SSPN Prime: Cara Daftar, Login Online & Kelebihannya

SSPN Prime merupakan salah satu produk terbaru daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain daripada SSPN Plus.

Ianya adalah satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan bagi tujuan simpanan untuk melanjutkan pengajian pendidikan tinggi.

Bagi yang mungkin terkeliru pula, SSPN Prime dahulunya juga dikenali dengan nama SPPN-i.

SSPN Prime

Cara daftar secara online

  1. Layari pautan https://online.sspn.my/buka
  2. Isikan tarikh semasa pembukaan akaun
  3. Isikan nama pendeposit
  4. Pilih maklumat keturunan
  5. Masukkan nombor kad pengenalan
  6. Pilih jenis akaun
  7. Tarikh lahir pendeposit akan dimasukkan secara automatik berdasarkan maklumat kad pengenalan
  8. Lengkapkan kesemu butiran yang dikehendaki antaranya:
    • Maklumat pekerjaan
    • Jumlah pendapatan
    • Alamat semasa
    • Poskod alamat semasa
    • No. Tel rumah (jika ada)
    • No. Tel bimbit
    • Emel
    • … dan banyak lagi
  9. Masukkan amaun deposit minimum RM20
  10. Masukkkan Kod Eksekutif PTPTN (EP)
  11. Klik tick pada checkbox
  12. Klik pada butang hantar
  13. No. Akaun SPPN anda dan amaun yang ingin dideposit akan dipaparkan
  14. Klik pada butang Bayar
  15. Lengkapkan pembayaran menggunakan kemudahan perbankan internet

Untuk langkah lebih detail perkaitan cara pendaftaran akaun SSPN Prime, boleh layari alamat https://online.sspn.my/buka

Cara daftar secara offline

Sekiranya anda kurang mahir mendaftarkan akaun secara online, anda boleh berbuat demikian secara offline melalui sala satu alternatif berikut:

  1. Melalui kaunter PTPTN cawangan berdekatan
  2. Ejen Online PTPN
  3. Eksekutif Pemasaran PTPTN

Login akaun

Segala urusan mengenai SSPN Prime boleh dilakukan di halaman rasminya di alamat berikut https://lovesspn.com/

Di halaman rasmi ini, anda boleh melakukan pelbagai perkara antaranya:

  1. Pembukaan akaun
  2. Penambahan deposit
  3. Semakan penyata

Kelebihan SSPN Prime

Sebelum mendaftarkan diri, adalah lebih elok sekiranya anda lihat dulu kelebihan SSPN Prime yang boleh anda nikmati seperti yang berikut:

  1. Tiada jumla minimum deposit yang ditetapkan
  2. Deposit boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan sebarang jumlah
  3. Pelepasan cukai sehingga RM8 ribu bagi simpanan bersih tahun semasa
  4. Perlindungan takaful bagi pendeposit yang memiliki simpanan RM1 ribu ke atas
  5. Manfaat takaful disatukan dengan simpanan akaun SSPN Prime
  6. Manfaat khairat kematian diabayar terus kepada waris atau penama
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!