Cara Beli No Pin UPUOnline 2025 : Walk-In & Online

Cara Beli No Pin UPUOnline 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

[PEMAKLUMAN] CARA BELI NO PIN UPUONLINE 2025

Jika anda merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Asasi, Sijil, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2025/2026, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membeli Nombor Pin UPUOnline.

Nombor pin ini penting untuk mengakses sistem permohonan UPUOnline, yang digunakan untuk memohon ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, dan institusi di bawah MARA.

Bagi memudahkan calon, pembelian Nombor Pin boleh dilakukan secara walk-in di kaunter BSN, melalui mesin ATM BSN, atau secara online menggunakan perbankan internet myBSN. Artikel ini akan menerangkan dengan terperinci cara beli Nombor Pin UPUOnline 2025, sama ada secara fizikal di cawangan BSN atau secara dalam talian, supaya anda boleh membuat permohonan tanpa sebarang masalah.

Baca juga: UPUOnline – Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM

Permohonan UPUOnline Sesi 2025/2026 Lepasan SPM & STPM

Permohonan kemasukan pelajar untuk Sesi Akademik 2025/2026 ke program Asasi, Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam, 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti, dan 2 institusi di bawah MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) akan dibuka melalui UPUOnline.

TARIKH PERMOHONAN :-

FASA 1 : Lepasan SPM & STPM/Setaraf

  • 10 Februari 2025 hingga 14 Mac 2025

FASA 2 : Program Pengajian yang Tidak Bertemu Duga & atau Ujian

  • 14 April 2025 hingga 18 Mei 2025

Cara Beli No Pin UPUOnline 2025

Pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di:

  • 350 kaunter cawangan BSN
  • 700 mesin ATM BSN
  • Perbankan Internet myBSN

Pembelian boleh dilakukan mulai 9 Februari 2025 sebelum menghantar permohonan. BSN akan mengeluarkan Nombor Pin bersama resit pembayaran. Pemohon perlu menyimpan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian untuk rujukan.

KAEDAH 1 : MELALUI KAUNTER BSN

  • Pemohon boleh pergi sendiri ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad dan wang untuk membuat bayaran.
  • Salinan MyKad pemohon perlu diberikan semasa membeli Pin Unik ID UPU.

KAEDAH 2 : MENERUSI MESIN ATM BSN

  1. Masukkan Kad ATM dan Nombor PIN
  2. Pilih Urusan: “Beli Pin”
  3. Pilih Jenis Permohonan: “IPTA”.
  4. Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan
  6. Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.
  7. Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.

KAEDAH 3 : MENERUSI PERBANKAN INTERNET (ONLINE BANKING DI myBSN)

Pemohon perlu mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN untuk mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Selepas pendaftaran selesai, pemohon boleh membeli nombor PIN melalui perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:

  1. Log masuk ke dalam akaun myBSN online banking.
  2. Klik “Pin Purchase”.
  3. Pilih Organization “UPU”.
  4. Pilih Program “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/setaraf”.
  5. Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap.

Maklumat Lanjut Berkaitan Permohonan UPUOnline 2025/2026

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut