GKP Permai: Kemaskini Status Gagal Kredit & Tarikh Bayaran

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) boleh membuat semakan dan kemaskini akaun bagi yang berstatus gagal kredit.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, semakan boleh dibuat melalui Portal GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

Dalam kenyataan itu, penerima GKP yang berstatus gagal kredit pula mereka perlu mengemas kini maklumat akaun bank dengan segera bagi membolehkan urusan pembayaran semula dilakukan.

Berikut dikongsikan info sepenuhnya.

Apakah GKP Permai?

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

gkp permai gagal kredit

Baca juga: Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40: RM300 Peranti, RM180 Data

Apakah Maksud Gagal Kredit?

Gagal Kredit bermaksud jumlah wang tersebut gagal dimasukkan ke dalam akaun kerana kesilapan nombor akaun atau akaun tidak wujud (dorman dan sebagainya).

Maka, sila pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

gkp permai gagal kredit

Tarikh Kemaskini GKP Permai Yang Berstatus Gagal Kredit

Urusan pengemaskinian maklumat akaun bank ini boleh dibuat mulai 5 hingga 19 Mei 2021.

GKP Permai Gagal Kredit: Cara Kemaskini Maklumat Akaun

Menurutnya, penerima juga digalakkan membuka akaun bank baharu (Akaun Bank Simpanan peribadi penerima GKP) dan mengemas kini di portal GKP menggunakan nombor akaun baharu berkenaan bagi mengelak masalah gagal kredit berulang.

Untuk membuat kemaskini maklumat, sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Sila Log Masuk seperti biasa
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Tekan kotak Semak
  5. Selepas berjaya login, maklumat berikut akan dipaparkan:
    • Nama
    • Nombor MyKad
    • Status Permohonan
  6. Klik butang Kemaskini dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif.
  7. Tekan butang Simpan untuk menghantar maklumat tersebut.

*Nota: Sila masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran semula GKP Tambahan Permai ke akaun bank yang dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!