Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)

TERKINI : Bantuan awal persekolahan RM150 diberikan kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023

Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu akan disalurkan mulai Januari 2023.

Beliau mencadangkan perkara itu ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagi mengatasi isu generasi tercicir ekoran pandemik COVID-19, beliau berkata, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM150 kepada semua murid, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.

Katanya, adalah penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan secara umum.

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

Kadar Bantuan

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

a) Murid warganegara Malaysia:

b) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/204; dan

c) Murid bersekolah di :

i. Sekolah Kerajaan (SK)
ii. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
iii. Sekolah Agama
iv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
vi. Sekolah Integriti
v. Sekolah Henry Gurney

Kaedah Penyaluran Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
    1. Tunai; atau
    2. Disalurkan terus ke akaun bank murid

Tarikh Penyaluran BAP 2023

Mulai 12 Januari 2023

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim berkenaan Bantuan Awal Persekolahan 2023 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Disember 2022.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

SOALAN 1

Siapakah murid yang layak menerima BAP 2023?

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

a) Murid warganegara Malaysia:

b) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/204; dan

c) Murid bersekolah di :

i. Sekolah Kerajaan (SK)
ii. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
iii. Sekolah Agama
iv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
vi. Sekolah Integriti
v. Sekolah Henry Gurney

SOALAN 2

Bagaimanakah cara BAP sisalurkan keapda semua murid?

Peruntukan BAP disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun.

SOALAN 3

Bilakah bayaran BAP akan mula diberikan kepada murid?

Peruntukan BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak sekolah dimohon untuk membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh sekolah.

SOALAN 4

Adakah murid yang layak perlu mengisi apa-apa dokumen sebelum menerima BAP?

Murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen.

SOALAN 5

Adakah murid yang baru mendaftar masuk ke sekolah pada sesi persekolahan bulan Mac 2023 layak menerima BAP?

Layak sekiranya memenuhi kriteria-kriteria di Soalan 1.

SOALAN 6

Adakah KPM menyediakan talian hotline khusus untuk memberikan penjelasan berkaitan BAP?

Tiada talian hotline khusus tetapi penjelasan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

Sila rujuk rangkuman terkini Belanjawan 2023 melalui artikel Bajet 2023 : Senarai Bantuan Belanjawan Yang Diumumkan Untuk Rakyat.

Borang Bantuan Awal Persekolahan

Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Selain itu, terdapat sekolah yang akan mengedarkan borang berikut:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)

BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.

NOTA:

Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.

Ibu bapa/ penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB 1 & 2 atau dapatkan di pejabat sekolah.

  • Borang PB1 : ( Borang permohonan)
  • Borang PB2 : ( Pengesahan Pendapatan)

BORANG PB 1

BORANG PB 2

Bagi mengemaskini maklumat anak-anak yang bersekolah secara dalam talian, sila rujuk APDM Ibu Bapa: Cara Kemaskini Maklumat Murid (SPS KPM)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: