Cara Aktifkan Kad Debit CIMB

Penggunaan kad debit CIMB bagi pelanggan CIMB semenangnya memudahkan.

Kad ini bukan sahaja berfungsi untuk pengeluaran wang simpanan di mesin ATM sahaja, tetapi boleh digunakan untuk membuat pembayaran secara fizikal tanpa perlu anda keluarkan wang terlebih dahulu.

Pembayaran menggunakan kad debit ini juga dianggap pembayaran secara cashless.

Walau bagaimanapun, sebelum boleh menggunakannya anda perlulah mengaktifkannya terlebih dahulu sama ada melalui mesin ATM atau portal Cimb Clicks.

Kad debit vs kad kredit

kad debit cimb

Walau bagaimanapun, satu perkara yang harus diketahui adalah dengan kad debit, anda perlulah mempunyai wang dalam akaun anda untuk digunakan dimana setiap pembayaran akan ditolak terus daripada akaun simpanan anda di CIMB.

Ini berbeza dengan kad kredit dimana anda diberikan kredit atau pinjaman wang yang boleh dibayar semula kemudiannya.

Oleh itu, jumlah yang ingin dibayar melalui kad debit tertakluk pada jumlah wang yang ada dalam akaun anda sahaja.

Sekiranya belum mendaftar dan mengaktifkan fungsi CIMB Clicks, sila baca panduan mengaktifkan perkhidmatan online banking CIMB di artikel CIMB Clicks: Cara Daftar dan Login CIMB Online Banking.

Cara pengaktifan melalui mesin ATM

  1. Massukkan kad debit dan PIN
  2. Pilih Menu Perkhidmatan ATM Luar Negara
  3. Ikuti langkah-langkah yang terpampang dalam skrin mesin ATM sehingga selesai

Cara pengaktifan melalui Cimb Clicks

Walau bagaimanapun, lebih mudah sebenarnya sekiranya anda mengaktifkannya melalui perkhidmatan Cimb Clicks sahaja. Langkah-langkahnya adalah:

  1. Layari laman CIMB Clicks di alamat https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Masukkan kata nama dan kata kata kunci
  3. Pada bahagian Settings (Tetapan), pilih Services (Perkhidmatan)
  4. Pilih Overseas Spending & Withdrawal
  5. Klik link pada nombor kad
  6. Tukarkan status Deactivated kepada status Temporary
  7. Pilih tarikh pengaktifan sementara
  8. Klik Request TAC
  9. Klik butang Submit

Untuk langkah keselamatan, pastikan anda sentiasa menyimpan dan mengingati nombor PIN kad anda.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!