Mulai 16 Oktober 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka permohonan rasmi bagi program BUDI 95 Lesen SG, iaitu subsidi petrol RON95 khusus untuk warganegara Malaysia yang memegang Lesen Memandu Singapura (LMS). Permohonan boleh dibuat melalui laman rasmi https://budi95lesensg.jpj.gov.my
Apa itu BUDI 95 Lesen SG
BUDI 95 Lesen SG merupakan kemudahan subsidi petrol RON95 untuk rakyat Malaysia yang terpaksa menggunakan Lesen Memandu Singapura (LMS) kerana bekerja atau tinggal di negara tersebut.
Menurut JPJ, peraturan pelesenan antara Malaysia dan Singapura tidak membenarkan seseorang individu memiliki dua lesen serentak.
Oleh itu, ramai warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura terutamanya dalam sektor pemanduan terpaksa menyerahkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) mereka bagi mendapatkan LMS.
Namun, walaupun mereka berstatus warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, mereka masih layak menerima manfaat subsidi petrol RON95 melalui program BUDI 95 Lesen SG.



Tujuan dan Manfaat Program
Pelaksanaan BUDI 95 Lesen SG menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, khususnya di Singapura. Ia memastikan mereka tidak terpinggir daripada bantuan subsidi bahan api RON95 meskipun terikat dengan peraturan pelesenan asing.
Program ini juga membantu meringankan beban kos sara hidup bagi warganegara Malaysia yang masih menetap di Johor atau kawasan bersempadan tetapi berulang-alik ke Singapura setiap hari.
Syarat Kelayakan BUDI 95 Lesen SG
Bagi memastikan permohonan diluluskan, JPJ menetapkan tiga syarat utama bagi pemohon:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
- Mempunyai Lesen Memandu Singapura (LMS) yang masih sah tempoh; dan
- Mempunyai permit pekerjaan yang sah di Singapura.
Semua permohonan akan disemak dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) untuk pertimbangan kelayakan selanjutnya.

Cara Memohon BUDI 95 Lesen SG
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian bermula 16 Oktober 2025 melalui pautan rasmi JPJ di: https://budi95lesensg.jpj.gov.my
Selepas menghantar permohonan, pemohon boleh menyemak status kelayakan masing-masing selepas 14 hari di laman web rasmi: www.budi95.gov.my

Panduan Untuk Pemegang LMS Yang Tidak Lagi Bekerja di Singapura
Bagi warganegara Malaysia yang mempunyai LMS tetapi tidak lagi bekerja di Singapura, mereka dikehendaki:
- Membatalkan Lesen Memandu Singapura (LMS) di pihak berkuasa Singapura; dan
- Memohon semula Lesen Memandu Malaysia (LMM) di mana-mana Pejabat JPJ berhampiran.
Permohonan LMM hanya boleh dibuat selepas disahkan tiada sekatan, penggantungan atau sabitan terhadap LMS oleh pihak berkuasa Singapura.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda memerlukan maklumat atau bantuan berkenaan program BUDI95, sila hubungi talian khidmat pelanggan BUDI MADANI di 1300-88-9595.
Anda juga boleh menggunakan bot sembang (chatbot) dengan menghubungi +603-2631 4595 melalui aplikasi Whatsapp.
Anda juga boleh melayari laman web BUDI MADANI RON95 di www.budimadani.gov.my
Soalan Lazim BUDI95 Lesen SG
Permohonan akan dipertimbangkan jika memenuhi syarat berikut:
i) Pemohon ialah warganegara Malaysia;
ii) Mempunyai Lesen Memandu Singapura (LMS) yang masih sah tempoh; dan
iii) Mempunyai status permit pekerjaan di Singapura yang sah.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian bermula 16 Oktober 2025 melalui pautan rasmi JPJ di: https://budi95lesensg.jpj.gov.my
Selepas menghantar permohonan, pemohon boleh menyemak status kelayakan masing-masing selepas 14 hari di laman web rasmi: www.budi95.gov.my
Warganegara Malaysia yang mempunyai LMS tetapi tidak lagi bekerja di Singapura atau tidak lagi tertakluk kepada peraturan domestik Singapura boleh memohon semula Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk menikmati inisiatif subsidi RON95 di bawah BUDI95.
Di bawah undang-undang Malaysia dan Singapura, seseorang individu tidak dibenarkan memiliki dua lesen memandu aktif serentak.
Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura khususnya sebagai pemandu bas, lori, treler atau teksi terpaksa menyerahkan lesen memandu Malaysia mereka untuk menukar kepada lesen memandu Singapura bagi membolehkan mereka memperoleh pemegang lesen memandu vokasional (PSV) di negara itu.
Tidak. BUDI95 hanya dibenarkan untuk kegunaan warganegara Malaysia yang memandu kenderaan berpendaftaran Malaysia. Kenderaan yang tidak berpendaftaran Malaysia tidak dibenarkan mengisi minyak RON95 sama ada pemandunya rakyat Malaysia atau tidak.
Warganegara Malaysia pemegang Kad Pengenalan dengan lesen memandu (kelas dan jenis yang dibenarkan) aktif adalah layak untuk BUDI95.
Data lesen memandu akan disemak silang dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jika Kad Pengenalan anda berjaya digunakan untuk perbelanjaan SARA, ianya tidak perlu diganti dan dapat digunakan untuk BUDI95.
Anda tidak perlu membuat penggantian Kad Pengenalan selagi anda memiliki Kad Pengenalan dengan cip yang telah diperkenalkan sejak tahun 2001. Bagi mereka yang belum mempunyai Kad Pengenalan bercip, sila hadir ke cawangan JPN terdekat untuk mendapatkan Kad Pengenalan dengan cip tersebut.
Sekiranya terdapat perubahan pada rupa paras berbanding MyKad yang dipegang, anda turut disaran membuat gantian MyKad bagi memastikan maklumat pengenalan diri sentiasa tepat dan terkini.
Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPJ berdekatan setelah disahkan bahawa tiada sekatan, penggantungan atau sabitan ke atas LMS oleh pihak berkuasa Singapura.
BUDI95 saya akan digandakan?
Secara amnya kelayakan yang sama diberikan kepada setiap individu. Kelayakan tidak diambil kira berdasarkan jumlah kenderaan yang dimiliki oleh setiap individu.
Memiliki lebih dari satu kenderaan tidak akan menambah kelayakan BUDI95 anda.
kepada saya jika perlu?
Jumlah BUDI95 yang diberikan adalah khusus untuk penggunaan individu yang layak dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain bagi mengelakkan ketirisan.
mengisi kenderaan yang sama?
Ya, anda dan isteri anda (serta mana-mana individu lain) boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk mengisi kenderaan yang sama, sekiranya pemilik MyKad hadir dan melakukan pembelian tersebut.
Anda tidak dibenarkan menggunakan MyKad orang lain ataupun meminjamkan MyKad anda untuk
tujuan pembelian BUDI95.
Memegang dan menggunakan MyKad orang lain juga merupakan kesalahan menurut Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Peraturan 25)
Ya, anda boleh membeli BUDI95 untuk kegunaan mana-mana kereta berpendaftaran tempatan sekiranya anda layak dan mempunyai baki yang mencukupi.
Baca juga:




