Bantuan Khas Aidilfitri 2023 (BKKA) Diawalkan Ke 14 April

TERKINI : Bantuan Khas Aidilfitri 2023 (BKKA) Penjawat Awam & Pesara Diawalkan Ke 14 April 2023

Berita gembira buat semua penjawat awam!

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan.

Dijangkakan bayaran akan dibuat pada bulan April 2023.

Untuk makluman, BKKA bagi tahun 2023 ini dinaikkan kepada RM700 berbanding RM500 pada tahun 2022.

Bantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Menurut Menteri Kewangan, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.

Apakah Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2023?

Bantuan Khas_Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

Tarikh Bayaran

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan April 2023.

Bayaran ini lazimnya dikreditkan bersekali dengan gaji / emolumen pada bulan tersebut.

Merujuk kepada Jadual Pembayaran Emolumen bulanan, bayaran gaji akan dibuat pada 17 April 2023.

Namun, Kerajaan telah bersetuju tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan kepada 14 April 2023.

bkka diawalkan
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

PERUBAHAN TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI TAHUN 2023 KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN

bkka diawalkan
bkka diawalkan

SURAT EDARAN JPA.800-3/2/4 (24) BERTARIKH 23 MAC 2023: BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI (BKKA) TAHUN 2023

BKKA Tahun 2023 ini akan dibayar pada 17 April 2023.

bantuan khas aidilfitri pesara
bkka bantuan khas aidilfitri penjawat awam 2023 diawalkan
bkka diawalkan

Jumlah Bayaran

Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep : RM700

Pesara Kerajaan – RM350

Baca juga:

INISIATIF TAMBAHAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini berkata inisiatif tambahan baharu itu melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

Kerajaan juga buat pertama kalinya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM300 untuk lebih 200,000 orang anggota RELA, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, Polis dan Bomba.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk :

Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Pesawah, Pekebun & Nelayan

bantuan khas aidilfitri 2023 pesara

Bantuan Khas Aidil Fitri Anggota RELA, APM, Polis & Bomba

bantuan khas aidilfitri 2023 pesara
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!