4 Sebab Ni Je Yang Boleh Tukar MyKad Online

tukar mykad online
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sistem Gantian MyKad Online JPN membolehkan rakyat Malaysia menukar kad pengenalan tanpa perlu beratur panjang di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Melalui portal rasmi Sistem Gantian MyKad JPN (gantianmykad.jpn.gov.my), proses permohonan Mykad boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada 10 minit secara digital.

Namun, TIDAK semua urusan pertukaran kad boleh dilakukan secara atas talian.

Rujuk info penuh mengenai cara tukar Mykad online, syarat / sebab yang dibolehkan serta info penting berkaitan.

Apa Itu Tukar Mykad?

Tukar MyKad merujuk kepada proses memohon kad pengenalan baharu bagi menggantikan kad sedia ada yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Proses ini dilakukan atas sebab-sebab tertentu untuk memastikan maklumat diri dan cip keselamatan sentiasa dikemas kini.

Mengapa Perlu Tukar MyKad?

Anda perlu menukar MyKad disebabkan oleh beberapa situasi berikut:

  • Wajib Mengikut Umur: Rakyat Malaysia wajib menukar kad pengenalan sebanyak dua kali, iaitu apabila mencapai umur 12 tahun (pendaftaran pertama) dan umur 18 tahun (gantian wajib sebelum berumur 25 tahun).
  • Kerosakan Fizikal / Cip: Kad pengenalan patah, retak, tulisan pudar, atau cip pintar rosak sehingga tidak boleh dibaca oleh mesin bank atau agensi kerajaan.
  • Kehilangan: Kad hilang akibat kecuaian sendiri atau menjadi mangsa jenayah (seperti ragut dan kecurian).
  • Kemas Kini Maklumat: Anda ingin menukar alamat rumah baharu, menukar gambar wajah terkini, atau membetulkan ejaan nama.

Boleh ke Tukar MyKad Online?

Boleh, tetapi perkhidmatan penggantian MyKad dalam talian melalui portal Sistem Gantian MyKad JPN terhad kepada kategori tertentu sahaja.

Anda tidak boleh melakukan gantian 18 tahun (Peraturan 18) secara online kerana urusan tersebut mewajibkan pengambilan gambar wajah dewasa dan imbasan cap jari baharu di kaunter.

4 Sebab Boleh Tukar MyKad Online

Sistem dalam talian hanya dibenarkan bagi kes yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat penting seperti:

  1. Gantian Kerosakan Fizikal: Kad patah, retak, atau lapisan plastik terkoyak.
  2. Gantian Kerosakan Cip: Cip emas pada kad gagal dibaca oleh bank atau agensi
  3. Gantian Biasa
  4. Gantian Hilang Kali Pertama: Kad hilang akibat kecuaian sendiri untuk kali pertama sahaja.

Situasi Yang Wajib Ke Kaunter JPN

Anda tidak boleh menggunakan sistem online dan wajib hadir terus ke kaunter sekiranya:

  • Melakukan Gantian Wajib 18 Tahun (Peraturan 18) – Baca: Cara Tukar MyKad Bila Masuk 18 Tahun
  • MyKad hilang untuk kali ke-2, ke-3, atau seterusnya.
  • MyKad hilang akibat kes jenayah (rompakan, ragut, kecurian rumah) kerana memerlukan laporan polis.
  • Ingin menukar gambar wajah terkini.
  • Selain 4 sebab yang dibolehkan buat pertukaran online seperti dinyatakan diatas.

Prosedur Ganti IC Online

Sekiranya anda menukar MyKad atas sebab rosak atau hilang, ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal gantianmykad.jpn.gov.my dan log masuk menggunakan MyDigital ID.
  2. Scan QR menggunakan aplikasi MyDigital ID > buat pengesahan maklumat.
  3. Pilih jenis gantian dan lengkapkan maklumat yang diminta.
  4. Pilih pusat kutipan MyKad (JPN atau UTC) yang paling mudah untuk anda hadir nanti.
  5. Lakukan pembayaran secara dalam talian melalui FPX (perbankan internet).
  6. Hadir ke kaunter yang dipilih dengan membawa resit bayaran dan MyKad asal (jika ada) untuk pengesahan biometrik sebelum mengambil kad baharu.

