Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai senarai penuh tarikh-tarikh cuti umum bagi tahun 2027 untuk setiap negeri di Malaysia melalui https://www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah menyelaraskan Kalendar Akademik Tahun 2027 di mana sesi persekolahan bagi kedua-dua Kumpulan A dan Kumpulan B akan bermula serentak pada Isnin, 4 Januari 2027.
Gunakan maklumat ini untuk merancang percutian, pulang ke kampung, atau meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Rancang awal, jimat kos, dan nikmati masa cuti dengan lebih bermakna.
Berikut dikongsikan senarai Hari Kelepasan am Persekutuan dan Negeri 2027 untuk makluman bersama.

Cuti Umum Malaysia 2027
Senarai hari kelepasan umum 2027 ini termasuk semua negeri di Malaysia iaitu:
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Kuala Lumpur
- Labuan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Putrajaya
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
Senarai Cuti Umum Malaysia 2027 Mengikut Bulan & Negeri
Berikut dikongsikan senarai hari kelepasan umum di Malaysia bagi tahun 2027 mengikut bulan dan negeri yang terlibat.
JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2027

JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI 2027


JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN DAN NEGERI 2027



Sumber PDF: Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Cuti Bulan Januari 2027
- 1 Januari (Jumaat) – Tahun Baharu (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terenganu)
- 6 Januari (Rabu) – Israk Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu sahaja)
- 14 Januari (Khamis) – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
- 22 Januari (Jumaat) – Hari Thaipusam (Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang & Selangor sahaja)

Cuti Bulan Februari 2027
- 1 Februari (Isnin) – Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya sahaja)
- 6 Februari (Sabtu) – Tahun Baharu Cina (Semua Negeri)
- 7 Februari (Ahad) – Tahun Baharu Cina Hari Kedua (Semua Negeri)
- 8 Februari (Isnin) – Awal Ramadan (Johor, Kedah & Kelantan sahaja)
- 20 Februari (Sabtu) – Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan (Melaka sahaja)
- 24 Februari (Rabu) – Hari Nuzul Al-Quran (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor & Terengganu sahaja)

Cuti Bulan Mac 2027
- 4 Mac (Khamis) – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
- 10 Mac (Rabu) – Hari Raya Puasa / Aidilfitri (Semua Negeri)
- 11 Mac (Khamis) – Hari Raya Puasa Hari Kedua (Semua Negeri)
- 12 Mac (Jumaat) – Hari Raya Puasa Hari Ketiga (Melaka sahaja)
- 23 Mac (Selasa) – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor sahaja)
- 26 Mac (Jumaat) – Good Friday (Sabah & Sarawak sahaja)
- 30 Mac (Selasa) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)

Cuti Bulan April 2027
- 26 April (Isnin) – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)

Cuti Bulan Mei 2027
- 1 Mei (Jumaat) – Hari Pekerja (Semua Negeri)
- 16 Mei (Ahad) – Hari Arafah (Kelantan & Terengganu sahaja)
- 17 Mei (Isnin) – Hari Raya Qurban (Semua Negeri)
- 17 Mei (Isnin) – Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
- 18 Mei (Selasa) – Hari Raya Qurban Hari Kedua (Kelantan, Terengganu, Kedah & Perlis sahaja)
- 20 Mei (Khamis) – Hari Wesak (Semua Negeri)
- 22 Mei (Sabtu) – Hari Hol Almarhum Sultan Ahmad Shah (Pahang sahaja)
- 30 & 31 Mei (Ahad & Isnin) – Pesta Kaamatan / Menuai (W.P. Labuan & Sabah sahaja)

Cuti Bulan Jun 2027
- 1 & 2 Jun (Selasa & Rabu) – Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja)
- 6 Jun (Ahad) – Awal Muharam / Maal Hijrah (Semua Negeri)
- 7 Jun (Isnin) – Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Semua Negeri)
- 20 Jun (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja)

Cuti Bulan Julai 2027
- 7 Julai (Rabu) – Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia (Pulau Pinang sahaja)
- 10 Julai (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang sahaja)
- 11 Julai (Ahad) – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor sahaja)
- 22 Julai (Khamis) – Hari Kemerdekaan Sarawak (Sarawak sahaja)
- 30 Julai (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)

Cuti Bulan Ogos 2027
- 15 Ogos (Ahad) – Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. / Maulidur Rasul (Semua Negeri)
- 24 Ogos (Selasa) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka sahaja)
- 31 Ogos (Selasa) – Hari Kemerdekaan / Kebangsaan (Semua Negeri)

Cuti Bulan September 2027
- 16 September (Khamis) – Hari Malaysia (Semua Negeri)
- 29 & 30 September (Rabu & Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan sahaja)

Cuti Bulan Oktober 2027
- 9 Oktober (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)
- 28 Oktober (Khamis) – Hari Deepavali (Semua Negeri kecuali Sarawak)

Cuti Bulan November 2027
- 5 November (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak sahaja)

Cuti Bulan Disember 2027
- 11 Disember (Sabtu) – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)
- 24 Disember (Jumaat) – Christmas Eve (Sabah sahaja)
- 25 Disember (Sabtu) – Hari Krismas (Semua Negeri)
- 26 Disember (Ahad) – Israk dan Mikraj [Sesi 2028/Tahun Hijrah Baharu] (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu sahaja)

Anda boleh melihat senarai cuti umum melalui kalendar interaktif eCentral.my melalui laman web berikut: https://kalendar.ecentral.my/

Tarikh Cuti Sekolah 2027 & Cuti Penggal
Pembahagian Sekolah Kumpulan A dan B Sesi Persekolahan 2027
Takwim sesi persekolahan tahun 2027 di Malaysia dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu;
- Kumpulan A
- Kumpulan B
Pembahagian ini dibuat berdasarkan perbezaan hari cuti hujung minggu bagi negeri-negeri di Malaysia untuk memudahkan pengurusan sesi persekolahan dan cuti sekolah secara lebih tersusun dan efisien.
- Kumpulan A terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri yang mempunyai cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Negeri yang termasuk dalam kumpulan ini adalah:
- Kedah
- Kelantan
- Terengganu
- Kumpulan B merangkumi sekolah-sekolah di negeri yang cuti hujung minggu mereka jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Negeri-negeri dalam kumpulan ini adalah:
- Perlis
- Perak
- Pulau Pinang
- Selangor
- Johor
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Pahang
- Sarawak
- Sabah
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Kalendar Akademik 2027
Jadual rasmi bagi cuti penggal dan cuti akhir persekolahan bagi sesi 2027 telah dimuktamadkan, berikut adalah kalendar akademik KPM sesi 2027:
Kumpulan A
- Cuti Penggal 1:
- 5 Mac – 13 Mac 2027
- Cuti Pertengahan Tahun 2027:
- 21 Mei – 5 Jun 2027
- Cuti Penggal 2:
- 27 Ogos – 4 September 2027
- Cuti Akhir Persekolahan Tahun 2027:
- 3 Disember – 31 Disember 2027

Kumpulan B
- Cuti Penggal 1:
- 6 Mac – 14 Mac 2027
- Cuti Pertengahan Tahun 2027:
- 22 Mei – 6 Jun 2027
- Cuti Penggal 2:
- 28 Ogos – 5 September 2027
- Cuti Akhir Persekolahan Tahun 2027:
- 4 Disember – 31 Disember 2027

Cuti Perayaan / Cuti Tambahan KPM
Kalau nak tengok negeri apa yang ada cuti tambahan khusus bagi negeri tertentu, boleh semak melalui jadual di bawah ok!
Dengan senarai ini, mudahlah untuk anda membuat perancangan sebarang percutian yang hendak anda lakukan bersama keluarga.


Muat Turun PDF Cuti Umum 2027
Anda juga boleh muat turun PDF Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri bagi tahun 2027 di bawah:
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Cuti Umum 2027
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pengumuman rasmi, dan kemas kini terbaharu mengenai Jadual Hari Kelepasan Am serta Kalendar Akademik 2027, anda boleh merujuk kepada saluran-saluran rasmi berikut:
- Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM): Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): Bagi perincian penuh tarikh sesi persekolahan, cuti penggal, dan Takwim Akademik 2027 (Kumpulan A & Kumpulan B), anda boleh memuat turun surat siaran rasmi terus di Portal Rasmi KPM.
Soalan Lazim
Hari Raya Aidilfitri 2027 dijangka disambut pada 3 Mac (Rabu) dan 4 Mac (Khamis). Oleh itu, cuti umum bagi seluruh negara akan bermula pada pertengahan minggu tersebut. Nota: Tarikh sebenar tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas aktiviti cerapan anak bulan.
Tidak. Hari Deepavali yang jatuh pada 28 Oktober 2027 (Khamis) merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan yang terpakai di semua negeri KECUALI Sarawak.
Tahun Baru Cina 2027 akan disambut pada 6 Februari (Sabtu) dan 7 Februari (Ahad). Bagi negeri-negeri yang bercuti hari Ahad (Kumpulan B), cuti gantian secara automatik akan dibawa ke hari Isnin (8 Februari).
Bagi syarikat swasta, kelayakan cuti gantian untuk hari Sabtu tertakluk sepenuhnya kepada kontrak perkhidmatan, polisi syarikat, atau perjanjian kolektif (CA) masing-masing. Di bawah Akta Kerja 1955, kewajipan cuti gantian secara automatik pada hari berikutnya hanya terpakai jika cuti umum tersebut jatuh pada hari rehat mingguan rasmi (kebiasaannya hari Ahad).
Terdapat 12 cuti umum utama (Hari Kelepasan Am Persekutuan) yang terpakai di seluruh Malaysia, antaranya termasuklah Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Hari Pekerja, Hari Krismas, serta perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, dan Hari Raya Haji.
Tidak. Setiap negeri mempunyai tambahan cuti khusus tersendiri (Hari Kelepasan Am Negeri), seperti Hari Keputeraan Sultan bagi negeri masing-masing, Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri, atau perayaan wilayah seperti Pesta Kaamatan (Sabah) dan Hari Gawai (Sarawak).