Advertisements

SKIPMA : Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (MARA)

Advertisements

MARA menawarkan Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) kepada semua pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bagi tujuan kemudahan sepanjang pengajian.

Permohonan dibuka pada 10 Ogos 2022 hingga 23 Ogos 2022 secara atas talian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

Apakah SKIPMA?

Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) diwujudkan bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengn perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Pelajar tajaan MARA dibawah institusi pendidikan MARA (IPMa) seperti dibawah yang layak memohon:

  • Kolej MARA (KM);
  • Institut Kemahiran MARA (IKM);
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM);
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII);
  • Kolej Profesional MARA (KPM);
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL);
  • Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM);
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM); Dan
  • German Malaysian Institute (GMI).
skipma ogos 2022

Syarat Kelayakan

Pelajar IPMA yang mengikuti program secara pengajian sepenuh masa di peringkat Persediaan / Prauniversiti, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda).

Syarat Kelayakan lanjut seperti berikut:

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  1. Pelajar berstatus Bumiputera.
  2. Ibu atau bapa berstatus Bumiputera.
  3. Pelajar yang ditawarkan mengikuti pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat seperti berikut:
    • Persediaan / Pra-Universiti (Umur tidak melebihi 20 tahun)
    • Sijil (Umur tidak melebihi 35 tahun)
    • Diploma (Umur tidak melebihi 35 tahun)
    • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda) (Umur tidak melebihi 45 tahun)
  4. Pelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif) yang mempunyai baki pengajian tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh permohonan dibuat.
  5. Pelajar layak memohon satu (1) kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.
  6. Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/ pihak lain.

Jumlah Pinjaman

Amaun maksimum adalah sebanyak RM3,000.00 (ringgit malaysia: tiga ribu sahaja).

Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.

Baca juga:

Cara Permohonan SKIPMA 2022

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui pautan aplikasi.mara.gov.my/skip.

Permohonan juga boleh dibuat melalui wakil IPMA masing-masing bermula 10 Ogos 2022.

Advertisements

Maklumat Lanjut

Sebarang kemusykilan emel ke [email protected].

ATAU rujuk info selanjutnya berikut :

Maklumat lanjut layari http://aplikasi.mara.gov.my/skip
Follow Telegram MARA di >> https://t.me/majlisamanahrakyat
Follow Tiktok MARA di >> https://www.tiktok.com/@majlisamanahrakyat

Sebarang kemusykilan emel ke [email protected].

Leave a Comment