Advertisements

Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia 2023

Advertisements

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia bagi meningkatkan kadar kelahiran dan mengurangkan masalah kanak-kanak bantut di negara ini.

Ini merupakan berita baik buat kaum wanita dan mereka yang merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga tahun hadapan!

Jom ketahui lebih lanjut tentang inisiatif ini.

Apakah Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia?

Melalui inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada 2023, akan diberi bantuan tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM500.

“Bantuan itu akan diberikan kepada ibu saja,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2022.

cahaya mata keluarga malaysia

TUJUAN

Bantuan ini diberikan dengan tujuan meningkatkan kadar kelahiran.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Selain itu, ia juga disalurkan bagi membantu mengurangkan masalah kanak-kanak bantut di negara ini.

Belanjawan 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Cara permohonan dan penerimaan bantuan CahayaMata Keluarga Malaysia ini akan diumumkan oleh Kerajaan dalam masa terdekat.

Siapakah Penerima BKM 2023?

Bantuan Keluarga Malaysia akan diteruskan lagi bagi tahun 2023, di mana ia akan diberikan kepada penerima sehingga pendapatan RM5000 dan ke bawah.

Dalam pembentangan Bajet 2023, bantuan BKM ditingkat sehingga RM2,500 — bergantung kepada kategori berikut:

  • Warga emas tiada pasangan; RM350-RM600
  • Pendapatan RM2,500-RM5,000; bantuan RM500 – RM1,250 bergantung kepada bilangan anak
  • Pendapatan <RM2,000; bantuan RM1,000-RM2,000 (bilangan anak 1-4 orang)
  • Pendapatan <RM2,500 (anak ≥ 5); bantuan RM2,500
  • Tambahan RM500 kepada ibu / bapa tunggal

Menyambut baik inisiatif ini, rata-rata berita ini menjadi antara bualan ramai di media sosial.

Baca juga:

Untuk mengetahui pelbagai lagi inisiatif dan manfaat yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2023, sila rujuk laman web rasmi Bajet 2023: https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment