Jadual STR 2025: Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1,2,3,4

str jadual bayaran
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kerajaan akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 mulai 24 Mac 2025 secara berperingkat.

Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.3 bilion kepada 8.3 juta penerima yang layak.

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda perlulah tahu jadual STR bagi memudahkan anda melakukan perancangan perbelanjaan anda menggunakan wang bantuan yang dimasukkan ke dalam akaun anda. Pemberian bantuan kewangan ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

str fasa 2 jadual bayaran

TERKINI – STR Fasa 2

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 bagi Fasa 2 adalah pada 24 MAC 2025.

Berikut dikongsikan SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN PEMBAYARAN FASA 2 UNTUK PENERIMA STR 2025 YANG DISALURKAN MULAI 24 MAC 2025.

Kaedah Bayaran STR

Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

TERKINI : Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 tahun 2025 akan dibayar mulai 24 Mac 2025 (Isnin) secara berperingkat, seperti berikut:

Jenis PenerimaTarikh PembayaranKaedah Pembayaran
Mempunyai akaun bankMulai 24 Mac 2025Dikreditkan terus ke dalam akaun bank
Tiada akaun bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)Mulai 24 Mac 2025Pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
str fasa 2 jadual bayaran

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Pembayaran STR Fasa 2 mengikut kategori kelayakan masing-masing seperti berikut:

Kategori PenerimaKadar Bayaran STR Fasa 2
Isi Rumah (≤ RM2,500)RM150 – RM650
Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)RM100 – RM300
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150
Sumber: Kenyataan Rasmi Kementerian Kewangan

Cara Semakan STR Fasa 2

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan
Sumber: Facebook rasmi Malaysia MADANI

Semakan STR Fasa 1 boleh dilakukan atas talian di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Tarikh Jadual STR Bayaran Fasa 1, 2, 3 dan 4

Tarikh jadual STR 2025 bayaran bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : 24 Mac 2025
  • Fasa 3 : Ogos 2025
  • Fasa 4 : November 2025

Maklumat lanjut

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  • Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  • Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
  • Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

SOALAN LAZIM : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2025.pdf

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut