Hibah Amanah ASB ialah perkhidmatan pengurusan harta daripada ASNB yang menggabungkan konsep hibah (pemberian hadiah) dan amanah (trust) berdasarkan prinsip syariah.
Dengan adanya Hibah Amanah ASB, ibubapa tidak perlu lagi risau mengenai isu faraid seperti yang sedang hangat diperkatakan mengenai isu “SSPN anak kena faraid”.
Hibah Amanah ASB menawarkan penyelesaian yang lebih terancang dan memberikan kepastian kepada penerima yang telah ditetapkan.
Rujuk info penuh mengenai cara mohon Hibah Amanah ASB, syarat permohonan dan kelebihannya.
Ringkasan Hibah Amanah ASB
- Hibah Amanah ASB ialah perkhidmatan ASNB berasaskan syariah (hibah + amanah) untuk pemberi unit hibah kepada penerima (sehingga 10 orang) semasa hidup, berkuat kuasa selepas kematian.
- Syarat: Warganegara Malaysia Islam 18+ tahun, minimum 1,000 unit bebas cagar per tabung ASNB.
- Cara Daftar Online: Pra-daftar di www.myasnb.com.my → Isi Surat Ikatan Hibah Amanah → Bayar yuran RM180 (pendaftaran) + tahunan RM10 → Sahkan di mana-mana cawangan ASNB.
- Tuntutan: Selepas pemberi meninggal, penerima bawa sijil kematian + IC ke ASNB → Dapat unit/wang dalam 21 hari tanpa probate/SKM. (Jika penerima mati dulu, harta kembali pemberi).
- Kelebihan: Pilih penerima & % mutlak, elak pertikaian pusaka, kos rendah, elak faraid & tuntutan cepat 21 hari.

Apa itu Hibah Amanah ASB?
Hibah Amanah ASB merupakan satu perkhidmatan perancangan harta yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) khusus untuk pemegang unit Bumiputera.
Melalui kemudahan ini, pemegang unit Amanah Saham Bumiputera boleh menamakan penerima (benefisiari) untuk menerima unit pelaburan mereka.
Pemberian ini dibuat semasa hidup, tetapi pemindahan hak milik hanya berlaku selepas kematian pemberi hibah.
Secara ringkasnya, Hibah Amanah ASB ialah cara mudah dan patuh syariah untuk memastikan simpanan ASB diberikan terus kepada individu yang kita pilih, tanpa melalui proses pembahagian harta pusaka.
NOTA:
- Hibah Amanah – Untuk yang beragam Islam.
- Pengistiharan Amanah (Trust Declaration) – Untuk yang bukan beragama Islam



Hibah Ruqba
Perkhidmatan Hibah Amanah ASNB menggunapakai pendekatan Hibah Ruqba yang diperhalusi mengikut prinsip Syariah dan memenuhi keperluan pemegang unit amanah ASNB sekiranya penerima meninggal dahulu daripada pemberi hibah.
Apa Itu Hibah Ruqba?
- Pemberian selepas kematian salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah satu pihak yang hidup.
- Harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia.
- Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.

Syarat Kelayakan
Pemberi
- Pemberi Hibah Pemegang Unit warganegara Malaysia beragama Islam berumur 18 tahun ke atas.
- Mempunyai baki unit pelaburan minimum 1,000 unit (tidak termasuk unit bercagar/ pinjaman / Skim Pelaburan Ahli KWSP).
- 1,000 unit perlu dikekalkan sepanjang tempoh Hibah Amanah bagi semua tabung unit amanah yang terlibat.
Penerima
- Individu
- Terhad kepada 10 orang sahaja.
- Penjaga yang sah perlu dilantik jika Penerima berumur di bawah 18 tahun.
Terma & Syarat Umum
- Dihibahkan kesemua (100%) unit milik penuh kecuali unit bercagar kepada semua Penerima Hibah yang disenaraikan
- Unit yang bercagar adalah tertakluk kepada perjanjian antara Pemberi Hibah dengan Institusi Pemberi Pinjaman.
- Pembatalan hibah hanya boleh dilakukan jika ianya melibatkan pemberian kepada anak dan cucu kandung. Pembatalan pemberian hibah kepada selain dari anak dan cucu kandung, boleh dilakukan atas persetujuan Penerima Hibah dengan menyerahkan Surat Akaun Penyerahan Semula Harta Hibah.
- ASNB berhak menarik balik perjanjian Hibah Amanah sekiranya Pemberi Hibah didapati tidak melengkapkan dokumen pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan, melanggar terma dan syarat Hibah Amanah yang dipersetujui atau hilang kelayakan sebagai Pemegang Unit ASNB.

Cara Mohon/ Pra-Daftar Hibah Amanah ASB
Permohonan atau pendaftaran Hibah Amanah ASB boleh dilakukan melalui:
- Portal myASNB (Pra Daftar)
- Cawangan ASNB dan Maybank seluruh negara.

