Cuti PRN 6 Negeri – Selangor, N9, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang

Cuti Hari Kelepasan Am Sempena PRN 2023 Di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang Kedah, Kelantan & Terengganu

TERKINI: Kerajaan Negeri yang terlibat dengan PRN / PRU DUN ke-15 telah mengumumkan cuti sempena pilihan raya.

CUTI PRN 6 NEGERI

Berikut dikongsikan info terkini untuk makluman semua.

1) Cuti Hari Kelepasan Am 13 Ogos 2023 (Ahad) Di Terengganu

Assalamualaikum wrh brh.

Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) pada 13 Ogos 2023 (Ahad) sempena Pilihan Raya Umum DUN Terengganu kali ke-15.

Keputusan ini dibuat bagi memudahkan pengundi dari luar Terengganu yang bekerja di Terengganu untuk pulang ke tempat mengundi masing-masing di Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Pengumuman ini juga mengambilkira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu SPR di seluruh negeri pada hari pengundian.

Kerajaan Negeri berharap pengumuman ini akan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam pesta demokrasi pada 12 Ogos 2023 nanti.

“Terengganu Maju Berkat Sejahtera”

Sekian.

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid023UbLmgweUzR15ejerhj9cigJD2hbj2iMwNqQ758w1Tmqfm7gWjsJNVmMK7YQbT7xl&id=100044177901893&mibextid=Nif5oz

2) Cuti PRN Selangor – 14 Ogos 2023 (Isnin)

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) akan mengisytiharkan cuti peristiwa kepada seluruh rakyat Selangor pada 14 Ogos, jika gabungan itu memenangi PRN yang berlangsung pada 12 Ogos 2023.

Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) sempena Pilihan Raya DUN (PRN 2023) Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan & Terengganu

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri berbesar hati sekiranya gabungan PH-BN kekal mentadbir Selangor untuk lima penggal seterusnya.

“Saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya gabungan Perpaduan terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk kerajaan negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat negeri ini pada 14 Ogos 2023 iaitu pada hari Isnin depan,” 

3) Cuti PRN Kedah – 13 Ogos 2023

Kerajaan negeri Kedah mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad, 13 Ogos 2023 sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan pada Sabtu.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi satu kenyataan akhbar pada jam 10.30 malam Jumaat.

Kenyataan itu memaklumkan, rakyat Kedah akan diberikan cuti rehat (peristiwa) selepas selesai hari mengundi pada Sabtu sekiranya PN terus diberikan mandat menerajui Kedah.

4) Cuti Di Kelantan – 13 Ogos 2023

Kerajaan negeri Kelantan juga bersetuju untuk mengisytiharkan hari Ahad, 13 Ogos sebagai Hari Kelepasan Am bagi negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia diberikan sempena PRN pada esok.

“Pengisytiharan ini adalah untuk memberi kemudahan kepada rakyat serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

5) Cuti PRN Di Negeri Sembilan

Kerajaan Negeri Sembilan hanya akan mengumumkan cuti peristiwa selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) diumumkan.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tiada perbincangan mengenainya setakat ini.

“Cuti tak boleh umum sekarang. Dia (Selangor) dah umum tak apalah.

“Negeri Sembilan, Insya-Allah esok selepas keputusan keluar,” katanya kepada pemberita selepas solat Isyak di Surau Jalan Tuanku Kurshiah malam ini.

Sumber : Harian Metro

6) Cuti Di Pulau Pinang

Pulau Pinang tidak bercadang untuk memberi cuti khas sekiranya gabungan (PH) dan (BN) memenangi (PRN15) ini
-Ketua Menteri Pulau Pinang

Sumber : Kosmo

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!