Sesetengah daripada kita berminat untuk menjadi seorang pensyarah, namun terdapat cara untuk jadi pensyarah.
Pensyarah, sama seperti guru adalah profesion penting dalam membentuk masa depan pelajar.
Jika dulu, tidak ramai belia yang mendambakan status pensyarah, namun ia kini jauh berbeza apabila kebanyakan anak muda kini menjadikan profesion ini sebagai kerjaya.
Tugas Pensyarah
Tugas seorang pensyarah di IPT adalah seperti berikut:
- Mengajar subjek di dalam kelas.
- Penyediaan dan penyampaian bahan pengajaran yang berkualiti.
- Membimbing pelajar dalam projek penyelidikan
- Mengembangan kurikulum, penyelidikan, dan penulisan akademik
- Memberi khidmat nasihat akademik kepada pelajar dan menggalakkan perkembangan holistik dalam kalangan mereka, termasuk dalam aspek kemahiran sosial dan kepimpinan.
- Menyumbang kepada komuniti akademik melalui penyelidikan serta penyertaan dalam aktiviti keilmuan yang melibatkan masyarakat.
Gred Pensyarah
Gred pensyarah universiti adalah seperti berikut:
- Gred DS45
- Gred DS51
- Gred DS52
- Gred DS53
- Gred DS54
- Gred Khas C
- Gred Khas B
- Gred Khas A
- Turus III
- Turus II
- Turus I
Gaji Pensyarah
Secara purata, gaji bulanan pensyarah mungkin bermula dari kira-kira RM3,000 hingga RM6,000 bagi mereka yang baru memulakan kerjaya.
Pensyarah yang berpengalaman dan mempunyai kelayakan yang tinggi boleh memperoleh gaji bulanan yang lebih tinggi, mungkin sehingga RM10,000 atau lebih bergantung kepada pangkat.
Tangga gaji pensyarah adalah seperti berikut:
Laluan Kerjaya
Laluan kerjaya untuk menjadi seorang pensyarah mestilah melalui 4 peringkat:
i- Peringkat 1: Program Pra-Universiti, Asasi Atau Diploma
Setelah tamat SPM, individu perlu mendaftar sama ada kursus pra-universiti atau program asasi.
Jika tidak layak untuk ke program pra-u atau asasi, terdapat pilihan untuk mengikuti program diploma.
ii) Peringkat 2: Ijazah Sarjana Muda
Pensyarah tidak memerlukan latar belakang atau ijazah dalam pendidikan dan individu bebas untuk mendaftar ke dalam program ijazah sarjana muda pilihan mereka.
Pastikan program yang diiktiraf oleh MQA untuk memastikan kualiti pendidikan di IPT terbabit.
iii) Peringkat 3: Ijazah Sarjana
Kelayakan untuk jawatan pensyarah universiti perlu melengkapkan ijazah sarjana.
Kebanyakan ijazah sarjana di Malaysia boleh mengambil masa 1 hingga 2 tahun untuk disiapkan.
iv) Peringkat 4: Doktor Falsafah
Ia tidak wajib namun kebanyakan universiti kini memerlukan pemohon yang mempunyai PhD.
Ini bagi meningkatkan peluang pemohon yang mempunyai kelayakan pendidikan tertinggi di dalam bidang pendidikan.
Kelebihan & Kekurangan Menjadi Pensyarah
Antara kelebihan menjadi pensyarah adalah seperti berikut:
- Membentuk minda dan memotivasikan pelajar.
- Berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka dalam bidang tertentu dengan pelajar.
- Fleksibiliti dalam penyelidikan
- Peluang pembelajaran berterusan dalam bidang mereka melalui penyelidikan dan perkongsian ilmu dengan rakan sejawat.
- Akses kepada teknologi dan maklumat terkini bagi membolehkan mereka mengajar dan menggunakan alat bantuan mengajar yang inovatif.
Namun, terdapat kekurangan menjadi pensyarah iaitu:
- Beban kerja yang tinggi dengan tugas mengajar, penyelidikan, serta tugas pentadbiran.
- Cabaran dalam pengurusan kelas dalam mengurus pelbagai jenis pelajar dengan keperluan dan tahap kebolehan yang berbeza.
- Terikat dengan dasar dan prosedur institusi yang boleh mencetuskan cabaran dalam pelaksanaan kaedah pengajaran dan penyelidikan mereka.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut:
- Memperolehi kelayakan PhD, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang cemerlang.
- Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Pengalaman mengajar sebelum ini dianggap sebagai satu kelebihan.
- Pengalaman dalam penyelidikan akademik yang terbukti melalui penulisan artikel ilmiah, penyelidikan yang diterbitkan, atau projek penyelidikan yang dijalankan adalah satu kelebihan.
Cara Memohon
Untuk menjadi pensyarah, individu perlulah membuat permohonan kepada universiti atau institusi pendidikan yang membuka tawaran jawatan tersebut.
Universiti atau kolej lazimnya akan mengeluarkan iklan jawatan kosong kepada mereka yang berminat dan berkelayakan untuk jawatan tersebut.
Contoh iklan adalah seperti di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerjaya sebagai seorang pensyarah, sila klik pautan https://www.maukerja.my/career-advice/explore-career/deskripsi-tugas-pensyarah.
Baca juga: Cara Jadi Cikgu: Laluan Kerjaya & Syarat Kelayakan