Cuti Deepavali 2026 akan jatuh pada 8 November 2026, Ahad. Bagi murid sekolah, KPM memperuntukkan 1 hari cuti sekolah tambahan. Rujuk kalendar akademik 2026 dan cuti perayaan di pautan berikut: https://www.moe.gov.my/
Pesta Cahaya atau Hari Deepavali adalah salah satu daripada perayaan masyarakat Hindu yang paling popular di Malaysia. Ia disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil.
Di Semenanjung Malaysia, perayaan ini disambut dengan agak meriah memandangkan kaum India adalah salah satu daripada tiga kaum utama di Malaysia.
Hari Deepavali ialah cuti umum di semua negeri kecuali Sarawak. Ini bermaksud, murid-murid sekolah akan bercuti sempena Deepavali 2026 selama 4 hari untuk Kumpulan A dan Kumpulan B.
Murid Kumpulan A akan mula cuti pada 6/11/2026 (Jumaat) sehingga 9/11/2026 (Isnin) dan kembali bersekolah semula pada 10/11/2026 (Selasa).
Manakala, bagi Kumpulan B akan mula cuti pada 7/11/2026 (Sabtu) hingga 10/11/2026 (Selasa) dan kembali bersekolah semula: 11/11/2026 (Rabu).
Rujuk info penuh cuti Deepavali 2026 & cuti sekolah tambahan di bawah.
Cuti Umum Sempena Hari Deepavali 2026 Di Malaysia
Mengikut kalendar, cuti perayaan Deepavali pada tahun 2026 jatuh pada8 November 2026 bersamaan hari Ahad.
Kerajaan telah bersetuju bahawa pegawai yang menganut agama Hindu boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Hari Deepavali selama satu (1) hari sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua Perayaan Deepavali mulai tahun ini.
Pengumuman mengenai perkara ini telah diumumkan melalui pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak JPA pada tahun 2024 yang turut dikongsikan melalui Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.


Mulai 2018 juga, kerajaan telah memperuntuk cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali selama sehari iaitu pada hari berikutnya (hari kedua) kepada pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu sebagai tambahan kepada cuti umum Deepavali bagi memberi lebih ruang kepada mereka untuk menyambut perayaan itu bersama keluarga.
Peraturan ini, katanya, telah dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR 5.3.6 dan cuti tanpa rekod itu terpakai kepada semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak mengambil kira Deepavali bukan hari kelepasan am di negeri berkenaan.

Muat Turun :
1. Surat Edaran: JPA.(S)800-1/1/7 JLD.4(15)
Cuti Sekolah KPM Sempena Deepavali 2026
Cuti Deepavali 2026 akan jatuh pada 8 November 2026, Ahad. Bagi murid sekolah, KPM memperuntukkan 1 hari cuti sekolah tambahan.
CUTI TAMBAHAN untuk murid sekolah sempena Deepavali telah diperuntukkan oleh KPM adalah seperti berikut:
- Kumpulan A & Negeri Sarawak : 19 November (Isnin)
- Kumpulan B : 10 November (Selasa)
Sila rujuk jadual berikut untuk memudahkan anda memahami hari cuti tambahan KPM yang diperuntukkan sempena Deepavali 2026.

Nota:
- KUMPULAN A: Kedah, Kelantan dan Terengganu.
- KUMPULAN B: Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
BACA JUGA: Kalendar 2026 – Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia
MUAT TURUN PDF KALENDAR AKADEMIK TAHUN 2026
Rujuk dan muat turun juga Kalendar Akademik Tahun 2026 di bawah:


Long Weekend 2026
Bagi tahun 2026, cuti Deepavali termasuk salah satu cuti hujung minggu yang panjang kerana ia jatuh pada hari Ahad. Ini bermaksud, anda akan bercuti selama tiga hari iaitu Sabtu, Ahad dan Isnin.
Pada tahun 2026, terdapat sekurang-kurangnya 8 hujung minggu panjang (long weekends) yang melibatkan cuti umum pada hari Jumaat atau Isnin.
Berikut adalah senarai cuti panjang hujung minggu untuk tahun 2026 di Malaysia:

Apa itu Hari Deepavali?
Menurut sumber, Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ simbolik dengan kepercayaan bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan.
Selain untuk memeriahkan perayaan, pelita juga dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan.

Sambutan Di Malaysia
Semasa sambutan Deepavali, penganut agama Hindu akan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi sebelum melakukan upacara bersembahyang samada di rumah atau di kuil-kuil.
Ini bertujuan menyucikan tubuh badan yang diumpamakan seperti mandi di Sungai Ganges yang bertujuan untuk membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.
Antara makanan tradisional dan popular yang sering dihidangkan pada pagi Deepavali adalah 9 jenis hidangan sayur-sayuran antaranya ialah ‘aloogobi’ iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, ‘paneer’ campuran masala, tairu dan kari dal, muruku, ‘adivasam’ dan ‘payasam’.
Aktiviti kunjung mengunjungi ke rumah kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat akan dilakukan selepas selesai bersembahyang.
Kebiasaannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka.
Rumah-rumah penganut Hindu turut dihiasi dengan ‘kolam’, ‘rangoli’ atau ‘muggu’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni bagi menyambut tetamu.
Soalan Lazim Cuti Hari Deepavali 2026
Hari Deepavali 2026 dijangka jatuh pada hari Ahad, 8 November 2026 dan cuti umum untuk semua negeri kecuali bagi negeri Sarawak.
Ya. Oleh sebab Deepavali jatuh pada hari Ahad, hari Isnin merupakan cuti ganti. Selain itu, KPM telah memperuntukkan satu (1) hari cuti tambahan mengikut kumpulan negeri masing-masing.
– Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu): Cuti tambahan diberikan pada 9 November 2026 (Isnin).
– Kumpulan B (Negeri-negeri lain kecuali Sarawak): Cuti tambahan diberikan pada 10 November 2026 (Selasa).
– Sarawak: KPM memperuntukkan cuti khas pada 9 November 2026 (Isnin) sahaja kerana Deepavali bukan cuti umum di sana.
Secara keseluruhannya, murid sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Labuan akan bercuti selama empat (4) hari:
– Kumpulan A: 4 hari (Jumaat, 6 Nov hingga Isnin, 9 Nov).
– Kumpulan B: 4 hari (Sabtu, 7 Nov hingga Selasa, 10 Nov).
Kumpulan A: Kembali sekolah pada 10 November 2026 (Selasa).
Kumpulan B: Kembali sekolah pada 11 November 2026 (Rabu).