayah Persekutuan yang meliputi 3 entiti sebagaimana diumumkan baru-baru ini memaklumkan nisabnya meningkat pada kali ini.

“Terengganu mencipta rekod sebagai negeri yang paling tinggi untuk kadar minimum iaitu RM10 berbanding tahun lalu hanya RM8, manakala nisab tertinggi pula ditetapkan RM22,” katanya ketika melancarkan sambutan Ihya Ramadan 1445 di sini petang tadi.

Dalam pada itu, Perak yang memaklumkan kadar minimum zakat iaitu RM8, malah nisab median dan paling tinggi juga dinaikkan dengan masing-masing dua ringgit kepada RM16 dan RM24.

Kedah yang pada tahun lepas memperkenalkan nisab paling rendah iaitu RM6.50 untuk kadar minimum, namun mengumumkan kenaikan kepada RM7.

“Sabah menaikkan nisab tunggalnya di negeri tersebut kepada RM7.50, iaitu kadar sama yang pernah diwartakan pada 2020 sebelum turun kepada RM7 sejak 2021.

“Johor pula yang selama ini cuma ada dua nisab sejak 2019 tetapi untuk tahun ini mengikut jejak negeri-negeri lain dengan memperkenalkan tiga kadar berbeza,” jelasnya.

Berikut dikongsikan info sepenuhnya untuk rujukan bersama.

zakat fitrah 2024

Tempoh Bayaran

WAKTU-WAKTU UNTUK MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”[1] (Riwayat Muslim: 984)

Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.

  1. Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
  2. Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
  3. Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
  4. Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
  5. Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.

Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri 2024

Berikut dikongsikan kadar bagi bayaran zakat fitrah yang diwajibkan bagi umat Islam untuk tahun 2024 mengikut negeri-negeri di Malaysia:

PAHANG

Kadar minimum zakat fitrah yang wajib dibayar oleh setiap rakyat Pahang ialah RM 7.00 dan diwajibkan yang menggunakan beras wangi atau yang seumpama dan setara sebanyak RM14.00 serta RM 21.00 bagi pengguna beras basmati atau seumpama dan setara berdasarkan kelulusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang.

Pihak MUIP juga menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian (internet) melalui capaian ezakat.muip.gov.my dan bayaran QR Code Bank Muamalat Malaysia Berhad.

zakat fitrah 2024

NEGERI SEMBILAN

MAINS telah mengumumkan penetapan 3 kadar zakat fitrah bagi tahun 1445H/2024 berdasarkan kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di Negeri Sembilan pada kadar timbangan satu gantang baghdad bersamaan 2.751 kilogram. Kadar tersebut adalah RM7.00, RM12.50 dan RM22.00.

zakat fitrah 2024

TERENGGANU

Kadar zakat fitrah negeri Terengganu bagi tahun 1445H/2024M dikeluarkan dengan wang tunai sahaja ditetapkan pada dua (2) kadar iaitu tidak kurang RM10.00 bagi setiap seorang. Manakala, bagi mana-mana orang yang memakan beras jenis Basmathi atau yang setara, kadar zakat fitrah adalah RM22.00 bagi setiap seorang.

zakat fitrah 2024

PERAK

KADAR DAN KAEDAH BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 1445H / 2024M NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

  • Beras special tempatan (5%hancur kebawah) dan seumpama dan setara dengannya : RM 8
  • Beras super import beras perang beras wangidan seumpama dan setara dengannya : RM 16
  • Beras basmati, beras pulut dan seumpama dan setara dengannya : RM 24
zakat fitrah 2024

MELAKA

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bersidang pada 19 hingga 21 November 2023 telah berbincang dan bersetuju mengenai Penetapan Kadar Zakat Fitrah di Negeri Melaka Pada Tahun 1445H/ 2024M DIKEKALKAN dengan tiga kadar iaitu RM7.00; RM14.00 dan RM21.00.

KELANTAN

Kadar zakat fitrah negeri Kelantan ditetapkan pada kadar RM7.00 / RM14.00 / RM21.00.

PERLIS

Kadar zakat fitrah negeri Perlis ditetapkan pada kadar RM7.00.

KEDAH

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi tahun 1445H /2024 iaitu harga RM 7.00, RM 14.50 dan RM 22.00.

zakat fitrah 2024

SABAH

Kadar zakat fitrah di Sabah ditetapkan RM7.50 seorang yang perlu dibayar umat Islam menetap di negeri ini sepanjang bulan Ramadan 1445 Hijrah / 2024.

SARAWAK

Sukacita dimaklumkan bahawa kadar Zakat Fitrah yang telah ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak bagi tahun 2024 ialah RM7.50 sahaja untuk seorang.

WILAYAH PERSEKUTUAN

Kadar Zakat Fitrah bagi Ramadan 1445H untuk seluruh Wilayah Persekutuan telah ditetapkan pada kadar RM7, RM15 dan RM22.

JOHOR

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor bagi Tahun 1445 Hijriah/2024 Miladiah.

  • RM 7.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis Super Spesial Tempatan
  • RM 12.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis selain Super Spesial Tempatan (Beras Import)
  • RM 20.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis selain Super Spesial Tempatan (Beras Import) seperti Beras Basmati Import & Super Wangi

PULAU PINANG

Kadar bayaran Zakat Fitrah bagi Pulau Pinang ditetapkan pada tiga kadar iaitu RM7, RM14 dan RM21, mengikut jenis beras yang digunakan.

  • RM7 – Beras Super Special Tempatan 5%, Beras Hancur atau lain-lain yang setara.
  • RM14 – Beras Rebus, Thai White Rice, Beras Putih Import, Beras Perang atau lain-lain yang setara.
  • RM21 – Beras Wangi, Beras Pulut, Beras Basmati, Beras Herba Ponni, Beras Calrose atau lain-lain yang setara.

SELANGOR

Kadar Zakat Fitrah di Negeri Selangor pada bulan Ramadan tahun 2024 bersamaan 1445 Hijrah adalah RM7, RM14 dan RM21 mengikut jenis beras yang dimakan.

Baca juga: Niat Puasa Ramadan – Lafaz Niat Harian / Sebulan (JAKIM)

RUMUSAN:

NegeriKadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2024
PerlisRM7.00
KedahRM7.00 / RM14.50 / RM22.00
Pulau PinangRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
PerakRM8.00 / RM16.00 / RM24.00
SelangorRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Negeri SembilanRM7.00 / RM12.50 / RM22.00
MelakaRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
JohorRM7.00 / RM12.00 / RM20.00
PahangRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
TerengganuRM10.00 / RM22.00
KelantanRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
SarawakRM7.50
SabahRM7.50
WP Kuala LumpurRM7.00 / RM15.00 / RM22.00

Cara Bayaran Zakat Fitrah Online

  1. Negeri Johor
  2. Negeri Kedah
  3. Negeri Melaka
  4. Negeri Kelantan 
  5. Negeri Pahang
  6. Negeri Sembilan
  7. Pulau Pinang
  8. Negeri Perlis 
  9. Negeri Perak
  10. Negeri Sabah
  11. Negeri Sarawak 
  12. Negeri Selangor
  13. Negeri Terengganu
  14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur