Insentif Kerjaya Madani: Peluang Kerjaya dan Cara Permohonan

Insentif Kerjaya Madani merupakan satu insentif di bawah Belanjawan 2023 yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk diberikan kepada majikan.

Inisiatif ini dilakukan melalui PERKESO, sejajar dengan peranannya sebagai Perkhidmatan Pekerjaan Nasional yang merupakan satu inisiatif penambahbaikan Kerajaan dalam membantu kumpulan sasar dari sudut penempatan pekerjaan menerusi:

  1. Program Daya Kerjaya
  2. Program Daya Kerjaya TVET
  3. Program Bina Kerjaya.

Golongan Sasaran Insentif Kerjaya Madani

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata penyediaan insentif melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membabitkan peruntukan RM313 juta itu adalah kesinambungan kepada inisiatif di bawah Belanjawan 2023 yang menumpukan usaha meningkatkan peluang serta penempatan pekerjaan kepada pelbagai kumpulan sasar.

Insentif ini diwujudkan bagi menggalakkan para majikan menawarkan pekerjaan bagi kumpulan sasar yang merangkumi golongan-golongan berikut:

  1. Individu yang telah lama menganggur
  2. Orang asli
  3. Wanita
  4. Orang kurang upaya (OKU)
  5. Miskin tegar
  6. Individu diparol
  7. Bekas banduan

Artikel berkaitan: SKSPS PERKESO: Skim Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri

Insentif Kerjaya Madani
Insentif Kerjaya Madani

i) Program Dana Kerjaya

Insentif kewangan sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan kepada majikan yang mengambil pekerja baharu melaui 1 Januari 2023 dari kalangan individu / belia yang lama menganggur dan golongan mudah terjejas seperti orang asli, wanita, OKU, miskin tegar, individu diparol, bekas banduan dan graduan TVET, ataupun lepasan sekolah yang mengganggur lebih dari 60 hari.

Program ini menyasarkan 58 ribu pengambilan pekerja oleh majikan.

ii) Program Daya Kerjaya TVET

Satu Program Transisi Pekerjaan dikhususukan kepada Perantisan TVET dan Lepasan Sekolah yang menganggur sekurang-kurangan bagi tempoh 60 hari untuk menjalani Program Peningkatan Kemahiran (training) menerusi tanggungan bayaran latihan sehinggan RM4,000 dengan sasaran sebanyak 17,000 permohonan.

iii) Program Bina Kerjaya

Meningkatkan potensi individu bekerja di bawah Sektor Tidak Formal memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian RP pengiktirafan pencapaian terdahuluu atau Recognition of Prior Experiental Learning (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA, BOE, MIA.

Kadar bayaran latihan sehingga RM4,000 dan elaun sebanyak RM300 sebulan untuk 3 bulan

Sasaran bagi program ini sebanyak 30,0000 permohonan.

Baca lagi: Cara Daftar SOCSO / PERKESO Untuk Kerja Sendiri & Majikan

Cara & Tempoh Permohonan Insentif Kerjaya Madani

Permohonan bagi Insentif Kerjaya Madani dibuka bermula 1 Mei 2023 dan ditutup 31 Disember 2023.

 Pemerkasaan pasaran buruh ini turut meliputi Pembangunan Pusat Satelit MYFutureJobs di UTC seluruh Malaysia yang akan dilaksanakan oleh PERKESO secara berperingkat.

Majikan yang menggajikan pekerja baharu dalam kalangan belia atau individu lama menganggur bermula 1 Januari, boleh memohon insentif di bawah Insentif Kerjaya Madani ini.

Apabila dibuka untuk permohonan kelak, permohonan untuk Insentif Kerjaya Madani ini boleh dibuat melalui halaman rasmi PERKESO di alamat https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/​

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!