Rujuk panduan bergambar di bawah:

1. Layari portal gantianmykad.jpn.gov.my dan log masuk menggunakan MyDigital ID.
2. Scan QR menggunakan aplikasi MyDigital yang telah dimuat turun.
3. Klik Yes untuk persetujuan

4. . Pilih jenis gantian dan lengkapkan maklumat yang diminta dan pilih pusat kutipan MyKad (JPN atau UTC) yang paling mudah untuk anda hadir nanti. Lakukan pembayaran secara dalam talian melalui FPX (perbankan internet).

Tempoh Kutipan

  • Selepas 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
  • Selepas 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia.
  • Selepas 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak.

NOTA:

  • Sistem online ini hanya beroperasi mengikut waktu tertentu sahaja. Ini bermaksud anda hanya boleh membuat permohonan penggantian IC secara online mengikut waktu yang ditetapkan seperti di bawah sahaja.
  • Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 4.30 petang
  • Sabtu & Ahad : Sistem ditutup
  • Cuti Umum : Sistem ditutup

Dokumen Diperlukan Tukar MyKad Online

1. Dokumen pemohon (asal)

  • Pastikan anda bawa Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.

2. Dokumen Sokongan

Bagi pertukaran alamat, pemohon perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (Salinan asal atau yang disahkan).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan terperinci untuk urusan Tukar MyKad Online, sila rujuk:

  1. Portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara
  2. Portal MyGovernment
  3. Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya (Telefon: 03-8880 7077 / Emel : [email protected])
  4. Tiktok Jabatan Pendaftaran Negara
  5. Thread @jpnhqofficial
  6. Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Lokasi JPN di Malaysia

Untuk mengetahui lokasi JPN terdekat anda, sila layari pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/my

Soalan Lazim Tukar MyKad Online

Bolehkah tukar kad pengenalan secara dalam talian?

Boleh, tetapi perkhidmatan penggantian MyKad dalam talian melalui portal Sistem Gantian MyKad JPN terhad kepada kategori tertentu sahaja seperti:
1. Gantian Kerosakan Fizikal: Kad patah, retak, atau lapisan plastik terkoyak.
2. Gantian Kerosakan Cip: Cip emas pada kad gagal dibaca oleh bank atau agensi
3. Gantian Biasa: Mahu menukar kad pengenalan versi lama kepada versi hibrid terkini.
4. Gantian Hilang Kali Pertama: Kad hilang akibat kecuaian sendiri untuk kali pertama sahaja.

Saya berumur 18 tahun, bolehkah saya membuat Gantian Wajib 18 tahun secara online?

Tidak boleh. Kategori Peraturan 18 mewajibkan pengambilan gambar wajah dewasa dan imbasan cap jari baharu di kaunter JPN.

MyKad saya hilang kali kedua, bolehkah saya memohon online?

Tidak boleh. Hanya kehilangan kali pertama sahaja dibenarkan online. Kehilangan kali ke-2 dan seterusnya wajib ke kaunter untuk siasatan.

Berapakah kos bagi gantian MyKad rosak secara online?

Kos gantian kad rosak atau naik taraf kad lama ialah RM10.00.

Bolehkah saya membuat bayaran menggunakan tunai di kaunter semasa ambil kad?

Tidak boleh. Semua permohonan online wajib diselesaikan pembayarannya secara digital melalui FPX, kad kredit, atau kad debit semasa memohon.

Bolehkah saya meminta orang lain atau wakil mengambil MyKad yang sudah siap?

Tidak boleh sama sekali. Pemilik MyKad wajib hadir sendiri untuk melakukan imbasan cap jari bagi mengaktifkan cip kad baharu.

Berapa lamakah tempoh sah laku resit bayaran online sebelum saya ambil kad?

Anda dinasihatkan untuk mengambil MyKad anda dalam tempoh 30 hari selepas status permohonan bertukar kepada “Sedia Untuk Dikutip”.

Bagaimanakah saya tahu MyKad saya sudah siap untuk diambil?

Anda perlu melakukan semakan status permohonan secara berkala di portal Sistem Gantian MyKad JPN sebelum hadir ke cawangan pilihan anda.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut