Jadual Bayaran Elaun MARA 2022 & Kadar Kenaikan Baharu

KERAJAAN LULUS KENAIKAN KADAR ELAUN SARA HIDUP PELAJAR TAJAAN MARA MULAI BULAN INI

Rintihan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal berakhir apabila kerajaan meluluskan kenaikan kadar elaun sara hidup mereka mulai bulan ini.

Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam Program Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia bersama 3,000 pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA), Universiti Awam dan Institut Pendidikan Swasta di German-Malaysian Institute, di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kenaikan elaun sara hidup itu membabitkan sejumlah 62,998 pelajar tajaan MARA dalam dan luar negara.

“Kadar Elaun Sara Hidup pelajar sedia ada dan baharu bagi yang mengikuti pengajian dalam negara akan diseragamkan kepada satu kadar sahaja mengikut peringkat pengajian.

Dalam ucapannya juga Ismail Sabri berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk peningkatan kos sara hidup serta kekangan kewangan ibu bapa pelajar khususnya kumpulan B40.

“Saya harapkan seluruh pelajar Keluarga Malaysia sama ada di dalam dan di luar negara dapat merancang dan menguruskan elaun sara hidup yang disalurkan itu dengan sebaik mungkin agar aspek pembelajaran di institusi masing-masing berjalan lancar,” katanya.

Turut hadir, YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad,
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, YBhg. Dato’ Ramlan Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), YBhg. Dato’ Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan YB Senator Dato’ Wira Othman Aziz, Pengerusi MARA Corporation Sdn. Bhd.

Berikut dikongsikan kadar baharu elaun sara hidup MARA 2022.

Kadar Baharu Elaun Sara Hidup Pelajar MARA 2022 (Mulai september 2022)

Kadar Elaun Sara Hidup pelajar sedia ada dan baharu bagi yang mengikuti pengajian luar di semua negara diseragamkan kepada dua kadar sahaja iaitu kadar A dan B.

Ia juga merupakan inisiatif kerajaan dan MARA dalam meringankan beban pelajar Keluarga Malaysia dalam mendepani isu kos sara hidup dan inflasi.

Untuk bidang pengajian bermula peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah akan dinaikkan kepada satu kadar sahaja iaitu pada kadar minima RM650 sebulan sehingga maksima RM950 sebulan.

elaun mara

Kadar ini dinaikkan kepada kadar minima RM1,380 sebulan sehingga maksima RM7,600 sebulan bermula dari peringkat pengajian Sarjana Muda sehinggalah peringkat Doktor Falsafah.

Manakala pelajar luar negara pula diseragamkan kepada Kadar A dan B sahaja termasuk Amerika Syarikat yang mana Kadar C dimansuhkan.

elaun mara

Sebelum ini kadar elaun sara hidup pelajar luar negara adalah antara RM1,200 hingga RM5,712 sebulan.

Untuk rekod, kadar elaun sara hidup pelajar dalam negara sebelum ini adalah berdasarkan Kadar A bagi kawasan bandar besar dan Kadar B bagi kawasan luar bandar iaitu minima RM535 hingga maksima RM885 sebulan dari peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah.

Tarikh Bayaran Elaun MARA

Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya.

Untuk pertanyaan, sila rujuk ke MARA Sponsorship Division.

Semakan & Kadar Bayaran

Semakan online: https://apps.mara.gov.my/ebakiv2

Soalan Lazim

Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 14hb (contoh), tapi sekarang sudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya.

Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya.

Saya sudah menerima elaun pertama saya, tapi ia hanya elaun untuk 6 bulan sahaja. Bilakah saya akan terima elaun bulan yang selebihnya?

Elaun pertama dijana memang ditetapkan pada kadar 6 bulan pertama tempoh tajaan. Elaun selebihnya sehingga tempoh semasa akan dijana pada hujung bulan berikutnya.

Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup (DLES) dan yuran (DLYD), tetapi kenapa di akaun bank cuma ada bayaran elaun sara hidup.

Pembayaran elaun sara hidup (DLES) adalah terus kepada akaun bank pelajar manakala bermula 1 September 2016 pembayaran yuran (DLYD) pelajar tajaan MARA di IPMa dan IPTS adalah terus kepada institusi pengajian masingmasing.

Saya menerima amaun yuran (DLYD) di akaun bank saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Bermula 1 September 2016, pembayaran yuran (DLYD) adalah terus kepada akaun bank bagi kumpulan pelajar tajaan MARA di IPTA, Sarjana, Doktor Falsafah dan Professional ACCA. Adalah menjadi tanggung jawab setiap pelajar
membuat pembayaran yuran kepada institusi pengajian masing-masing.

Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama saya RM4,200 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,600 (kurang RM600)?

Amaun potongan RM600 adalah potongan untuk bayaran balik Pinjaman Pendahuluan MARA yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100 sebulan.
Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan, maka potongan pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan).
Potongan RM100 akan terus berjalan sehingga habis baki Pinjaman Pendahuluan MARA.

Tajaan MARA saya lambat diluluskan oleh itu saya telah membuat pembayaran yuran semester terdahulu menggunakan wang simpanan KWSP ibubapa
saya. Bagaimana saya boleh menuntut semula yuran berkenaan kerana ia juga dalam tempoh tajaan MARA?

Tuntutan pembayaran yuran boleh dibuat dengan menghantar surat tuntutan dan resit asal pembayaran kepada alamat di bawah:-

Pengarah Penganjuran Pelajaran MARA
Unit Bayaran (u/p Puan Fairussalmi binti Abd Ghafar)
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
Emel: [email protected]

Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
No. 21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
(u/p: Unit Pengurusan Bakat)
Pengajian Dalam Negara: Unit Pengurusan Bakat Dalam Negara;
[email protected]
Pengajian Luar Negara: Unit Pengurusan Luar Negara; [email protected]

Baca juga: SKIPMA : Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (MARA)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!