Rujuk cara-caranya di bawah.
1. Pra Daftar Hibah Amanah ASB Melalui Portal myASNB
- Pra-daftar online di portal myASNB: https://www.myasnb.com.my/
- Lengkapkan semua dokumen diperlukan.
- Serah permohonan lengkap ke cawangan ASNB berdekatan.

2. Pendaftaran Hibah Amanah ASB Melalui Cawangan ASNB dan Maybank seluruh negara
- Cetak dari laman sesawang ASNB:
- Lengkapkan kedua-dua dokumen.
- Serahkan kedua-dua dokumen lengkap berserta dokumen sokongan yang disahkan kepada cawangan ASNB dan Maybank berdekatan.

Dokumen Diperlukan
Berikut ialah senarai dokumen diperlukan untuk Hibah Amanah ASB mengikut kategori (permohonan, pembatana, pindaan penerima hibah, penukaran butir peribadi, tuntuan hadiah):

Konsep Hibah Amanah ASB
- Pemberi Hibah melaksanakan “akad hibah” (pemberian dan penerimaan harta dengan penerima dengan kehadiran dua saksi).
- Pemberi & Penerima Hibah bersetuju melantik ASNB sebagai Pemegang Amanah bagi mentadbir harta selepas kematian.
- ASNB akan mengagihkan harta hibah kepada Penerima seperti yang telah termeterai dalam surat ikatan Hibah Amanah.

NOTA: Tertakluk kepada tabung unit amanah ASNB yang terbuka untuk pendaftaran Hibah Amanah.
Kelebihan Hibah Amanah
- Pemberi menentukan Penerima dan peratus pembahagian pelaburan.
- Penerima adalah penerima mutlak.
- Yuran perkhidmatan yang kompetitif.
- Tidak perlu Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet.
- Pemberi masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terhadap pelaburan tersebut semasa hidup.

Kalau ASB Tak Buat Hibah, Apa Jadi?
- Waris perlu mengambil masa untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka/Geran Probet untuk membuat tuntutan
- Pengagihan dan penerima harta pusaka tertakluk di bawah Akta Pembahagian 1958 / persetujuan daripada waris yang telah dinyatakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir / Geran Probet.
- Waris perlu melakukan semua proses pentadbiran harta pusaka sendiri dan menanggung semua kos yang terlibat.
Yuran Perkhidmatan Hibah Amanah ASB
Rujuk jadual di bawah:
| JENIS YURAN | KADAR |
|---|---|
| Yuran Pendaftaran Kali Pertama | RM180 |
| Yuran Pendaftaran Selanjutnya | RM90 |
| Yuran Pembatalan | RM70 |
| Yuran Pindaan Penerima Hibah / Penjaga Sah / Penambahan atau Pengguguran Tabung | RM20 |
| Yuran Pentadbiran | RM10 Setiap Tahun |
| RM25,000 yang pertama | 1.50% |
| RM225,000 yang berikutnya | 1.00% |
| RM250,000 yang berikutnya | 0.50% |
| RM500,000 yang berikutnya | 0.25% |
| Baki Selebihnya | 0.10% |
PENGIRAAN YURAN TUNTUTAN
Contoh:
Baki Pelaburan RM200,000
| RM25,000 pertama | 1.50% = RM375 |
| RM175,000 yang berikutnya | 1.00% = RM1,750 |
| Jumlah Yuran | = RM2,125 |
| (Yuran akan ditolak daripada baki pelaburan berdasarkan kadar semasa apabila agihan dibayar kepada penerima Hibah). | |
Cara Tuntutan
- Tuntutan 1. Dapatkan borang PH6 dari cawangan ASNB 2. Lengkapkan Borang PH6 3. Serahkan dokumen yang telah dilengkapkan berserta dokumen sokongan kepada cawangan ASNB berdekatan. Nota: Bayaran akan dibuat secara pindahan unit ke tabung unit amanah ASNB Penerima yang sama dengan Pemberi. Bayaran secara pindahan ke akaun bank akan dibuat sekiranya penerima tidak layak mendaftar tabung unit ASNB
Perbandingan Hibah vs Wasiat
Hibah Amanah ASB dan wasiat adalah dua cara berbeza untuk merancang harta mengikut syariah, dengan proses tuntutan yang berbeza.
| Proses | Hibah Amanah ASB | Wasiat | Pusaka Faraid |
|---|---|---|---|
| Langkah Utama | Surat Ikatan Hibah Amanah → ASNB sahkan → Penerima tuntut (21 hari) | Kos peguam & pembacaan wasiat → Geran Probate → Pembahagian | Waris mengenakan → Mahkamah Syariah → Mentadbir harta |
| Masa Selesai | 21 hari tanpa probate | 18 bulan | 3 tahun |

