Home Schooling : Syarat Kelayakan & Prosedur Permohonan

home schooling
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Persekolahan di rumah (Home Schooling) bukan pilihan kepada pendidikan wajib, tetapi boleh dipertimbangkan melalui pengecualian khas tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai persekolahan ini.

Maksud Home Schooling

Home Schooling merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh ibu bapa/ pihak penjaga.

Namun demikian, ia hanyalah satu keistimewaan dan bukannya hak kepada kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak diutamakan mengikuti sesi persekolahan seperti biasa kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah membolehkan mereka berinteraksi di antara satu sama lain.

Pelaksanaan home schooling mestilah mematuhi Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002: Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002 (Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003) dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2005: Garis Panduan Memproses Permohonan Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah bertarikh 31 Mei 2005.

Tujuan Kebenaran Home Schooling

Tujuan utama persekolahan ini dibenarkan oleh KPM adalah untuk:

  • Memberi peluang kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan yang kronik dan memerlukan penjagaan yang rapi oleh ibu bapa/ penjaga untuk mendapat pendidikan formal di rumah.
  • Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan wajib seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
  • Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak sepanjang tempoh pendidikan wajib.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon kebenaran persekolahan ini adalah seperti berikut:

  1. Masalah kesihatan yang kronik yang disahkan oleh pakar perubatan.
  2. Perlu jagaan rapi ibu bapa/penjaga.
  3. Dilaksanakan di rumah sahaja.
  4. Kelas luar tidak dikira waktu belajar.
  5. Tidak boleh dijalankan secara kumpulan kecuali bagi adik beradik kanak-kanak tersebut.
  6. Mematuhi tahap minima Kurikulum Kebangsaan (mata pelajaran teras).
  7. Pemantauan atau penilaian berkala oleh PPD/JPN.
  8. Boleh didaftarkan untuk menduduki peperiksaan awam.

Mitos / Fakta

MitosFakta
Home Schooling boleh menggantikan sekolah
biasa.
Tidak. Perlu mematuhi syarat pengecualian daripada mengikuti pendidikan wailb.
Semua ibu bapa boleh memilih Home Schooling.Tidak. Perlu mematuhi syarat pengecualian daripada mengikuti pendidikan waiib.
Murid Home Schooling tidak periu ikut kurikulum.Murid perlu memenuhi tahap minimum Kurikulum Kebangsaan.
Murid Home Schooling tidak perlu menduduki peperiksaan.Boleh didaftarkan untuk menduduki peperiksaan
awam.

Prosedur Permohonan

Ibu bapa mestilah perlu mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

  1. Hantar permohonan ke JPN.
  2. KPM akan membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan case to case basis.
  3. Keputusan oleh YB Menteri Pendidikan.
    – Lulus » boleh menjalani home schooling.
    – Tidak lulus » kekal di sekolah.
  4. Pemantauan dan penyeliaan berkala oleh PPD/JPN bagi kanak-kanak yang lulus home schooling.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan home schooling?

Persekolahan ini ialah satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh ibu bapa/ pihak penjaga.

Adakah ibu bapa boleh memilih untuk melaksanakan home schooling?

Tidak. Ibu bapa perlu mematuhi syarat pengecualian daripada mengikuti pendidikan waiib.

Adakah persekolahan tersebut perlu memenuhi Kurikulum Kebangsaan?

Ya. Murid mesti memenuhi tahap minimum Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan.

Adakah terdapat pemantauan daripada pihak PPD atau JPN untuk persekolahan ini?

Ya. Pemantauan atau penilaian berkala akan dilakukan oleh pihak PPD/JPN.

Adakah murid yang mengikuti persekolahan ini tidak perlu menduduki peperiksaan awam?

Tidak. Murid mestilah didaftarkan untuk menduduki peperiksaan awam.

Bagaimanakah cara untuk memohon pesekolahan ini?

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar permohonan ke JPN.

Siapakah yang akan membuat keputusan bagi persekolahan ini?

YB Menteri Pendidikan akan membuat keputusan berdasarkan case to case basis.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai persekolahan ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/home-schooling.

Baca juga: Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut