Sempena ketibaan tahun baru Islam 1447H / 2025, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dengan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun.
Hari ini, terakhir sebelum tahun 1446H berakhir kali ini bukan saja kita akan meraikan Tahun Baharu Islam, tapi umat Islam juga memasuki awal bulan Muharam.
Jadi jangan lupa untuk sama-sama memperbanyakkan amal ibadah.
Semoga kehidupan kita sepanjang tahun ini dan tahun mendatang akan dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah.
Doa Akhir Tahun 1447H / 2025
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَاهُ مِنْ عَمَلٍ فِي السَّنَةِ الْمَاضِيَةِ وَلَمْ تَرْضَهُ، وَنَسِينَاهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَنَّا مَعَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِنَا، وَدَعَوْتَنَا إِلَى التَّوْبَةِ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَيْكَ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ مِنْهُ فَاغْفِرْ لَنَا. اللَّهُمَّ وَمَا عَمِلْنَا مِنْ عَمَلٍ تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ وَالْمَغْفِرَةَ فَتَقَبَّلْهُ مِنَّا، وَلَا تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيمُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Maksudnya:
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Nabi dan Rasul, dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.
Ya Allah, jika ada apa-apa yang telah kami lakukan pada tahun ini, apa yang Engkau tegah, tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak melupakannya, dan Engkau berlembut ke atas kami dengan kasih sayang-Mu, padahal Engkau berkuasa untuk menghukum kami, dan Engkau memberi peluang kepada kami untuk bertaubat selepas kami dengan beraninya melakukan maksiat kepada-Mu.
Oleh yang demikian, Ya Allah, kami memohon keampunan-Mu maka ampunilah kami.
Ya Allah, jika ada apa-apa yang telah kami lakukan pada tahun ini, apa yang Engkau redha dan Engkau janjikan pahala dan keampunan padanya, maka Engkau terimalah amalan kami, dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Doa Awal Tahun 1447H / 2025
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيمُ الْأَوَّلُ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيمِ وَكَرَمِ جُودِكَ الْمَعْهُودِ، وَقَدْ أَقْبَلَ عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ، نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالِاشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَىٰ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Maksudnya :
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Nabi dan Rasul, dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Kekal Abadi, yang Qadim lagi Awal, tiada permulaan, dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang sejati, telah tiba tahun yang baharu ini kepada kami. Maka kami memohon kepada-Mu pemeliharaan daripada syaitan dan tentera-tenteranya, dan kami memohon pertolongan menghadapi nafsu ammarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan kami memohon pertolongan untuk sentiasa melakukan apa-apa amalan yang dapat menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor via Majlis Agama Islam Selangor
Sumber infografik : JAKIM
Baca juga: