15 September 2025 ( Isnin ) diisytiharkan sebagai cuti tambahan sempena Hari Malaysia – YAB PM
Perdana Menteri telah mengisytiharkan tarikh 15 September 2025 (Isnin) sebagai cuti umum tambahan untuk rakyat Malaysia.
Hari kelepasan am tambahan ini adalah sempena Sambutan Hari Malaysia dan sebagai penghargaan kepada semangat perpaduan.

Perkara ini diumumkan melalui Pengumuman Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat Malaysia pada 23 Julai 2025.

Ini bermaksud, rakyat Malaysia akan menikmati hujung minggu yang panjang apabila mendapat 4 hari cuti, bermula hari Sabtu (13 September), Ahad (14 September), Isnin (15 September) dan Selasa (16 September).
Kebetulan, tarikh tersebut juga jatuh pada permulaan cuti sekolah. Bolehlah rancang cuti awal-awal ya!

Tapi, bagi pekerja swasta, mungkin ramai yang masih belum pasti sama ada mereka dapat cuti ini atau tidak kan?
Jom kita baca lebih lanjut tentang akta dan pekerja yang terlibat, seperti yang dikongsikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Tujuan Cuti 15 September 2025
Tujuan pengisytiharan hari kelepasan am tambahan 15 September 2025 ini adalah :
- Ruang untuk rakyat raikan perpaduan
- Kukuhkan semangat kebangsaan
- Galak kesejahteraan & riadah keluarga
- Rancakkan ekonomi tempatan



Akta & Pekerja Yang Terlibat
Menurut Kementerian Sumber Manusia, pemberian hari kelepasan am tambahan pada 15 September ini adalah tertakluk kepada semua pekerja sektor awam dan swasta seluruh negara.


Hak / Tindakan Majikan & Pekerja Untuk Cuti Pada 15 September 2025
Majikan WAJIB mematuhi perisytiharan cuti kelepasan am tambahan ini. Namun, terdapat beberapa pilihan yang boleh diberikan kepada pekerja mereka, iaitu:
- Beri cuti & bayar gaji biasa; ATAU
- Arah hadir kerja & bayar kadar hari kelepasan am; ATAU
- Gantikan cuti pada hari lain

Maklumat Lanjut Cuti Tambahan 15 September 2025
Bagi memastikan pelaksanaan hari kelepasan am tambahan yang adil dan teratur, JTK seluruh negara sedia memberi khidmat nasihat dan menjawab pertanyaan berkaitan pelaksanaan cuti umum tambahan.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan, sila hubungi Jabatan Tenaga Kerja (JTKSM) :
- Telefon : 03-8886 5192 / 5937
- Emel : [email protected]
- Hadir ke pejabat JTK berhampiran





