Hari Thaipusam 2027: Tarikh & Negeri Yang Cuti Di Malaysia

Hari Thaipusam 2027 akan disambut pada hari Jumaat, 22 Januari 2027. Ia termasuk dalam cuti umum bagi beberapa negeri di Malaysia. Untuk mengetahui kalendar cuti 2027, sila layari www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/

Hari Thaipusam adalah salah satu perayaan yang paling penting bagi penganut agama Hindu, terutamanya dalam kalangan masyarakat Tamil.

Rujuk info penuh mengenai cuti Hari Thaipusam 2026 dan senarai negeri yang bercuti di bawah.

Apa Itu Hari Thaipusam?

Hari Thaipusam merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh penganut agama Hindu, terutamanya masyarakat Tamil, bagi menghormati Dewa Murugan.

Perayaan ini melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan dan kebaikan ke atas kejahatan, bersempena peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci (Vel) untuk menewaskan kuasa jahat.

Ia disambut pada bulan penuh “Thai” (sekitar Januari atau Februari). Penganutnya akan menunaikan nazar atau memohon keampunan dengan membawa Kavadi atau belanga susu (Paal Kudam) ke kuil.

Sebelum hari sambutan, mereka biasanya akan berpuasa dan menyucikan diri sebagai tanda pengabdian dan disiplin kerohanian yang tinggi.

Antara yang menarik perhatian juga adalah aksi mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri.

Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu.

Tarikh Hari Thaipusam 2027

Hari Thaipusam bagi tahun 2027 akan disambut pada tarikh berikut: Jumaat, 22 Januari 2027

Ia merupakan cuti kelepasan am bagi negeri berikut:

  1. Johor
  2. Negeri Sembilan
  3. Perak
  4. Pulau Pinang
  5. Selangor
  6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  7. Wilayah Persekutuan Putrajaya
hari thaipusam

Sila rujuk tarikh cuti Hari Thaipusam dalam Tarikh Cuti Umum & Kelepasan Am Negeri dalam jadual di bawah:

Hari Kelepasan Am Negeri 2027

Rujuk tarikh dan senarai negeri yang bercuti sempena Hari Thaipusam 2027 dalam jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2027 di bawah:

Jadual hari kelepasan am negeri 2026

MUAT TURUN KALENDAR CUTI & HARI KELEPASAN AM 2027

Anda boleh muat turun kalendar cuti 2027 di bawah untuk panduan lengkap senarai cuti bagi tahun 2027:

Soalan Lazim Hari Thaipusam 2027

Bilakah tarikh Hari Thaipusam 2027?

Hari Thaipusam 2027 akan disambut pada hari Jumaat, 22 Januari 2027.

Di negeri manakah Thaipusam merupakan cuti umum?

Cuti ini diiktiraf di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang. Bagi negeri lain, ia adalah hari bekerja biasa kecuali jika diumumkan sebaliknya oleh kerajaan negeri.

Di manakah lokasi utama untuk melihat sambutan Hari Thaipusam?

Lokasi tumpuan utama adalah di Batu Caves (Selangor), Kuil Arulmigu Balathandayuthapani (Pulau Pinang), dan Kuil Sri Subramaniar (Ipoh, Perak). Sambutan di Batu Caves biasanya menarik jutaan penganut dan pelancong.

Jika saya bukan penganut Hindu, bolehkah saya melawat kuil?

Boleh, pelancong dan orang awam dialu-alukan untuk melihat keunikan budaya ini. Namun, anda dinasihatkan:
– Memakai pakaian yang sopan (tidak menjolok mata).
– Menghormati laluan penganut yang membawa Kavadi.
– Sentiasa menjaga kebersihan kawasan kuil.