Muat Turun Borang
Klik pautan di bawah untuk muat turun borang yang diperlukan bagi urusan Hibah Amanah ASB:
- Borang Permohonan
- Borang Penambahan Penerima
- Panduan Pengisian Borang
- Surat Kuasa Wakil Hibah Amanah
- Panduan Pengisian Surat Kuasa Wakil
- Borang Tuntutan PH6
- Panduan Pengisian Borang PH6
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Hibah Amanah ASB, sila rujuk:
- Portal rasmi ASNB – Hibah Amanah
- PUSAT KHIDMAT PELANGGAN ASNB
- Tel: 03 – 7730 8899
- WhatsApp: 6019 – 2235747
- Emel: [email protected]
- Senarai Cawangan ASNB seluruh Malaysia
Soalan Lazim Hibah Amanah ASB
Hibah Amanah adalah gabungan konsep Hibah dan Amanah. Ia adalah pemberian baki pelaburan tabung unit amanah ASNB (Harta Hibah) oleh pemegang unit (Pemberi Hibah) atas dasar kasih sayang pada masa hayat Pemberi Hibah berdasarkan terma dan syarat di dalam Surat Ikatan Hibah Amanah. Tuntutan pembayaran Harta Hibah kepada Penerima Hibah dilakukan selepas kematian Pemberi Hibah.
– Pemegang unit tabung unit amanah ASNB
– Warganegara Malaysia
– Berumur 18 tahun dan ke atas
– Beragama Islam
– Tidak Bankrap/ Muflis
– Waras
– Hibah Amanah terbatal secara automatik
– Pembekuan tabung unit amanah Pemberi Hibah akan dilaksanakan
– Hak-hak Pemberi Hibah akan ditentukan berdasarkan kepada undang-undang Kebankrapan, mengikut arahan Jabatan Insolvensi Malaysia dan sebagainya
– Terhad kepada 10 orang bagi setiap Surat Ikatan Amanah
– Tidak bankrap
– Penerima Harta digalakkan menjadi pemegang unit berdaftar ASNB, jika layak
– Warganegara dan bukan warganegara
– Waras
– Semua agama dan kepercayaan
Boleh. Pemberi Hibah perlu melantik Penjaga Sah bagi Penerima Hibah yang berumur 18 tahun ke bawah atau kurang upaya mental. Penjaga sah mestilah dari kalangan:
– ibu atau bapa
– datuk atau nenek
– abang atau kakak
– penjaga berdaftar yang dibenarkan oleh ASNB
Permohonan boleh dibuat di seluruh cawangan ASNB dan ejen yang mengambil bahagian (bagi pendaftaran pertama sahaja)
Lengkapkan dokumen berikut dan jelaskan pembayaran yuran pendaftaran:
– Borang Permohonan (PH1A)
– Satu salinan asal Surat Kuasa Wakil
Ya, Ijab dan Qabul (sighah) adalah wajib. Maka perlu ada persetujuan pemberian dan penerimaan oleh kedua-dua pihak dan kedua-dua pihak mestilah menandatangani dokumen yang berkenaan.
Salah satu syarat sah Hibah Amanah adalah terdapatnya barang atau harta yang dihibahkan. Oleh yang demikian, baki minimum sebanyak 1,000 unit bagi setiap tabung unit amanah yang dihibahkan adalah perlu bagi memastikan wujudnya Harta Hibah Amanah dalam bentuk unit amanah di dalam tabung unit amanah bagi tujuan pembahagian apabila berlakunya kematian Pemberi Hibah Amanah.
Setiap tabung unit amanah mestilah dihibahkan kesemua unit (100%) kepada Penerima-penerima Hibah Amanah yang disenaraikan.
Yuran Pentadbiran untuk Hibah Amanah adalah yuran yang dikenakan secara tahunan untuk urusan mentadbir dan menyimpan data dan dokumen Hibah Amanah. Yuran ini dikecualikan untuk tahun pertama pendaftaran mengikut budi bicara ASNB.
Yuran pentadbiran tahunan adalah sebanyak RM10.
– Sekiranya Pemberi Hibah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Penerima Hibah, maka Harta Hibah akan dibahagikan mengikut pembahagian yang ditetapkan di dalam Surat Ikatan Hibah Amanah dan ianya adalah menjadi hak mutlak Penerima Hibah.
– Sebaliknya, sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Pemberi Hibah, maka Harta Hibah tersebut akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah.Jika Pemberi Hibah dan Penerima Hibah meninggal dunia serentak Harta Hibah akan dibayar mengikut tatacara semasa harta pusaka ASNB.
Soalan Lazim Pra Pendaftaran Hibah Amanah Secara Dalam Talian di Portal myASNB


Rujuk lebih banyak soalan lazim mengenai Hibah Amanah ASB di: https://www.asnb.com.my/hibahamanah_SOALANLAZIM.php




