e-RPH: Kelebihan & Cara Akses Dalam DELIMa

e-rph
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi guru yang mengajar di sekolah, perancangan pengajaran bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kini boleh dilakukan secara online menerusi Rancangan Pengajaran Harian Secara Dalam Talian atau e-RPH.

Pengenalan secara dalam talian ini akan memudahkan para guru untuk merancang PdP mereka tanpa perlu bergantung kepada buku atau fail.

Mengenai e-RPH

e-RPH merupakan dokumen pengajaran yang disediakan oleh guru bagi setiap sesi PdP yang dijalankan di sekolah.

Ianya merupakan dokumen penting bagi setiap pendidik di mana ia membantu merancang dan mengarahkan proses PdP dalam kelas sebelum sesi pembelajaran bermula.

Kini, dokumen ini boleh dilakukan secara atas talian melalui portal Digital Educational Learning Initiative (DELIMa).

Kelebihan e-RPH

Antara kelebihan dokumen ini di dalam DELIMa adalah:

  • Tidak perlu cetak, tulis buku atau simpan dalam fail: Ini akan menggantikan buku fizikal, memudahkan guru menyimpan, mengemaskini dan merujuk semula pada bila-bila masa.
  • Menjimatkan masa guru merancang PdP: Format yang sedia ada lengkap dengan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran membolehkan guru merancang dengan lebih cepat dan sistematik.
  • Akses fleksibel di mana-mana, pada bila-bila masa : Guru boleh menyediakan dan menyemak menggunakan peranti seperti laptop atau telefon di mana-mana sahaja.
  • Menyokong PdP abad ke-21 yang interaktif : Ia memudahkan guru merancang aktiviti pembelajaran digital, projek kolaboratif dan pembelajaran berasaskan teknologi.
  • Meningkatkan kolaborasi profesional : Guru boleh berkongsi secara digital, membina bank bahan pengajaran bersama rakan sejawat, malah menerima maklum balas terus dalam sistem.
  • Memudahkan pemantauan pentadbir secara real-time : Guru tidak perlu lagi menyerahkan buku RPH secara fizikal sebaliknya pentadbir kini boleh menyemak, memberi ulasan dan menilai keselarasan PdP terus dalam sistem.
  • Pentadbir akan lebih fasih digital : Untuk semakan dan pemantauan, pentadbir perlu menunjukkan teladan dalam penguasaan teknologi.
  • Simpanan data yang lebih selamat dan teratur : Tiada lagi isu kehilangan atau kerosakan fail – semuanya tersimpan di cloud dan boleh diakses semula dengan mudah.
  • Menyokong amalan hijau dan mengurangkan pembaziran : Dengan digitalisasi ini, penggunaan kertas dikurangkan secara drastik.
  • Selaras dengan agenda dasar pendidikan digital negara : Ia adalah sebahagian daripada usaha membina ekosistem pendidikan digital yang holistik, efisien dan mampan.

Cara Buat & Akses Dalam DELIMa

Untuk membuatnya di dalam DELMa, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun DELIMa di pautan https://delima.moe-dl.edu.my.
  2. Klik menu ‘e-RPH.’
  3. Kemudian, klik ‘My RPH.’
  4. Pilih nama guru dan buat RPH.

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan guru tidak perlu mencetak e-RPH setiap minggu.

Sebelum itu, KPM mewajibkan para guru untuk mencetak dokumen tersebut setiap minggu sehingga menimbulkan kritikan oleh pelbagai pihak.

Walau bagaimanapun, guru mesti bersedia untuk mengemukakan RPH sekiranya diperlukan.

Arahan terbaharu tersebut menunjukkan KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik amalan dalam pengajaran dan pembelajaran dan pada waktu sama memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai e-RPH, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my.

Baca juga: Fasa Kemaskini UPUOnline Sesi Akademik 2025 / 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: