Adakah anda sedang mencari idea untuk menghasilkan buku program anda?
Buku program secara ringkasnya adalah sebuah buku ringkas atau pamplet yang memaparkan aturcara majlis secara ringkas dan biasanya diberikan kepada tetamu jemput sesuatu majlis itu.
Buku ini memberi gambaran umum kepada pada jemputan mengenai pengisian sesuatu majlis yang dihadiri serta tentatif atau aturcara majlis.
Elemen penting
Susunan dalam Buku Program mungkin sedikit berbeza mengikut majlis yang dianjurkan.
Namun, berikut merupakan beberapa elemen penting yang boleh dimasukkan ke dalam program anda mengikut kesesuaian:
- Tajuk program
- Maklumat program – Tarikh, masa, lokasi
- Kata-kata aluan
- Pengenalan program
- Objektif program
- Aturcara majlis
- Senarai aktiviti
- Senarai peserta
- Senarai ahli jawatankuasa atau anggota pelaksana program
- … dan lain-lain maklumat yang dirasakan sesuai
Artikel berkaitan: Resensi Buku: Contoh & Cara Membuat Ulasan Buku
Idea & Contoh Buku Program
Berikut merupakan beberapa contoh yang boleh anda jadikan panduan ketika menghasilkan buku program anda.
Program Hari Guru
Antara elemen tambahan yang dimasukkan adalah lagu tema Hari Guru dan Objektif Sambutan Hari Guru.
Senarai ahli jawatankuasa majlis juga dimuatkan sebagai menghargai jasa AJK yang bertungkus lumut menjayakan majlis ini.
Program Kem Bestari Solat
Antara elemen menarik dalam buku program ini adalah penggunaan jadual untuk aturcara program yang disertai murid-murid dari pelbagai tahap/darjah yang berbeza.
Senarai ahli Organisasi Pelaksana program juga dimuatkan sebagai menghargai jasa AJK yang bertungkus lumut menjayakan majlis ini.
Program Motivasi
Senarai ahli jawatankuasa majlis juga dimuatkan sebagai menghargai jasa AJK yang bertungkus lumut menjayakan majlis ini.
MINGGU SOLIDARITI PALESTIN
Buku Program : https://online.anyflip.com/fcybq/mqcw/mobile/index.html…
Tidak pandai design? Dapatkan servis design buku anda serendah RM35 sahaja.
Template
Berikut merupakan beberapa template Buku Program yang anda boleh muat turun dan sunting dengan memasukkan isi kandungan anda sendiri.
CONTOH 1
MUAT TURUN IMEJ JPG:
CONTOH 2
MUAT TURUN IMEJ JPG
Sumber : Facebook Nur Byh
CONTOH 3
Contoh template dalam fail Powerpoint oleh Kima Mohd Noor : http://online.anyflip.com/ndbrc/hdje/mobile/
CONTOH-CONTOH TEMPLATE LAIN:
Fail-fail ini boleh dimuat turun dan bebas untuk kegunaan persendirian sahaja.
Diharapkan dengan perkongsian ini setiap guru atau penganjur apa jua majlis sekali pun mendapat manfaat dan idea untuk menghasilkan buku program anda sendiri dengan mudah dan berkesan.